BAB 48

167 4 0
                                    

Merata Harraz mencari file yang mempunyai segala jenis pelan yang selama dia usahakan. Atas meja tak ada, di rak buku pun tiada. Siapa yang sanggup mencantas segala kerjanya sekarang ini.

Tadi baru sahaja orang atasannya memberitahu yang mereka sudahpun menerima satu lakaran dari orang lain yang turut serta dalam projek kali ini. Tapi apa yang memeranjat Harraz apabila dia melihat lakaran itu sebiji dengan lakarannya.

Setahunya dia tidak menghantar lagi lakarannya itu pada sesiapa, dan sekarang file yang mempunyai lakaran itu telah pun hilang. Berterabur habis biliknya sekarang ini.

"You ni dah kenapa nak mengamuk tengah hari buta ni? Habis bersepah," tegur Qayla yang selamba badak je masuk ke dalam bilik Harraz.

"Macam mana kau boleh masuk dalam bilik aku ni? Siapa benarkan kau masuk?" soal Harraz tak puas hati.

"Rilek lah, you ni pun. I datang sekejap je, I cuma nak ingatkan you pasal anak ni," Qayla menggosok perutnya yang hampir nampak bentuknya sebab bajunya yang ketat.

"Kau ni dah tak de kerja lain ke? Blah sekarang!" halau Harraz.

"I tahu you tengah stress sebab ade orang curi lakaran you kan?"

"Macam mana kau tahu?"

"I sertai juga projek ni Harraz. Tak silap I Encik Hadif kata, orang yang hantar lakaran dekat dia nama Aidil Adha. Kawan Airis kan? Oh, satu lagi, dua hari lepas I ada terserempak dengan isteri you. I ingatkan dia keluar sorang, rupanya dengan Aidil. You tu, percayakan sangat isteri you," mendengarkan kata-kata itu, Harraz tidak dapat menahan amarahnya. Dirinya kini dikuasi hebat dengan rasa marahnya. Bisikan syaitan di telinganya satu-satu masuk ke dalam hatinya. Nak, nak pula bila kejadian dua hari lepas bermain semula difikirannya.

***^_^***

Tersenyum Harraz keluar daripada kedai kek, disebabkan semalam dia terdengar Airis bersembang dengan Aura mengatakan yang dia teringin sangat nak makan kek Red Velvet.

Walaupun sekarang hubungan dia dengan Airis semakin hari semakin renggang, tapi dia akan cuba sebaik mungkin untuk perbaiki hubungan mereka.

Sedang dia berjalan ke arah keretanya, mata dia tertangkap pada susuk dua orang yang berjalan beriringan masuk ke dalam kedai emas. Apa yang membuatkan dia lebih tertanya-tanya bila dia nampak orang itu ialah Airis dan Aidil.

Tanpa menunggu lama, dia terus mengikut langkah dua orang itu. Setiap perbualan antara dua dua orang itu cuba untuk Harraz hadam.
Airis ada memberitahunya ke yang dia mahu keluar?

Harraz mengambil telefon, nombor Airis dicari. Tiada sebarang mesej dari Airis yang meminta izinnya untuk keluar pada hari itu. Terus sahaja nombor itu di dail. Dari jauh dia nampak Airis mengeluarkan telefon dari beg tangannya. Tanpa berfikir panjang, Airis terus menolak panggilannya dan kembali fokus pada Aidil yang sedang memilih cincin.

Terkedu Harraz dibuatnya, gelang di tangan pula ditekan. Tapi sikit pun tidak menarik perhatian Airis. Makin membulat matanya bila melihat Airis menanggalkan cincin perkahwinan mereka dan dengan bahagiannya dia menyarungkan cincin yang diserahkan Aidil ke jari manisnya.

Sakitnya hari Harraz hanya tuhan sahaja yang tahu. Hancurnya hati dia saat melihat Airis bergelak ketawa dengan Aidil, tapi dengannya. Pandang muka pun tak nak. Dia tahu salahnya, namun tak kan sampai macam ni Airis menghukumnya.

***^_^***

Harraz terus melangkah keluar dari baliknya, kuat dia menghempas pintu pejabatnya itu. Irfan dan Rizal yang sedang berbual di luar terkejut dengan perubahan sahabat nya itu. Bukan main laju Harraz berjalan ke arah lif.

Disebabkan perasan ingin tahu Irfan dan Rizal mengikuti Harraz dari belakang. Mereka terpaksa berlari untuk menyamakan langkah Harraz yang dah sampai ke depan.

"Weh Harraz, kau kenapa ni?" soal Rizal. Cuba menahan Harraz.

"Perempuan tu memang menguji kesabaran aku," Harraz menolak Rizal dan terus melolos masuk ke dalam keretanya. Rizal dan Irfan saling berpandangan sebelum kedua-duanya berlari ke arah kereta masing-masing.

***^_^***

"AIRIS NAFEESA!" jerit Harraz setelah dia turun daripada keratanya. Kaki dibawa ke ara bilik pejabatnya.

Airis yang tengah sibuk membasuh segala periuk yang digunakannya untuk memasak sebentar tadi, tersentak terkejut bila namanya dijerit kuat. Apa lagi yang Harraz amukkan harini?

Kaki dibawa ke bilik kerja Harraz. Terjatuh rahangnya bila melihat bilik itu dah bersepah dikerja Harraz. Lebih-lebih lagi meja study nya yang menjadi sasaran Harraz.

"Abang buat apa ni? Kenapa berse-"

"Macam mana file ni boleh ada dekat kau?!" tersentak Airis mendengar soalan Harraz. Laju kepalanya menggeleng.

"Manalah Airis tahu, abang yang letak kut," balas Airis walaupun dia takut untuk berhadapan dengan Harraz sekarang.

"Kau tak tahu? Kau jangan nak tipu aku lah perempuan, ni semua kerja kau kan? Kau sengaja nak jatuhkan aku kan?" tuduhan Harraz amat perit untuk Airis terima. Irfan dan Rizal yang baru sampai, terkejut mendengar suara Harraz menengking.

"Kau ni kenapa Harraz?"
Soal Rizal.

"Kau tanya aku? Kau tanya lah perempuan ni!"

"Kenapa ni Airis?"

Irfan pusing menghadap Airis. Airis hanya mampu menggeleng, dia juga buntu dengan apa yang jadi sekarang.

"Eh, kau tak payah nak acah-acah tak tahu apa lah perempuan. Kau yang bagi lakaran pelan aku ni dekat jantan tu kan? Hmmm? Kawan uni kau yang kau sayang sangat tu. Jantan yang kau menjalang dekat belakang aku!"

PANG!

Terteleng kepala Harraz setelah menerima tamparan daripada Airis.

"Saya masih waras untuk tahu halal dan haram Harraz. Saya masih ingat status saya sebagai isteri awak. Awak tuduh saya tanpa usul periksa, awak fitnah saya menjalang dekat belakang awak. Sampai hati awak, Harraz. Awak kejam," menaglir air mata Airis.

"Ya aku kejam. Aku memang kejam, sebab tu kau buat aku macam ni. Eh kau pun tak ada kuranglah perangai macam Qayla. Lepas apa yang kau nak kau dah dapat, kau pergi cari orang lain. Kau tak layak, tak layak untuk menjadi penganti. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat dekat belakag aku? Keluar dengan jantan lain tanpa minta izin aku. Bukan main seronok lagi pergi cari cincin ya, memang dah kemaruk sangat ke nak kahwin dengan jantan tu?" bergegar rahang Harraz menahan amarahnya.

"Apa yang awak merepek ni Harraz? Saya ni isteri awak Harraz!" Airis juga terpaksa menguatkan suaranya. Hatinya sakit mendengar tuduhan Harraz yang melulu itu.

"Isteri kau cakap? Eh, kau tu menyusahkan aku tahu tak sekarang? kalau kau sayang sangat dekat jantan tu, kau cuba la cabar aku. Aku nak bagi tahu, kau dengar baik-baik. Kalau dulu aku boleh gantung kau tak bertali selama lima tahun. Sekarang dengan rela hati aku boleh buat semula. Aku tak akan lepaskan kau untuk kau pergi kahwin dengan jantan tu, biar kau tahu macam mana sakitnya hati aku sekarang. Tapi kau jangan nak datang tunjuk muka kau depan aku," Jari terlunjuk Harraz tepat di hadapan muka Airis sekarang.

"Awak nak saya pergi kan. Itu apa ya-"

"Ya, ya, ya. Aku nak kau berambus dari hidup aku! Kau serabutkan otak aku kau faham tak? Blah! Blah lah!"

"Harraz!" Rizal menggelengkan kepala, dia tak tahu macam mana nak tolong.

"Baik, kalau itu apa yang awak nak. Tapi ingat Harraz, jangan pernah cari saya lagi lepas ni. Cukuplah dua kali awak sakitkan saya. Saya dah cukup tersiksa Harraz. Kalau awak nak gantung saya tak bertali sekali pun, dipersilakan Harraz. Tapi ingat, saya tetap tak akan berhenti untuk minta cerai dari awak. Walaupun perkara ni mengambil masa yang lama dekat mahkamah," Airis terus sahaja melangkah keluar dari situ bersama air mata yang tidak berhenti mengalir.

"Airis, nanti!"

Irfan cuba menahan Airis dengan mengejarnya. Rizal pula kesal melihat tindakkan sahabatnya yang difikirkan kurang waras itu

"Puas hati kau Harraz?" Malas nak menghadap muka Harraz lagi, Rizal melangkah keluar dari tempat itu juga.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now