"You mean the world to me, Mariposa,"
Tersentak Harraz bangun dari lenanya. Peluhnya menurun laju di sekitar dahi dan lehernya tika ini. Pandangan dihalakan ke sekeling nya.
"Harraz dah sedar sayang?" Datin Isma' berjalan perlahan-lahan ke arah Harraz, dia takut jika Harraz bertindak agresif seperti tadi.
"Ummi..." ujar Harraz bersama suara yang sangat lemah, Air mata jantannya mengalir keluar.
"Ya ALLAH, Harraz," Datin Isma' terus bergerak memeluk anak lelakinya itu. Harraz menangis semahunnya dia dalam dakapan Datin Isma'. Hatinya begitu sakit tanpa dia tahu mengapa. Hatinya terlalu rindu tanpa dia tahu mengapa.
"Apa yang dah jadi ummi? Mana Airis?" soal Harraz setelah pelukan dileraikan.
"Banyak yang dah terjadi angah, ummi tak tahu nak cakap macam mana. Airis tengah berehat, angah nak jumpa dengan dia?" Harraz mengangguk. Rasa rindunya pada isterinya itu, memang tidak boleh digambarkan lagi.
Datin Isma' membantu Harraz untuk bangun, dia memapah Harraz sehingga ke bilik Airis. Sampai sahaja di sana, terkejut Harraz melihat Airis yang terbaring lemah di atas pangkuan Aura yang sedang menangis teresak-esak di lantai. Airis baru sahaja selesai berubat. Laju kaki Harraz melangkah ke arah Airis. Dia duduk melutut di sebelah isterinya itu.
"Sayang... Bangun sayang, abang datang ni sayang. Kenapa dengan Airis? Aura?" Harraz pandang ke arah Aura namun hanya gelengan yang dia dapat.
"Sabar Harraz, nanti aku ceritakan semuanya pada kau," ujar Irfan di luar bilik Airis. Harraz segera mengangkat Airis walaupun badannya begitu lemah sekarang. Airis diletakkan perlahan dia atas katil.
"Sayang rehat ya," ujar Harraz. Dia kemudian melangkah keluar ke arah kawannya.
"Apa yang jadi?" soal Harraz.
"Kau tak ingat ke?"***^_^***
Bergetar hebat rahang Harraz menahan marah ketika ini. Lebih marah bila dia mendengar segala jenis derita yang ditanggung oleh Airis seorang diri selepas kehilangan anak mereka. Dia abaikan Airs selama setahun, dia hilang tanpa sesiapa pun tahu dia dimana. Kenapa dia tak pernah sedar semua ni?
"Tipu helah makhluk halus itu licik Harraz. Sebab tu, kita sebagai manusia yang mudah mengikut hasutannya kena sentiasa bergantung pada ALLAH. Segala kemungkinan boleh terjadi. Hanya ALLAH yang Maha Berkuasa, ingat tu," ujar Aidil. Dia cuba memberi semangat apda Harraz.
"Kau memang tak ingat ke kau ada dengan siapa selama ni?" Harraz menggeleng medengar pertanyaan Rizal. Dia umpama baru sedar dari tidur yang lama. Kali terakhir yang dia ingat, dia pulang bersama Airis selepas mereka honeymoon di turki. Itu sahaja.
"Tak apa lah, sekarang ni semuanya dah selesai. Alhamdulillah, selebihnya kita serah pada ALLAH. Biar ALLAH yang menghukum, biar ALLAH yang balas segala perbuatan keji ni. Kerana hanya ALLAH sahaja yang berhak ke atas makhluk-Nya," mereka semua mengangguk mendengar kata-kata Aidil. Betul apa yang Aidil katakan itu, mereka tidak layak untuk menghukum. Hanya ALLAH yang berhak ke atas makhluk-Nya.
"Harraz, Airis dah sedar," sampuk Aura yang baru datang dari bilik Airis. Tanpa berkata apa-apa, Harraz terus melangkah masuk ke dalam bilik Airis. Serentak itu, semua yang berada di dalam bilik itu keluar, memberi ruang kepada pasangan itu.
"Sayang...." Harraz melangkah ke arah Airis. Airis yang masih lemah itu membuka matanya saat suara yang amat dia rindukan itu memanggil dirinya.
"Abang..." terus sahaja Harraz menarik Airis masuk ke dalam dakapannya. Membiarkan Airis menangis di situ.
"Abang minta maaf sayang, maafkan abang. Abang abaikan sayang. Abang gagal sayang... Abang gagal tunaikan janji abang untuk jadi suami yang terbaik buat sayang. Abang suami yang tak guna, abang minta maaf sayang," adu Harraz, dan sekali lagi air mata jantannya mengalir keluar.
"Kenapa abang buat Airis macam ni? Kenapa abang siksa Airis macam ni? Apa salah Airis, abang? Apa dosa Airis? Kenapa abang tinggalkan Airis? Sakit, abang. Airis sakit sangat abang,"
Mendengar tangisan Airis membuatkan rasa bersalah Harraz semakin menebal. Makin kuat Harraz mengeratkan pelukkannya.
"Maafkan abang sayang. Abang tak ada niat nak buat sayang macam tu. Semuanya berlaku diluar kawalan abang. Sayang tak ada salah apa dengan abang, abang yang salah dengan sayang. Abang tinggalkan sayang dan anak kita macam tu je. Abang minta maaf sebab sakit kan sayang,"
Entah berapa banyak kata maaf diungkapkan oleh Harraz kepada Airis ketika ini. Hatinya turut sakit melihat keadaan Airis yang sekarang. Bagaimana lah keadaan isterinya itu semasa dia tinggalkan Airis dulu? Semasa Airis bertarung seorang diri selepas kehilangan anak mereka. Ya ALLAH, ujian ini terlalu berat Ya ALLAH. Ampunkan dosa hambaMu ini.
"Abang janji yang abang jangan tinggalkan Airis lagi lepas ni. Airis tak kuat abang, Airis perlukan abang. Abang kekuatan Airis, jangan tinggalkan Airis lagi abang, janji dengan Airis," Airis memandang anak mata Harraz dalam. Mencari kasih sayang dan cinta yang pernah Harraz berikan kepadanya sebelum ini.
"Abang janji sayang. Abang janji dengan izin ALLAH, abang akan kekal dengan sayang buat selamanya. Abang tak akan tinggalkan sayang. Kita sama-sama berusaha untuk perbaiki semuanya ya sayang. Once you be mine, forever mine Mariposa," Airis tersenyum mendengar nama itu. Sudah lama dia tak dengar Harraz memanggilnya Mariposa. Dia rindukan gelaran itu.
"Airis sayang abang," ungkap Airis.
"Abang tahu, I love you more sayang," Harraz membalas.
Perasaaan lega yang dirasakan sekarang menimbulkan rasa bahagia di dalam diri pasangan itu. Airis tenang disamping Harraz, hilang segala resahnya sebelum ini. Harraz penguat dirinya, Harraz pembangkit semangatnya.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...