Hilang sahaja kereta milik Dato' Hussein dari pandangan Airis, terus dia masuk ke dalam rumah dan baring di sofa. Perut dia memang sakit sangat sekarang ni, tak ada belas kasihan langsung.
"Sakit sangat ke?" soal Harraz. Airis tak mampu balas, dia hanya mampu mengangguk dengan muka yang berkerut.
"Pergi naik atas rehat, kejap lagi aku datang. Kau boleh naik sendiri tak? Kalau tak aku dukung je," terus tegak badan Airis sekarang.
"Err... tak apa, saya boleh naik sendiri," perlahan-lahan Airis bangun dan mula berjalan. Tapi cara dia jalan sekarang memang macam nenek tua, terbongkok-bongok. Baru sahaja nak masuk langkah keempat, Airis rasa badan dia melayang.
"ARGHH! HARRAZ!" jerit Airis bila dia dah berada dalam dukungan Harraz sekarang. Laju sahaja tangan dia memeluk leher Harraz.
"Lambat," ujar Harraz dan terus jalan mendaki tangga.
"Awak turunkan saya, saya boleh jalan sendiri lah!" Airis meronta kecil namun sedikit pun tidak dilayan oleh Harraz.
Sampai sahaja dalam bilik, dia letak Airis dia atas katil dengan berhati-hati. Kemudian dia berjalan ke arah meja kecil di tepi katil, laci kedua dibuka dan dia keluarkan minyak angin.
"Sini aku urut perut kau," ujar Harraz. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Airis.
"Eh, tak apa. Saya letak sendiri," halang Airis. Baru sahaja dia nak ambil minyak angin di tangan Harraz, Harrraz menghalang.
"Tak payah, aku buat. Baring," bila tengok muka Harraz bukan main bengis lagi sekarang, Airis ikut sahaja arahan Harraz. Perlahan-lahan Harraz menyelak baju Airis, minyak angin itu dibuka dan diketakkan di tangan. Dia kemudian menyapu pada perut Airis dan mula mengurut.
"Dah tahu senggugut tu, mengada sangat tolong ummi pagi tadi kenapa?" soal Harraz, tajam matanya pandang Airis.
"Habistu, tak kan nak bagi ummi buat sarapan sorang-sorang,"
"Aku ada. Aku boleh tolong ummi, tengok sekarang ni. Siapa susah?"
"Kalau rasa susah tak payah tolong," Airis cuba untuk menolak tangan Harraz yang berada di perutnya sekarang. Tapi laju sahaja tangan Harraz menepis.
"Aip, duduk diam-diam. Amboi, biasa dia tu," ujar Harraz. Matanya dijegilkan pada Airis membuatkan Airis terus menjeling Harraz.
Hampir setengah jam juga Harraz mengurut perut Airis. Bila dah selesai, dia menarik semula baju Airis. Minyak angin disimpan di tempatnya semula."Kau rehat, aku nak kebawah kejap. Nanti aku datang balik," habis sahaja memberi arahan, Harraz terus melangkah keluar dari bilik. Airis pula hanya menggaru kepala kehairanan. Asal tiba sangat Harraz ni?
Dalam lima belas minit macam tu, Harraz kembali dengan dua cawan gelas dan satu plastik kecil. Dia meletakkan gelas tersebut di meja kecil tadi. Satu papan ubat dia keluarkan dari plastik kecil tadi dan diserahkan pada Airis.
"Nah, ni ubat untuk period pain. Kau makan sebiji je tau, jangan pergi bantai dua biji pula," ujar Harraz, dia juga menghulurkan gelas yang mempunyai air masak pada Airis.
"Mana awak dapat ubat ni?" soal Airis, takkan lah Harraz pergi beli tadi? Cepat betul.
"Hanan dengan Hanim selalu tinggal dekat rumah aku. Tu ubat diorang, tertinggal dekat sini," tipu Harraz, padahal tadi baru sahaja dia order dari grab selepas Dato' Hussein dan Datin Isma' balik.
"Ouh," Airis mengangguk. Dia menelan ubat yang diberikan oleh Harraz. Selesai dengan hal itu, Harraz mengambil gelas di tangan Airis dan digantikan dengan gelas yang lain. Berkerut dahi Airis pandang Harraz.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...