BAB 30

537 17 0
                                    

Pejam celik, pejam celik hampir lima bulan Airis praktikal di bakery bawah hotel Harraz. Macam-macam yang terjadi sepanjang dia praktikal, ramai kawan baru yang dia jumpa. Dan banyak juga pengalaman yang dia dapat.

Dan makin jarang Airis dan Harraz berjumpa kerana masing-masing sibuk bekerja. Airis hanya cuti pada hari jumaat sahaja, sabtu dan ahad pula shift nya jatuh pada sebelah pagi. Dan minggu lepas Harraz terpaksa outstation di luar negara, sunyi jugalah hidup Airis selama semimggu. Nasib baik ummi ada datang temannya dia.

"Kau tinggal sebulan je lagi kan untuk praktikal?" soal Harraz.

Kini mereka sama-sama berada di mini perpustakaan memandangkan Airis buat keputusan untuk menenangkan fikiran dengan membaca novel. Harraz pula, entah apa lah yang dia buat. Sedari tadi hanya duduk menghadap laptopnya sahaja. Kalau mahu buat kerja pergilah masuk pejabatnya, tak ada pula Airis minta Harraz untuk teman dia di sini.

"Haah, kenapa?"

"Lepas habis praktikal ni kau nak buat apa?" soalan dia balas soalan.

"Saya ingat nak rehat dulu sebulan, lepas tu saya nak cari kerja," Airis mengemukakan rancangannya yang masih lagi samar-samar.

"Kalau nak kerja, kau kerja dekat bakery tu je. Senang,"

"Ish, tak nak lah saya. Cukup lah enam bulan saya hadap bakery awak tu. Saya nak cari tempat kerja lain. Ramai lagi orang nak ambil saya bekerja tau," Airis terenyum bangga dengan diri sendiri.

"Eleh, berlagak," Harraz menjulingkan matanya ke atas.

Mendengarkan balasan Harraz membuatkan Airis tergelak. Tak lama selepas itu, Harraz juga turut tertawa. Suasana kembali sepi bila kedua-duanya terdiam sebelum Harraz kembali bersuara.

"Tapi aku memang maksudkan apa yang aku cakap tadi tau. Aku nak kau kerja dekat bakery tu. Kalau kau nak cari tempat lain aku tak izinkan," Airis mengeluh perlahan.

"Kenapa pula? Saya nak cari pengalaman bekerja dekat tempat lain. Takkan lah boleh?" ujar Airis bersama mulut yang dimuncungkan.

"Memang tak boleh. Kau tengok sekarang even kita kerja satu company yang sama pun susah nak jumpa. Apatah lagi kalau kau pergi kerja dekat tempat lain, tak ke aku ni dibiarkan nanti. Dah lima bulan aku tak dapat kasih sayang tau," adu Harraz.

Dia rindu juga nak luangkan masa dengan Airis macam dulu, sekarang ni bila masing-masing sibuk memang susah. Harini pun dia bernasib baik dapat balik awal, itu pun tak boleh lama nak luangkan masa dengan Airis sebab Airis kena masuk shift malam pada jam enam petang nanti.

"Alolo.... kurang kasih sayang lah ni? Kesian dia," Airis menunjukkan muka kesian pada Harraz. Harraz pula hanya mengangguk dengan mulut yang dah serupa itik dah.

"Nak peyuk," Harraz mendepakan tangannya minta Airis memeluknya. Airis mengesot perlahan ke arah Harraz. Baru sahaja Harraz mahu menarik Airis masuk ke dalam pelukkan dahinya dijentik oleh Airis.

"Aduh, kenapa kau jentik dahi aku?" marah Harraz, merah mukanya tika ini.

"Awak tu yang lupakan saya,"

"Bila masa pula aku lupakan kau ni?"

"Minggu lepas!"

Berkerut seribu dahi Harraz cuba ingat semula apa yang terjadi minggu lepas. Setahu dia, satu minggu dia pergi outstation, nak kata dia lupakan Airis memang mustahil. Sebab setiap kali dia balik ke hotel, dia akan mesej Airis walaupun dia tahu Airis akan balas pada keesokkannya.

"Mana ada aku lupakan kau. Aku chat kau kan setiap kali aku balik," ujar Harraz tak puas hati, ini dikira menuduh tanpa sebab ni.

"Yela tu, awak lupa ke yang awak janji dengan saya nak beli hadiah dekat saya dari China. Mana hadiah tu? Tak ada pun," Airis kembali mengesot jauh dari Harraz bersama muka masam.

"Alah, kalau pasal tu kau nak kesah apa. Dekat Malaysia ni pun banyak apa barang-barang made in China. Tak payah susah-susah nak beli dekat China, baik beli kat sini je," Harraz sembunyikan senyumannya. Tak sangka pula Airis marahnya kerana tidak membeli sebrang hadiah padanya.

Pembetulan, dia sebenarnya ada je belikan hadiah daripada China untuk Airis. Tapi dia hanya tunggu masa yang sesuai untuk bagi dekat Airis.

"Lain lah kalau beli dekat Malaysia walaupun dia made in china. Tak ada vibe tahu tak?" kini Harraz dah tak dapat tahan ketawanya. Bukan main selak lagi ia gelakkan Airis sekarang.

"Aduh lah kau ni. Sakit lah perut aku ni gelak," tergeleng-geleng kepala Harraz. Muka Airis pula semakin masam.

"Padan muka, saya tak suruh pun awak gelak," Harraz makin tak boleh menahan ketawanya bila Airis bertambah marah.

"Ish, sudahlah. Gelak lah awak sampai mampus, saya nak pergi bersiap," Airis mengempas kuat novel ke arah Harraz sebelum dia bangun dah berlalu.

"Eh, sabarlah," Harraz menarik tangan Airis dan membuatkan Airis kembali terduduk.
"Kau tunggu sini kejap," Harraz berjalan keluar dari mini perpustakaan itu dengan tawanya yang masih tersisa.

Tak lama lepas itu, Harraz kembali dengan sati beg kertas ditangannya. Sampai sahaja di depan Airis, dia menyerahkan beg tersebut kepada Airis.

"Nah, aku beli lah hadiah untuk kau," ujar Harraz. Hilang terus muka masam Airis dan kini diganti dengan senyuman lebar. Laju je dia sambut beg kertas itu.

Buka sahaja dia nampak ada satu kotak berwarna hitam besar tapak tangannya sahaja. Teruja dia keluarkan kotak tersebut dari beg kertas itu. Bila kotak tu berjaya dikeluarkan, cepat-cepat Airis membuka kotak tersebut untuk tahu isi dalamnnya. Mati senyuman Airis bila isi dalam kotak itu menyapa pandangannya. Nafas ditarik dalam.

"MUHAMMAD HARRAZ IRSYAD!" jerit Airis kuat manakala Harraz dah bantai gelak sampai jatuh dari sofa.

Kesabaran Airis dah tak dapat ditahan lagi. Mana tidaknya, buka je kotak dia nampak kotak tu penuh dengan nasi goreng yang dimasak olehnya sebagai sarapan pagi tadi, siap ada ikan kering lagi.

Bantal kecil yang terdapat di sebelah Airis laju sahaja di lempar ke arah Harraz. Tak cukup dengan itu, segala jenis bantal yang dekat dengannya di baling pada Harraz. Harraz pun tak nak kalah bila dia kembali membaling bantal itu semua ke arah Airis semula. Maka berlaku peperangan bantal.

Airis geram bila bantal yang dia baling langsung tak kena pada Harraz, tapi pada setia balingan Harraz mesti tepat kena mukanya. Disebabkan dah tak tahan, Airis bangun dan terus berjalan untuk keluar dari bilik itu. Tapi sekali lagi tangannya ditarik dan...

CLAK!

Harraz memakaikan sesuatu pada pergelangan tangan Airis membuatkan Airis pandang tanganya pelik.

"Apa ni?" soal Airis, dia membelek perkara yang terdapat di pergelangan tangannya sekarang. Nampak macam gelang, tapi pada bahagian atas ada satu batu bulat yang rata dengan corak bulan yang sangat cantik. Di bahagian penyambung jelas terukir 'HARRAZ QUEEN'

"Cuba kau tekan bahagian atas tu," ujar Harraz. Airis pula ikut sahaja, tak sangka pula batu di bahagian atas itu boleh ditekan. Bila dia tekan sahaja, Harraz angkat tangan yang mempunyai gelang sama seperti Airis. Corak pada batu Harraz menyala dan Harraz turut menekan batu tersebut. Kini batu di gelang Airis pula menyala dan bergetar. Teruja Airis sekejap.

"Pastikan kau sentiasa pakai gelang ni. Kalau kita jauh, and kalau aku rindu kau dan kau pun rindu aku. Just tekan je sebagai tanda yang kau tengah rindukan aku,"
Airis membelek gelang yang terdapat di pergelangan tangan Harraz. Semuanya sama, yang membezakan hanyalah warna sahaja, Airis berwarna putih manakala Harraz berwarna hitam dan juga tulisan yang terukir di bahagian penyambung Harraz yang tertulis, 'AIRIS KING'.

"Suka?" soal Harraz. Airis pandang Harrraz bersama anggukan yang laju.

"Ingat, aku tak akan pernah lupakan kau," Harraz perluk Airis kuat. Airis pula hanya membalas sahaja pelukan Harraz. Bahagianya dia rasakan sekarang.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now