Aura hanya memandang ke arah sahabatnya itu sambil menggelengkan kepalanya. Dari tadi Airis membasuh satu-satunya cawan yang ada dalam singki itu. Tangan ligat membasuh, tapi matanya hanya termenung memandang ke luar tingkap. Apa yang difikirkan oleh Si Airis itupun dia tak tahu.
"Hoi, kau nak cawan tu tukar warna dari hitam ke putih ke cik kak oii," tegur Aura dan serentak itu Airis sekaan kembali semula ke dunia nyata. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Aura dan kembali pandang ke arah cawan yang berada di tangannya sekarang.
Bukan main berkilat lagi cawan tu, ni kalau geselkan ibu jari ni. Mesti keluar bunyi macam iklan sabun basuh pinggan dekat TV.
"Kau termenung apa nyah?" Aura menyoal bila Airis tidak membalas tegurannya tadi.
"Tak ada apa. Aku fikir pasal assignment je. Banyak sangat sampai rasa nak meletop kepala ni," balas Airis, dia kemudian menyimpan cawan yang dibasuh tad di tempatnya semula.
"Yela tu. Kau ingat aku baru kenal dengan kau semalam? Abah ada bagi tahu kau something kan?" teka Aura.
"Kau tahu ke?" Airis mengambil tempat di hadapan Aura.
"Ayah ada bagi tahu aku tadi, pasal abah ada hal penting nak bincang dengan kau. Tapi ayah tak ada pula bagi tahu aku apa-apa. Kau tak nak share dengan aku ke?" Kenyataan yang keluar dari mulut Aura membuatkan Airis mengeluh panjang. Perkara itu lah yang dia tengah fikirkan sebentar tadi.
"Abah...abah nak aku kahwin,"
PRUHH!!!
Sekali lagi Aura menyemburkan air dari dalam mulutnya, kini matanya betul-betul terbeliak. Hampir sahaja nak terkeluar.
"Ish, habat lah kau ni!" marah Airis, dia mengelap air yang terperecik di tangannya.
"Ka..kau biar betul Airis? Abah nak kau kahwin? Dengan siapa?" Kuat suara Aura menyoal, tidak dihiraukan amarah Airis padanya kini akibat daripada air yang telah disembur olehnya umpama patung singa di Singapura itu.
"Abah kata dengan anak kawan dia, aku pun tak tahu lah weh. Dengan si Aidil tu tak habis-habis WhatsApp aku tanya bila dia boleh datang masuk meminang aku," Airis menyembamkan kepalanya di atas meja. Sakit kepalanya memikirkna hal itu.
"Aidil ni pun satu hal. Aku tak faham lah mamat tu, apa yang benak ubi sangat otak tu. Menyampah lah aku," marah Aura.
"Kau cakap apa dekat abah?" Airis angkat kepala pandang Aura dengan muka yang amat memerlukan pertolongan.
"Kau tahu tak abah cakap apa kat aku?" Aura menggeleng mendengar soalan Airis. Manalah dia nak tahunya, dia mana ada masa dua beranak tu berbincang.
"Abah cakap macam ni tau. Ahem," Airis membetulkan suaranya agar dia dapat meniru suara Encik Suhaimi.
"Abah bukannya tanya persetujuan akak, tapi abah cuma makumkan pada akak sahaja. Setuju atau tak, akak tetap kena kahwin," ternganga mulut Aura mendengar bait-bait kata yang keluar dari mulut Airis yang semestinya keluar dari mulut Encik Suhaimi terlebih dahulu.
"Sumpahlah abah cakap macam tu?" soal Aura tak percaya. Airis pula mengangguk dengan yakinnya, memang dia masih ingat lagi setiap kata-kata abahnya sebentar tadi.
"Kau rasa apa aku nak balas bila abah dah cakap macam tu?" sekali lagi Airis melepaskan keluhan.
"Ibu cakap apa?"
"Ibu tak cakap apa-apa, diam je," Airis mencebik, air matanya perlahan-lahan nak mengalir.
"Awhh, jangan lah macam ni Airis. Kalau kau nangis, aku pun nak nangis sekali. Aku tak tahu nak buat apa ni, aku pun takut dengan abah juga. Tak apa nanti aku cuba bincang dengan ayah, biar dia slow talk dengan abah kau," Aura cuba untuk memujuk Airis yang makin laju mengalirkan air matanya.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
عاطفية~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...