BAB 20

1.2K 33 3
                                        

"Airis!"

Hampir tercampak rimut TV ditangan bila namanya dipanggil kuat. Berkerut dahinya memandang ke tingkat atas. Rasanya tadi Harraz dah tidur, macam mana dia boleh bangun pula ni?

"Airis!" sekali lagi Harraz memanggilnya, Airis mengeluh sebelum dia melangkah ke arah tangga. Baru je tadi dia siap kemas rumah, dan sekarang baru dapat rehat. Tak sempat nak lepaskan lelahnya, Harraz dah panggil.

"Awak nak apa lagi Harraz?" soal Airis, dia berjalan mendekati Harraz yang sedang duduk menyandar di birai katil.

"Aku nak aiskrim," terjatuh rahang Airis mendengar permintaan Harraz sekarang.

"Mana nak adanya aiskrim tengah-tengah malam buta ni awak oii,"

Penat lah Airis dengan perangai suaminya ini. Minta aiskrim tengah-tengah malam buta pula. Kalau airskrim tu dah ada tak apa lah juga. Ni nak kena pergi beli pula, memang tak lah.

"Kau pergi lah beli,"

"Awak nak saya pergi beli naik apa? Saya mana pandai naik kereta," dah bercekak pinggang Airis sekarang.

"Naik lah motor aku," Airis menarik nafas panjang. Sabar, orang tengah sakit kita kena bersabar.

"Saya tak pandai naik motor Harraz," ujar Airis bersama senyuman yang dipaksa. Harraz pandang Airis dengan pandangan tajamnya. Nak marah lah tu.

"Kau ni semua tak pandai," Harraz menolak selimut di badannya sebelum bangun dan terus bergerak ke arah meja solek.

"Eh awak nak pergi mana?" soal Airis bila dia nampak Harraz dah ambil kunci motornya.

"Nak pergi beli aiskrim lah," Harraz terus berjalan keluar dari bilik. Tak pasal-pasal Airis terpaksa kejar langkah Harraz.

"Dah nak dekat jam satu pagi ni Harraz. Esok-esok jela awak pergi beli aiskrim tu, lagipun awak tengah demam sekarang ni," Airis cuba untuk menahan langkah Harraz tapi sikit pun Harraz tak layan. Langkahnya dilajukan bila dia rasa Airis cuba untuk menarik tangannya. Bukan main laju lagi dia turun tangga dan Airis terpaksa berlari.

"Harraz, esok jela awak be- Arghh!"

Terus terpusing kepala Harraz bila dia dengar jeritan Airis. Terbeliak mata dia bila dia pandang Airis dan selamat tersembam dekat tangga bawah.

"Kau jalan macam mana?" marah Harraz. Dia bantu Airis untuk bangun.

"Aduh...duh... jangan pegang, sakit..." Airis tolak tangan Harraz bila Harraz tak sengaja tersentuk pergelangan kakinya. Sakit dia tak boleh bawa bincang ooo. Dan otak Airis kuat mengatakan yang kaki dia dah terseliuh.

"Itu lah, yang pergi kejar aku kenapa? Aku tak minta pun kau kejar aku," Harraz geleng kepala pandang Airis yang tengah menahan sakit. Kuat juga dia dengar bunyi Airis jatuh tadi.

"Awak tu lah, tiba-tiba je nak pergi beli aiskrim malam-malam buta. Dengan tengah demamnya, mana saya tak kejar awak,"

Airis cuba untuk menahan air matanya daripada mengalir keluar. Dah lah tengah sakit, lepas tu Harraz boleh pula tanya macam nak marah dia. Bukannya salah dia, salah tangga ni ada dekat sini. Dia nak turun je. Eh?

"Salah aku juga lah?"

"Ya, salah awak!" Airis menjeling Harraz.

"Kalau macam tu kau bangun lah sendiri. Aku nak pergi beli aiskrim, bye!" Harraz yang baru je nak bangun terbantut bila Airis tarik tangannya. Kening sebelah terangkat pandang Airis.

"Err... Sekurang-kurangnya awak tolonglah papah saya sampai ke sofa tu. Lepas tu kalau awak nak keluar pergi beli aiskrim awak tu, awak pergi jela. Saya tak halang dah," ujar Airis dengan kepala yang tertunduk. Lama mereka diam bila Harraz langsung tak membalas.

"Haih... Tak apa lah," Airis lepaskan tangan Harraz dan cuba untuk bangun sendiri. Baru je badan dia nak terangkat dari lantai, Harraz terlebih dahulu mengangkat Airis.

"Eh, sa-"

"Shhh..." potong Harraz.

Sangkaan Airis, Harraz nak letak dia dekat sofa. Tapi ianya meleset sama sekali bila Harraz mendaki tangga. Nampaknya Harraz nak letak dia dalam bilik terus. Tapi tak apa, lagi senang. Tak payah lah dia susah-susah nak naik tangga pula nanti.

Masuk je dalam bilik, Harraz letak dia atas katil sebelum Harraz melangkah keluar bilik. Airis pandang sahaja Harraz yang telahpun hilang di balik pintu. Ceh, aiskrim dia lagi penting.

Tak sempat Airis nak kutuk Harraz dalam hati, dia nampak Harraz masuk semula ke dalam bilik dengan botol minyak urut di tangan. Harraz duduk depan Airis dan dia tarik kaki Airis yang terseliuh tadi.

"Awak cakap nak pergi beli aiskrim. Pergi jela, saya boleh urut kaki saya ni sendiri," Airis tarik semula kakinya tapi ditahan Harraz. Harraz pandang Airis dengan pandangan tajam sebelum dia menyapu minyak di kaki Airis.

"Harraz, awak tak pa-"

"Diam Airis!" jerkah Harraz. Tersentak Airis dibuatnya. Tak pasal-pasal air mata yang ditahan tadi mengalir laju.

"Kalau nak marah-marah tak payah tolong, saya boleh buat sendiri. Pergi jela beli aiskrim tu!"

Kali ni Airis menarik kuat kakinya tanpa sempat Harraz nak halang. Airis mengelap air matanya sebelum dia mengurut kakinya sendiri.

"Manja, sikit-sikit nak nangis. Macam mana aku nak marah kau lebih-lebih kalau aku naik suara sikit pun kau dah nangis," Harraz mengeluh. Memang dia marahkan Airis sebab cuai, tapi dia lebih marahkan dirinya sendiri. Bagi dia, Airis jatuh sebab dirinya. Kalau dia tak turun tangga laju tadi, tak adanya Airis boleh jatuh.

"Sini aku urut kaki kau tu,"

"Awak nak pergi beli airkirm kan, pergi lah beli. Yang kesah pasal saya ni kenapa?" Airis jeling Harraz. Air matanya masih tak berhenti mengalir dari tadi.

"Macam mana aku nak pergi beli airkrim kalau isteri aku perlukan perhatian aku sekarang," terangkat kepala Airis pandang Harraz sekarang.

"Mana ada, saya tak nak pun perhatian awak tu," balas Airis. Sedap-sedap je nak kata yang Airis nak perhatian dia.

"Iya lah tu. Kalau tak, tak adanya kau kejar aku tadi," Harraz senyum sinis buatkan Airis mengelap air matanya kasar. Ni dah lebih dah ni.

"Saya kejar awak sebab awak tu tengah de-"

"Demam? Haihh... Kau ni. Kalau sayang aku tu cakap lah. Tak payah lah sampai sakitkan diri kau macam ni semata-mata nak perhatian aku," ternganga mulut Airis sekarang ni. Baru sahaja dia nak membalas Harraz dah potong.

"Dah tak payah nak nafikan lagi. Sini aku bagi kau perhatian," Harraz menarik semula kaki Airis dan mula mengurutnya semula.

"Ish tak payah, sa-"

"Diam Airis. Kepala aku ni dah pening semula tau," kini lembut sahaja Harraz membalas.

"Kepala tengah pening, ada hati nak makan aiskrim," ujar Airis perlahan. Sipi-sipi sahaja masuk ke dalam pendengaran Harraz.

"Apa dia?" soal Harraz mahu Airis ulah semula ayatnya tadi.

"Tak ada apa,"

"Mengutuk aku lah tu. Berdosa tau mengutuk suami,"

Mata Airis mengecil sahaja pandang Harraz sekarang ni. Mulut geram je nak mengutuk, tapi masih cuba ditahan.

"Kenapa pandang aku macam tu? Nak minta aku kiss ke?" Harraz menyoal membuatkan Airis menjulingkan matanya ke atas. Bila masa pula dia minta Harraz cium dia.

"Awak nak urut kaki saya sangatkan? Ha, urut lah. Saya nak tidur,"

Dengan itu Airis terus baringakan badannya dan tutup mata. Harraz hanya tersenyum sahaja pandang gerak-geri Airis sekarang.

MARIPOSA🦋 |✓|Stories to obsess over. Discover now