Rizal melambai-lambai tangannya agar Harraz nampak kelibatnya yang sedang duduk di bucu paling hujung restauran itu. Sengaja dia memilih tempat duduk itu, senang jika mereka berdua ingin berbual hal peribadi tanpa didengari orang sekeliling. Harraz yang nampak akan lambaian Rizal mengangguk dan melangkah ke arah sahabat nya itu.
Harraz mengambil tempat berhadapan dengan Rizal. Sudah hampir tiga ke empat tahun dia tidak berjumpa dengan sahabatnya itu kerana berada di United Kingdom sepanjang pengajiannya dalam bidang Perniagaan. Baru dua bulan lepas dia habis belajar dan balik ke Malaysia. Namun tetap tiada rezeki untuk berjumpa dengan Rizal, kerana Rizal terlalu sibuk dengan pengajiannya juga di Dubai. Rizal baru pulang minggu lepas.
"Kau nak order apa?" soal Rizal.
"Apa-apa jela, aku tak kesah," perlahan sahaja Harraz balas, tapi masih dapat didengari oleh Rizal. Rizal menangguk dan segera memanggil waiter untuk mengambil pesanan. Selesai membuat pesanan, Rizal kembali memandang ke arah Harraz.
"Kau asal? Ada masalah ke?" Rizal membuka bicara setelah hampir seminit mereka diam. Harraz pula hanya menunduk sahaja pandang meja. Rizal tahu kawannya itu ada masalah. Bukan baru semalam dia kenal dengan Harraz. Harraz mengangkat muka pandang Rizal.
"Takde la, cuma..." Harraz mengeluh. Dia kemudian mengambil nafasnya semula.
"Cuma apa?"
"Kalau aku cakap kau jangan marah eh?" Rizal mengangguk.
"Aku dah buat keputusan yang aku nak sambung belajar dalam bidang architecture untuk sarjana muda. And aku dah apply, dapat dekat UK juga. Yela walid dah suruh aku sambung dalam bidang yang dia nak kan, so sekarang aku nak sambung pula dalam bidang yang aku minat." terang Harraz, Rizal hanya membalas dengan anggukan.
"Ikut kau lah, tapi walid dah tahu ke belum?" Risau juga Rizal jika Dato' Hussein tak tahu pasal perkara ni. Mahu pecah telinga dia kene dengar bebelan orang tua itu, tambah pula jika Datin Isma masuk gelanggang.
"Walid dah tahu, aku dah bincang dengan dia. Dia bagi aku sambung, tapi habis sambung belajar aku kene ambil alih hotel tu la,"
"Lah, habis apa tu function kau sambung arkitek kalau alik-alik kau kene ambil alih hotel tu? Asal walid tak bagi hotel tu dekat Harris je?" soal Rizal. Rugi sahaja kalau Harraz sambung bidang lain dan kerja di bidang yang lain.
"Along aku dia settle hotel yang dekat China tu, macam mana dia nak settlekan dekat Malaysia ni. Nak tak nak aku juga yang kene. Lagipun aku tak kesah, kalau aku tak jadi architecture pun. Asalkan aku dapat sambung belajar aku dah happy," Harraz senyum, cuba untuk menengakan hati Rizal.
"Ikut suka kau lah Harraz, asalkan kau bahagia," balas Rizal pasrah. Tidak lama selepas itu, seorang waiter lelaki datang menghantar pesanan mereka sebentar tadi.
"Ni bila kau nak kene daftar kat sana ni?" Soal Rizal sebelum meneguk sedikit airnya.
"Lagi dua bulan aku ke sana lah,"
UHUK!!!
Tersedak Rizal dibuatnya bila mendengar balasan daripada Harraz. Dia kemudian memandang sahabatnya itu tidak percaya.
"KAU BIAR BETUL LAGI DUA BULAN?" Tunggi suara Rizal menyoal menyebabkan orang sekeliling memandang ke arah mereka berdua.
"Shhhhh, kau ni. Tak payah lah nak jerit. Orang tengok lah, tak malu ke?" Marah Harraz.
"Takde lah, kau baru balik dua bulan kan. Lepastu nak dah nak pergi. Takkan empat bulan je kau duduk kat Malaysia? Ni walid dah tahu ke belum?" Kini Rizal telahpun menurunkan intonasi suaranya.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...