Riuh rendah rumah Dato’ Hussein dengan tetamu yang hadir. Mereka membuat kenduri tahlil doa selamat untuk kandungan Airis dan juga untuk keselamatan Airis dan Harraz untuk pergi umrah dalam tiga hari lagi.
Datin Isma’ dan Puan Aliya tidak terlepas menyibukkan diri mereka. Memandangkan para lelaki baru sahaja habis tahlil, maka sibuk lah para perempuan menghidangkan makanan. Airis nak tolong, tapi dihalang oleh Datin Isma’ dan Puan Aliya. Harraz juga turut menghalangnya.
Ikutkan hati, nak je dia kunci Airis dalam bilik. Tak reti duduk diam isterinya itu, tak padan dengan mengandung. Berjalan kesana kesini, terpaling sibuk lah tu.
Bila tetamu dah beransur balik, Airis buat keputusan untuk masuk kebilik. Baru sekarang dia rasa penat. Tadi bukan main cergas tak ingat dunia. Belakang badan dia terasa lenguh sangat walaupun kandungan baru sahaja mencecah dua bulan.
“Sayang… Dah tidur ke?” Harraz menjengokkan kepalanya ke dalam bilik. Bila dia nampak Airis yang bersadar di kepala katil sambil memandang ke arahnya, terus dia berjalan ke arah Airis dengan senyuman.
“Penat?”
Airis angguk bersama mulut yang muncung.
“Itulah, abang dah cakap tadi jangan buat kerja. Duduk je, ummi dengan ibu pun dah larang. Tapi sayang ni degil sangat, sibuk nak tolong juga,”
Harraz mencubit lembut hidung Airis membuatkan Airis ketawa kecil.
“Mana aci semua orang sibuk. Airis nak sibuk juga,”
“Tak payah nak mengada, sayang tu mengandung. Ingat tu,” menggeleng kepala Harraz. Main aci pula isterinya ini.
“Ni dah baca Al-Mulk ke belum?”
“Belum, nak suruh abang yang bacakan,”
“Yela, sini kat abang,”
Airis mengesot masuk ke dalam pelukan Harraz. Harraz memeluknya dan mula membacakan surah Al-Mulk sambil sebelah tangannya mengurut lembut pinggan isterinya.
***^_^***
Harraz dan Airis berdiri tegak di depan Kaabah bersama tangan Harraz memeluk pinggan Airis.
“ALLAH itu Maha Adil kan sayang. Mula-mula sayang menderita, lepas tu abang pula. Dan sekarang, kita sama-sama gembira,”
“Kita hanya mampu merancang sahaja abang. Tapi ALLAH yang tentukan semuanya,” Harraz memusingkan badan Airis menghadap dirinya.
“Abang harap ALLAH tak pisahkan kita melainkan dengan kematian. Kali ni abang betul-betul janji dengan sayang yang abang tak akan sia-siakan sayang. Abang akan jaga sayang seumur hidup abang. Dan abang akan teruskan berdoa memohon pada ALLAH supaya Dia kekalkan kebahagian kita sehingga ke anak cucu. Selamatkan kita daripada anasir-anasir luar yang datang nak pisahkan kita” ujar Harraz.
“Airis pegang janji-janji abang. Airis juga bersyukur dengan apa yang Airis ada sekarang. semoga kebahagiaan kita kekal abang,”
Mereka berdua senyum ke arah masing-masing sebelum Harraz menarik Airis masuk ke dalam pelukannya. Dahi Airis dikucup ikhlas, sebelum kedua-duanya mengalirkan air mata gembira. Air mata kesyukuran.
Benar….
Takdir itu milik ALLAH…
Tapi doa itu milik kita…
~TAMAT~
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...