Airis menarik nafas dalam. Harini merupakan hari pertama dia praktikal di bakery ini. Segala jenis resepi yang diberikan kepada semalam dia dah baca dan mengkaji. Namun, walaupun dia dah buat persiapan, rasa gementar tu tetap juga ada.
Langkah masuk sahaja dia nampak pekerja yang lain sedang sibuk mengemas apa yang patut. Dia sepatutnya datang jam 6 pagi memandangkan mereka akan buka kedai pada jam lapan pagi, tapi sekarang baru sahaja jam lima setengah. Tak sangka ada pekerja yang datang lagi awal daripadanya. Tanpa cakap banyak, Airis turut membantu pekerja yang ada di situ.
Tepat jam enam setengah, mereka siap kemas bahagian depan kedai. Sekarang mereka perlu pergi menguli beberapa jenis doh untuk membuat roti sebentar lagi. Baru sahaja nak bergerak ke dapur, bunyi loceng daripada pintu bakery itu menarik minat semua yang ada di dalam bakery tersebut untuk melihat siapa yang baru sahaja sampai.
Wanita itu berjalan dengan berlagaknya ke arah kaunter. Begnya diletak kasar di atas kaunter sebelum matanya dihalakan ke segenap bakery.
"You all dah pergi uli tepung ke belum?" soalnya. Kesemua pekerja yang ada di dalam bakery itu menggelengkan kepala. Tapi tidak termasuk Airis, dia masih tertanya-tanya siapakah gerangan wanita tersebut.
"Kenapa tak uli lagi? Nak tunggu bila? Nak tunggu customer datang baru nak uli?!" naik turun dadanya marah ke arah pekerja-perkerja di situ.
"Kitorang kemas bahagian depan tadi Miss Ava," ujar salah seorang pekerja di situ. Sayu-sayu sahaja suaranya.
"Alasan! Eh, you budak praktikal baru kan?" Airis angguk kepala apabila wanita yang dipanggil Miss Ava itu menunjuk ke arahnya. Sinis senyumannya pandang Airis atas bawah.
"Huh, macam mana lah you boleh terpilih untuk praktikal dekat sini?" sinis sahaja soalan Ava padanya. Belum sempat Airis nak jawab, Ava terlebih dahulu memotongnya.
"I nak you pergi uli semua jenis doh yang kita nak guna harini. And yang lain, buat semula bahagian depan ni. Buruk!" arahnya.
"Err... Miss Ava, saya tolong Airis menguli ya. Banyak sangat doh nak kena uli harini," sampuk seseorang yang betul-betul ada di sebelah Airis.
"No need Emma. I nak tengok macam mana budak baru ni buat kerja," Ava menjeling sekilas ke arah Airis, sekali lagi dia pandang Airis atas bawah.
"Tapi Miss Ava, ki-"
"Ughh, ikut suka hati you lah," potong Ava sebelum dia terus melangkah ke arah bilik yang disediakan kepada pekerja untuk berehat. Hilang sahaja kelibat Ava, mereka terus buat kerja seperti yang di arahkan.
"Airis, jom kita pergi belakang. Banyak kerja kita kena siapakan ni," ajak Emma. Airis hanya mengangguk dan ikut sahaja langkah Emma.
"Siapa Miss Ava tu?" Airis menyoal sambil menuangkan tepus ke dalam bekas mengikut kuantiti yang telah ditetapkan. Nasib baik ada banyak mesin uli di bakery ini. Tak ada lah dia susah-susah nak menguli menggunakan tangan.
"Dia tu pekerja biasa macam kita je. Tapi berlagak macam dia tu bos, mentang-mentang lah bapak dia tu baik dengan Mr. Irsyad. Bukan main naik daun perangai dia tu," Emma menunjukkan muka menyampah. Airis pula dah terkejut, mati-mati dia ingatkan Si Ava tu ada pangkat tinggi daripada diorang. Rupa-rupanya sama level je.
"Kenapa korang tak laporkan perkara ni dekat Har-, err... Mr. Irsyad," Airis mengetuk kepalanya perlahan, nasib naik Airis tak terlepas cakap. Kalau tak jenuh dia nak menjawab.
"Bukannya kitorang tak lapor, dah banyak kali. Tapi kambing tu masih lagi selamat sebabkan bapak dia. Lagipun sekarang ni dah tak ada siapa yang nak laporkan kat bahagian atas sebab sebelum ni, semua yang laporkan akan berhenti kerja sebab yak tahan dengan perangai kambing tu. Dia akan buli kaw kaw punya," cerita Emma.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...