"Kau dah siap ke belum?" soal Harraz. Tangannya lincah memakai jam sebelum sekali lagi mata dikerling sekilas ke arah Airis yang sedang betulkan tudungnya di depan cermin.
Sampai sahaja hotel semalam, mereka buat keputusan untuk terus tidur memandangkan penat Airis naik kapal terbang masih tak hilang lagi. Sampai pun dah jam 9 malam, mana tak penatnya. Harini, awal-awal pagi lagi Harraz dah kejutkan Airis, katanya banyak tempat yang diorang nak pergi.
"Dah siap dah, kita nak kemana harini?" Airis mengambil begnya dan berjalan ke arah Harraz.
"Mana boleh bagitahu, rahsia," Harraz terus tarik tangan Airis keluar dari bilik mereka. Lif dituju dan Harraz tekan tingkat 1.
"Bila awak rancang semua ni?"
"I will explain everything later, not now okay. Hari ni kita enjoy je," Harraz senyum kearah Airis.
Keluar sahaja dari lif, mereka terus berjalan ke arah kereta yang sudah sedia menunggu kehadiran mereka. Entah bila Harraz tempah pun Airis tak tahu. Mungkin ketika Airis bersiap.
Sepanjang perjalanan Airis melihat ke luar tingkap. Pelbagai jenis struktur bangunan menarik yang terdapat di Turki berjaya menarik minat Airis. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit untuk sampai ke destinasi yang pertama. Selesai mengucapkan terima kasih, Harraz menarik tangan Airis untuk masuk ke dalam.
"Ni restaurant, eh?" soal Airis.
"Yup, Restaurant Deraliye Terrrace. Kita breakfast dekat sini dulu sebelum kita pergi jalan-jalan dekat tempat lain okay," lembut sahaja Harraz membalas.Restaurant ni merupakan tempat terbuka, kedudukannya yang tinggi membolehkan pelanggan menikmati permandangan yang menarik sambil menjamu selera. Airis tidak terlepas daripada mengambil gambar, banyak gambar yang di ambil. Dan tak pasal-pasal Harraz dipaksa menjadi model tak berbayarnya.
"Cantiknya pemandangan dari sini," ujar Airis. Matanya masih mengamati pemandangan yang indah itu.
"Ini baru sikit tau, lepas ni aku nak tunjuk dekat kau tempat-tempat yang ada seni bina yang unik. Dan, sekarang ni aku nak kau makan," Harraz menolak pinggan yang mempunyai roti bakar yang berintikan daging salai dan beberapa jenis sos istimewa.
***^_^***
"Kejap, kejap. Saya rasa saya tahu nama tempat ni. Emm... ni Hagia Sophia kan?" Airis cuba meneka, dan dia pasti tekaannya itu benar.
"Yup, Hagia Sophia atau kita panggil dia sebagai Aya Sophia. Salah satu seni bina yang dianggap sebagai bangunan yang teragung dan tercantik di dunia. Kau nak dengar sejarah pasal Hagia Sophia ni?" laju Airis mengangguk. Harraz menarik Airis untuk duduk di satu bangku yang terdapat di situ. Mereka melepaskan pandangan ke arah seni bina yang terdapat di hadapan mereka sekarang.
"Hagia Sophia ni direka oleh dua orang arkitek iaitu Isodore dari Miletus dan Anthemuis dari Tralles. Pada mulanya, ianya dicipta sebagai sebuah gereja atas arahan Maharaja Byzantine Justinian. Tapi pada 1453, selepas Empayar Uthmaniyah berjaya menjatuhkan Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih telahpun menukar gareja ni kepada masjid,"
Harraz pusing pandang Airis bagi memastikan Airis mendengar kisahnya. Airis yang sedang fokus mendengar pusing pandang Harraz yang tiba-tiba sahaja diam."Lepastu?" soal Airis. Harraz tergelak kecil sebelum menyambung.
"Semua barang-barang yang berunsurkan agama kristian habis dibuang. Contohnya seperti, loceng dan altar. Semua lukisan-lukisan yang ada dekat dinding pula ditampal dan dan ditukar kepada unsur-unsur islam seperti mihrab, mimbar, dan juga empat menara yang ada di luar bangunan ni. Tapi, sampailah tahun 1935, Hagia Sophia ditukar kepada muzium oleh kerajaan Republik Turki," sambungnya.
"Hampir 500 juga sebelum Hagia Sophia kembali diiktiraf sebagai masjid dan menjadi model untuk masjid-masjid yang lain seperti Masjid Sehzade, Masjid Suleymaniye, Masjid Rustem Pasha dan, Masjid Sultan Ahmed atau orang panggil Masjid Biru. Panjang kan perjalan hidup Hagia Sophia ni?"
Airis megangguk. Sebelum ni ada juga dia dengar kisah pasal masjid ni. Tapi tak lah sedalam ini.
"Mana awak tahu semua ni?"
"Sekarang zaman moden Airis. Semuanya kau boleh dapat daripada google. Lagipun, aku ni kan budak architecture, aku kena tahu berkaitan dengan seni bina yang ada dekat dunia ni. Dan dalam banyak-banyak tempat, aku tertarik dengan seni bina dekat Turki dan juga Itali," Harraz tersenyum melihat Airis yang tak habis-habis terangguk dari tadi.
"Dah jom. Banyak lagi tempat aku nak tunjuk dekat kau ni,"
***^_^***
Penat berjalan seharian, Airis dan Harraz kini hanya duduk di balkoni hotel mereka sambil melihat bintang yang ada pasa langit. Airis pula tak habis-habis tengok gambar yang diambil tadi.
Selepas mereka melawat Hagia Sophia, Harraz membawanya melawat tempat yang mempunyai seni bina yang menarik. Antaranya, Dolmabhache Palace, Basillica Cistern, dan Mihrimah Sultan Camil.
"Airis," panggil Harraz. Airis pusing sikit kepala ke arah Harraz tapi mata masih lagi tepat pandang ke arah gambar-gambar yang ada dalam telefonnya.
"Kau marah aku lagi ke?" soalan Harrraz membuatkan Airis alih pandangannya ke arah Harraz. Baru dia teringat yang dia merajuk dengan Harraz. Dia diam memimikirkan sama ada dia masih marahkan Harraz ataupun tidak.
"Kalau aku berterus terang dengan kau sekarang. Kau marah kan aku lagi tak?" dalam Harraz pandang ke arah anak mata Airis.
"Kalau awak jujur dan tak tipu, saya tak ada hak nak marah,"
Harraz menarik nafas dalam sebelum dia menceritakan segala kisahnya dengan Qayla.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...