Airis termenung ke arah kolam renang dihadapannya sekarang. Memorinya bersama Harraz setahun yang lalu masih segar diingatannya. Perlahan-lahan air matanya mengalir. Benar, kita hanya merancang, tetapi ALLAH yang tentukan semuanya.
Sehari selepas mereka tiba di Malaysia, Harraz berubah sepenuhnya. Airis seakan tidak kenal dengan suaminya tika itu. Dan kini, hampir setahun Harraz menghilang tanpa sesiapa pun yang tahu dimana Harraz berada. Apa yang Airis terima hanya borang cerai yang perlukan tanda tangan Airis. Tapi sekali pun Airis tak pernah tanda.
Ungkapan cinta dari Harraz dusta belaka. Harraz musnahkan kepercayaan Airis padanya. Sakit yang Airis rasa langsung tak dapat diubati lagi. Lebih perit bila Airis disahkan mengandung dua bulan selepas Harraz hilang.
Disebabkan keadaan Airis yang tak terurus kerana kehilangan Harraz yang secara tiba-tiba, ALLAH menarik satu lagi rezeki Airis bila kandungan yang dikandung hampir sebulan gugur.
Sakit...
Hancur...
Musnah...
Tak dapat Airis ungkapkan. Kejamnya Harraz buat begitu pada dirinya. Dia perlukan semangat, dia perlukan tulang belakang untuk dia bergantung. Tapi mana Harraz saat Airis memerlukannya? Harraz lelaki kejam yang Airis pernah jumpa."Ya ALLAH Airis, apa kau buat dekat luar ni sorang-sorang? Dah nak malam dah ni, patut lah aku cari dekat dalam kau tak ada," Aura melangkah ke arah sahabatnya itu sebelum langkahnya mati apabila dia nampak mutiara jernih yang mengalir di pipi Airis.
"Kau menangis lagi Airis?" Aura mengambil tempat di sebelah Airis.
"Kenapa Harraz buat aku macam ni Aura? Apa salah aku?" soalan yang kerap Airis tanya setiap kali dia menangis, setiap kali dia teringatkan Harraz. Aura terus menarik Airis masuk ke dalam dakapannya."Kau tak salah Airis. Sikit pun tak salah, jangan macam ni please. Aku tahu kau kuat, aku ada Airis. Mar ada, semua ada untuk kau. Aku tak nak tengok kau lemah macam ni. Ni bukan Airis yang aku kenal," pujuk Aura. Dia jatuh kesian melihat nasib sahabatnya sekarang.
"Tak, aku tak kuat Aura. Sakit Aura sakit... Sakit sangat Aura... Sakit..." Airis memukul dadanya kuat. Bagaikan ada pisau yang menusuk masuk ke dalam hatinya tika ini. Aura terus menangkap tangan Airis bagi memberhentikan tindakan sahabatnya itu.
"Jangan macam ni Airis, tolong," makin kuat Aura peluk Airis. Berharap agar dia dapat menyalurkan semangat pada Airis. Kuat tangisan Airis di dalam pelukkan Aura.
Aura hanya mampu mengucap bersama air mata yang mengalir. Tak sanggup melihat Airis menderita. Hatinya turut sakit.
***^_^***
"Assalamualaikum, Airis apa khabar? Dah makan?" soal Datin Isma' dihujung talian. Semenjak apa yang terjadi pada menantunya itu, hampir setiap minggu dia akan menelefon Airis. Mahu Airis tahu, sayangnya pada Airis tak pernah hilang walaupun Harraz menghilang tanpa khabar berita.
"Waalaikumusalam ummi, alhamdulillah Airis sihat je. Tadi Aura ada masak ayam kicap, Airis dah makan dengan Aura tadi. Ummi dah makan ke belum ni?" balas Airis sambil tersenyum kecil. Dia cuba untuk tidak fokus ke muka Datin Isma' kerana raut wajah Datin Isma' mengingatkan dia pada Harraz.
"Dah, ummi dah makan tadi. Ummi ingat hujung minggu ni nak sambut hari jadi Hanan dengan Hanim. Airis datang ya, ummi rindu nak jumpa Airis," Airis hanya senyum kekok. Memang dah lama dia tak pulang berjumpa dengan keluarga mertuanya.
"Tengok lah dulu macam mana. Okay, lah ummi. Airis letak dulu ya," Airis cuba mengelak. Memang setiap kali Datin Isma' menelefonnya, perbualan mereka tidak lama, hanya mengambil beberapa minit sahaja. Datin Isma' hanya mengangguk, dia tahu Airis perlukan masa.
Talian dimatikan selepas kedua-duanya memberi salam. Airis mengeluh. Dia menggosok perutnya perlahan, mengharapkan masih ada nyawa di dalamnya yang dapat memberikannya semangat. Tetap hampa bila ianya kosong."Maafkan mama sayang sebab tak jaga sayang betul-betul. Sayang tunggu mama dekat sana ya," ucap Airis perlahan, gambar ultrasound itu diusap perlahan. Tiada guna lagi dia nak meratapi, tiada guna lagi dia nak menyesal. Semuanya dah berlaku.
"Airis..." Aura masukkan kepala ke melalui celahan pintu bilik Airis yang dibuka. Airis pusing pandang sahabatnya itu.
"Aku ada buat kuih samperit, cuba kau rasa sedap tak? Aku ingat nak jual, buat bisnes kecil-kecil," Aura melangkah ke arah Airis bersama pinggan yang mempunyai kuih samperit yang dibuatnya tadi.
"Asal kau buat tak ajak aku?" Airis menjeling Aura, tapi tangannya tetap mengambil kuih samperit yang dihulurkan oleh Aura,
"Hehe, aku tengok kau macam busy je tadi. Tu yang aku tak nak kacau. Amacam, sedap tak?"
Airis mengangguk sambil mengunyak samperit itu. Aura masih setia menunggu jawapan daripada Airis."Sedap, mana kau cari resepi ni?"
"Hehe, ni resepi kau," besar mata Airis pandang Aura.
"Kau guna resepi aku. Lepastu tak ajak aku sekali, ni dikira mencuri ni," Airis bercekak pinggan. Matanya dikecilkan ke arah Aura.
"Alah, kau ni. Aku pinjam kejap je, kalau kuih ni laris nanti. Aku bagi lah tahu semua ni resepi kau sendiri yang cipta. Ha, macam tu. Support lah aku sikit," Aura menolak perlahan bahu Airis.
"Kalau kau claim ni resepi kau. Siap kau ya,"
"Mana boleh aku claim, ni hak cipta terpelihara kau tahu tak? Mahu hilang nyawa aku nanti,"
"Banyak lah kau," Airis menggeleng. Ada sahaja akal kawannya ini.
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Roman d'amour~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...