Harraz masih bingung dengan keberadaan Airis. Hampir dua minggu Airis pergi tinggalkan dia, dan sampai sekarang dia tak tahu kemana Airis menghilang. Hidupnya sekarang dah tak terurus. Makan minumnya entah kemana, mandi dan tidurnya juga tak tetap.
Kalau dulu Airis hilang pembangkit semangatnya, hilang tulang belakangnya. Kini Harraz pula yang merasaikan semua penderitaan itu. Umpama kifarah baginya kerana pernah mengabaikan Airis dulu.
Airis juga pembangkit semangat Harraz, tulang belakang Harraz. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Bagaimana rama-rama nak terbang sekiranya sayapnya hilang. Dan kemana pergi hala tuju sayap si rama-rama jika badannya meninggakannya. Kedua-duanya saling melengkapi.
"Bawa-bawa lah pergi mandi Harraz, bersihkan badan kau tu. Dah macam kambing aku tengok kau ni," Rizal juga risau melihat keadaan Harraz yang sekarang ni, tak tumpah macam mayat hidup.
"Kau rasa Airis pergi mana?"
Rizal mengeluh mendengar soalan Harraz, dah berpuluh kali Harraz bertanyakan hal yang sama, sehingga penat Rizal nak bagi tahu.
"Cuba jangan pentingkan diri sendiri Harraz, bagi Airis masa untuk dia ubatkan semula semua rasa sakit dan luka yang kau hadiahkan pada dia, biar dia pulihkan semula sayap dia Harraz. Bagi dia masa Harraz," pujuk Rizal.
Baru-baru ni masalah Harraz dengan Qayla dah selesai, Syukur bila semuanya berjalan seperti yang dirancangkan. Qayla tak akan ganggu Harraz lagi, itu apa yang dia katakan. Itupun selepas mereka ugut Qayla untuk buat report polis atas tindakan Qayla pada Harraz dan Airis.
"Aku nak jumpa dia Rizal, aku nak minta maaf dengan dia. Aku nak minta ampun dengan dia. Aku nak dia ada dengan aku, dia sumber kekuatan aku Rizal. Macam mana aku nak hidup tanpa dia? Aku tak kuat Rizal,"
Situasi yang dihadapi Harraz sekarang, sama seperti situasi yang pernah dihadapi Airis satu tika dahulu.
"Kau yakin ke yang kau tak akan sakitkan Airis lagi lepas ni? Kau yakin yang kau mampu untuk bahagiakan Airis?" Irfan yang baru sampai itu bertanya, dia keluar tadi untuk membeli makanan pada Harraz atas arahan Rizal.
"Dia isteri aku Irfan, memanglah aku akan bahagiakan dia,"
"Iya lah tu, sekarang pun dia isteri kau kan? Tapi dia bahagia ke sekarang Harraz?" sinis Rizal menyoal.
"Korang tak boleh nak salahkan aku sorang dalam hal ni. Keadaan yang memaksa aku untuk buat semua tu, aku tak ada niat kau tahu tak? Kalau aku dapat kawal rasa marah aku pada haritu, aku tak kan hina Airis sampai macam tu sekali. Tapi bila semuanya datang serentak, aku tak mampu. Aku tak mampu untuk fikir secara waras, aku tak mampu untuk bezakan mana satu yang betul mana satu yang salah. Hati aku ikut setiap satu bisikan syaitan yang sentiasa cuba untuk sesatkan aku, aku menyesal Rizal, aku menyesal Irfan, menyesal sangat,"
Harraz menutup mukanya dengan tapak tangannya, air matanya perlahan-lahan mengalir.
"Airis tengah berusaha untuk cari semua semangat dia, kau jangan risau. Dia okay je dekat sana." Irfan duduk di sofa sambil membuka bungkusan nasi yang dibelinya tadi. Lapar pula bila haruman dari nasi dagang itu menusuk masuk ke dalam hidungnya.
"Mana kau tahu dia okay dekat sana? Dekat mana Irfan?" terhenti suapan Irfan mendengar soalan daripada Harraz. Perlahan-lahan dia angkat kepala pandang Harraz.
"De... dekat tempat dia tinggal sekaranglah, mana aku tahu dekat mana," Irfan senyum kekok, dia cepat-cepat menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"Irfannn..." Panjang Rizal memanggil namanya. Kini Harraz dan Rizal dah selamat berdiri dia hadapan Irfan. Lama mata saling bertentangan, makanan yang ditelan Irfan tetep terasa pahit dan kasar walaupun nasi dagang tu bukan main sedap lagi.
"Ko...korang nak makan sekali ke? Duduklah, yang berdiri dekat depan aku ni dah kenapa? Nah makan nasi dagang ni, sedap weh," promote Irfan. Dia membuka satu-satu bungkusan nasi untuk Harraz dan Rizal.
Serentak Harraz dan Rizal duduk dan mengambil bungkusan nasi yang diserahkan oleh Irfan. Mata masih lagi tak berhenti daripada merunung Irfan. Dah boleh tertembus ke belakang dah. Dan setiap pergerakan Irfan mereka berdua ikut. Irfan suap nasi, diorang suap nasi. Irfan minum air, diorang minum air.
Tak selesa bila terus-terus sahaja dirinya diperhatikan, Irfan mengeluh nafas berat seraya meletakkan bungkusan nasi di atas meja semula. Dia angkat kepala pandang Harraz dan Rizal.
"Haihhh... Aura yang bagi tahu aku," akhirnya kantoi juga rahsia yang selama ni dia jaga. Ni kalau tahu dekat Aura, mahu teruk dia nak pujuk budak tu nanti.
"Kau tahu dekat mana lokasi Airis selama ni?"
Irfan mengangguk.
"Kau sentiasa berkomunikasi dengan Aura?"
Dia mengangguk lagi.
"Dan aku tak bagi tahu dekat kitorang?"
Lambat-lambat Irfan mengangguk kali ni.
"Kenapa kau tak bagi tahu dekat aku Irfan?" Harraz meramas kepalanya kuat. Penat dengan perangai kawannya ini.
"Aku dah janji dengan Aura yang aku tak akan bagi tahu dekat kau mana diorang sekarang,"
"Diorang dekat mana?" Harraz menyoal.
"Mana aku boleh bagi tahu,"
"IRFAN!" serentak Harraz dan Rizal menjerit Namanya. Terhenjut bahunya sebab terkejut.
"Fine, tapi bukan aku yang bagi tahu, biar dia yang bagi tahu sendiri. Tak payahlah nak jerit-jerit. Terkejut tahu tak," muncung mulut Irfan mengeluarkan telefonya, dah macam kena marah dengan mak ayah je gayanya sekarang.
Nombor Aura didail, Loudspeaker ditekan supaya HArraz dan Rizal juga boleh dengar.
TUT! TUT! TUT!
"Hello, assalamualaikum. Kenapa awak?" Aura bersuara di hujung talian.
"Waalaikumussalam, err... maaflah ganggu awak. Awak busy ke tu?" Irfan menyoal.
"Tak ada lah, tengah bersiap ni. Kenapa awak?"
"Saya nak minta tolong ni,"
"Tolong apa tu?"
"Saya kena culik ni awak,"
Tersembur semua air yang ada dalam mulut Rizal sekarang. Apa ke bodoh kawannya ni.
"Ha? Awak kena culik? Harraz dengan Rizal mana? Yang awak call saya ni kenapa? Saya jauh, awak call lah Harraz dengan Rizal," Aura dah gelabah di sana. Kena culik pula dah teman lelakinya ini. Tapi boleh pula dia telefon Aura ya.
"Macam mana saya nak call Harraz dengan Rizal kalau diorang yang culik saya,"
"HA? Awak ni betul-betul lah!" marah Aura dihujung talian.
"Sudah lah kau. Aura, mana Airis?" mati kata-kata Aura bila suara Harraz pula yang kedengaran sekarang. Dia menarik nafas dalam, sempat dia tengok Airis yang masih sibuk mengambil gambar.
"Kenapa Encik Harraz sibuk nak tahu dia dekat mana?"
"Aku tak ada masa nak main-main Aura,"
"Saya pun sama, encik ingat saya senang-senang je nak bagi tahu encik dekat mana Airis sekarang lepas apa yang encik dah buat dekat dia?" marah Aura. Naik turun dadanya kini menahan marah.
"Aku tahu kau marahkan aku sekarang, tapi tolong bagi tahu aku Airis ada dekat mana sekarang Aura. Bagi aku cakap dengan Airis. Tolong, aku rindu nak dengar suara dia Aura. Aku merayu dekat kau Aura, tolong aku," Harraz merayu.
"Encik, saya bu-"
"Aura!"
Suara Airis membuatkan keempat empat mereka diam tak bergerak.
"Kau dah siap ke belum ni? Kita dah lambat ni Aura, banyak tempat kita nak pergi harini," ujar Airis.
"A...aku err..." dah gagap Aura dibuatnya.
"Apahal kau gagap ni? Ouh, okay. Aku faham. Kau bagi tahu dekat Irfan suruh call kau malam ni ya, sekarang ni kita ada banyak kerja ya sayang. Dah cepat, aku tunggu dekat luar," Airis terus berjalan keluar dengan senyuman di bibir, kelakar melihat reaksi Aura tadi.
"Airis..." ujar Harraz sayu.
"Dia dah keluar, saya gerak dulu," baru sahaja Aura nak tutup panggilan, Harraz memanggil.
"Aura, please..."
Aura mengeluh buat sekian kalinya.
"Kejap lagi saya send location rumah sewa kami dekat Paris. Ingat ya encik. Ni peluang terakhir encik. Lepas ni, sekali lagi encik buat macam ni. Saya akan bawa Airis lari jauh lagi. Saya letak dulu, assalamualaikum,"
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...
