Airis, Aura, dan Maryam berjalan ke arah cafe yang terdapat di sebelah perpustakaan. Pada awalnya, mereka bertiga bercadang untuk ke perpustakaan, tapi memandangkan perpustakaan masih lagi tutup akibat staff sedang rehat menyebabkan mereka terus ke cafe tersebut.
"Panas gila hari ni weh," ujar Aura. Tudung yang dipakai dikibas bagi memberi ruang angin masuk.
"Nak buat macam mana, baru panas dunia. Belum panas akhirat lagi," balas Maryam bersama senyuman yang lebar.
"Haah, memang. Cakap macam pernah pergi neraka balik hari," marah Aura. Matanya menjeling Maryam yang berada di sebelahnya.
"Lah, kau tak payahlah nak marah sangat. Aku gurau je,"
"Gurau tak gurau. Aku panas ni, takde mood," balas Aura laju. Airis sedari tadi diam dan hanya memerhati sahaja dua sahabatnya itu bertengkar mulut. Tapi dia tahu, dua ketul tu bukannya bergaduh betul. Malas nak layan, Airis terus sahaja membuka telefon dan aplikasi Tiktok menjadi pilihan hatinya.
"Hoi!" Hampir terpelanting telefon Airis dibuatnya, begitu juga Aura dan Maryam. Kepala dipusingkan ke kiri bersama dengan satu renungan tajam.
"Kau ni dah tak reti nak bagi salam ke Aidil? Ada yang nak kena hempuk dengan aku nanti," marah Airis. Nasib sahaja telefon dia tak terpelanting ke depan. Kalau tidak, mahu pecah screen protector nya nanti.
"Hehe, tak mau lah marah. Aku tengok korang fokus sangat dengan telefon masing-masing. Aku datang pun korang tak perasan," Aidil mengambil tempat di sebelah Airis memandangkan hanya sebelah Airis sahaja yang kosong. Mereka duduk di meja empat orang.
"Korang tak ajak aku pun lepak dekat sini. Merata aku cari," Aidil mencebik seperti sedang merajuk.
"Ajak kau buat apa? Semak je," balas Aura.
"Sampai hati kau kan. Kau pun sama je Airis, bukannya nak bagi tahu aku,"
"Kitorang tak rancang pun nak duduk dekat sini. Kitorang nak masuk library. Tapi still tutup, sebab tu kitorang duduk dekat sini dulu," terang Airis, tak mahu lelaki itu tersalah faham. Aidil anggukan kepalanya.
"Ouh... Korang nak kelas dalam library ke?" soalan Aidil mendapat anggukan dari tiga sahabat itu.
"Aku nak join korang juga lah. Malas lah nak naik bilik," ujar Aidil bersama senyuman yang lebar. Jelas dia nampak teruja.
"Suka hati kau lah," balas Maryam pula.
Mereka berempat kembali diam, masing-masing dalam dunia sendiri. Cuma Aidil sahaja sekejap-sekejap mengerling ke aah Airis yang berada di sebelahnya. Airis yang perasan akan pergerakakn Aidil itu, mengeluh perlahan.
"Kau kenapa Aidil? Ada benda kau nak cakap ke?" soal Airis, dia pandang Aidil sekilas. Dapat dia nampak Aidil tersenyum sambil menggaru kepalanya.
"Kau dah fikir apa yang aku cakap dekat kau haritu?" Aidil menyoal. Berkerut dahi Airis pandang ke arah Aidil.
"Fikir apa? Kau cakap apa?"
"Yang haritu tu..." Aidil kembali mengaru kepalanya.
"Yang mana? Aku tak ingatlah," balas Airis, penat dah otak dia memerah cari semula apa yang Aidil pernah kata padanya. Tapi hampa, bila dia langsung tak ingat apa-apa.
"Yang pasal kau dengan aku," perlahan sahaja Aidil bisik pada Airis, tak mahu Aura dan Maryam dengar.
"Ha, bisik apa tu?" tegur Maryam, dari tadi lagi dia duk perhatikan Aidil yang tak habis-habis curi-curi pandang Airis.
"Entah Si Aidil ni. Tak faham aku," balas Airis, dia masih tak faham dan tak dapat apa yang Aidil nak sebenarnya.
"Ishh kau ni. Pasal yang aku ajak kau kahwin tu lah!"
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...