Keadaan menjadi sunyi sepi, kedua-duanya senyap. Airis hanya menunduk memandang ke arah kakinya, malu untuk menghadap muka Harraz sekarang. Lepas sahaja kejadian dia tak sengaja terpukul Harraz tadi, terus sahaja dia berlari keluar dan masuk ke dalam biliknya. Berpeluh terus dia tika itu.
Baru sahaja jantung Airis mahu kembali normal, Harraz mengetuk pintu bilik Airis dan menyuruh Airis untuk turun dan berjumpa dengannya di ruang tamu. Dan sekarang, dia dah berada di hadapan lelaki itu. Harraz diam, dia pun diam.
"Bi...bila awak balik?" soal Airis memulakan bicara. Kalau dah sampai esok dua-dua diam, memang tak jadi apa. Padahal Harraz yang panggil dia untuk turun, tapi bila Airis dah turun dia diam pula.
"Tadi," balas Harraz sepatah.
"Awak kata nak balik hujung minggu ni. Kenapa awak tak bagi tahu yang awak nak balik harini?" soal Airis lagi, baru je dia ingat nak berpesta sikit malam ni. Tak sangka pula Harraz balik pada harini.
"Saja," terangkat kepala Airis mendengar balasan dari Harraz. Berkerut dahinya memandang Harraz tika ini. Boleh pula dia kata saja. Dah lah jawab sepatah je.
"Haih... Aku balik awal sebab aku nak rehat. Kalau aku balik hujung minggu ni, mesti ummi dengan walid datang serang aku dekat sini. Suruh aku siapkan persiapan majlis kita," terang Harraz.
"Majlis kita? Majlis apa?" Makin tambah berkerut dahi Airis sekarang ni. Asal dia tak tahu apa-apa pun pasal ni?
"Ummi tak bagi tahu kau ke yang dia nak buat majlis bersanding untuk kita bila aku dah balik Malaysia?" laju Airis menggeleng, Datin Isma' tak pernah pula buka mulut tenatng hal ini padanya.
"Dia lupa lah tu, ini pun baru bulan lepas dia bagi tahu dekat aku. Aku suruh kau masukkan barang-barang kau dari minggu lepas lagi kan? Mana barang-barang kau? Aku tak nampak pun dalam bilik," soal Harraz. Ada juga dia cari barang Airis masa dia masuk ke dalam biliknya tadi. Tapi satu pun dia tak jumpa.
"Ouh, saya tak letak barang saya kat bilik awak sebab saya guna bilik depan tu," berkerut dahi Harraz mendengar balasan dari Airis.
"Asal kau tak guna bilik aku?"
"Tak nak lah, saya tak nak masuk bilik awak tanpa kebenaran awak. Lagipun awak tak ada kat rumah kan. Err... boleh kan saya guna bilik depan tu?"
"Ikut suka kau lah. Apa-apa hal kau tanggung, aku tak nak ambil tahu," walaupun Airis agak pelik dengan jawapa Harraz, tapi dia tetap gembira. Tak perlu lah dia kena tidur satu bilik dengan lelaki tu.
"Ouh ye, asal awak balik tak bagi salam ya? Saya mati-mati ingat rumah ni ada penunggu tahu tak bila saya dengar shower dari bilik awak terbuka. Kan dah tak pasal-pasal kena pukul dengan penyapu," ujar Airis. Nak begang juga bila difikirkan semula. Nasib baiklah Harraz sempat tahan, kalau tak dah jadi janda dah Airis.
"Aku dah bagi salam, kau tu je yang tak dengar. Seronok sangat buat consert kat dapur,"
Erkkk!
Airis menggaru kepalanya, kantoi sudah. Hmm, malunya rasa. Tiba-tiba dia teringat akan masakan dia tadi. Tak semena-mena perutnya berbunyi membuatkan Harraz pandang ke arahnya bersama sebelah kening yang terjongket.
"Lapar?" soal Harraz, perlahan sahaja Airis mengangguk. Dah merah habis dah muka dia tahan malu sekarang ni.
"Kau ada masak kan tadi? Jom kita makan, aku pun tak makan apa dari tadi ni," ujar Harraz sebelum bangun dan melangkah ke dapur.
"Tapi," terhenti langkah Harraz bila Airis kembali bersuara, dia pusing pandang Airis.
"Saya masak masakan kampung je,"
YOU ARE READING
MARIPOSA🦋 |✓|
Romance~ SECOND BOOK ~ 🤍🌹 Bagi Airis Nafeesa, kehidupannya sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil bidang Seni Pastri cukup memenatkan. Ditambah pula dengan salah seorang rakan sekelasnya, Aidil Adha yang dari dulu mengejarnya tanpa henti amat merim...