BAB 42

448 12 2
                                    

Harraz membuka mata perlahan, belakang lehernya masih terasa berdenyut-denyut. Bila sedar keadaannya kini diikiat di kerusi, Harraz melepaskan pandangan ke arah manusia yang berada di hadapannya sekarang ni.

"Korang ni siapa? Asal korang ikat aku? Lepaslah!" ronta Harraz.

"Angah, ni ummi sayang," ujar Datin Isma', dia berjalan mendekati Harraz. Baru sahaja dia tangannya diangkat untuk memegang pipi Harraz, Harraz terlebih dahulu meludah ke arah Datin Isma'. Nasib sahaja Datin Isma' sempat mengelak. Terkejut semua yang ada dekat sini.

"Kau ni kenapa Harraz? Kau dah lupa kitorang ke?" soal Rizal tak puas hati. Dia seakan tak kenal sahabatnya ini. Harraz sekarang jauh beza dengan Harraz yang dulu.

"Korang siapa untuk ingat? Sampah," Harraz tersenyum sinis. Irfan menggenggam penumbuknya, tunggu masa je dia nak lepaskan dekat muka Harraz.

"Lepas apa yang jadi, lepas apa yang kau dah buat. Kau berlakon tak kenal kami ya Harraz? Eh, kau tahu tak macam mana tersiksanya Airis. Macam mana deritanya Airis lepas kau hilang tanpa khabar berita. Kau tahu tak Airis bertarung sorang-sorang untuk cari semangat dia semula lepas kandungan dia gugur. Tapi kau. Mana kau Harraz? Suami jenis apa kau ni?!" tengking Irfan bila dia tak tahan melihat muka tak bersalah Harraz.

"Sabar Irfan, jangan terus menghukum. Kita masih tak tahu apa yang jadi disebalik ni," Dato' Hussein cuba untuk tenangkan keadaan.

"Aidil, pakcik rasa Aidil dah boleh mulakan," Encik Suhaimi pula bersuara.

Tajam pandangan Harraz kini pada Aidil bersama senyuman yang lebar. Aidil membalas pandangan Harraz tanpa ada sedikit pun perasaan gentar.

"Siapa kau? Apa tujuan kau ganggu tubuh ini?" soal Aidil. Harraz tergelak kecil sebelum makin lama gelakkan itu menjadi kuat. Harraz kemudiannya memandang tepat ke arah pintu bilik Airis.

"Aku makluk paling tinggi darjatnya di dunia ini. Bertembung denganku adalah satu kesialan buat diri kau. Kau tak akan boleh lawan kekuatan aku, mengalah sahajalah manusia, berundur sahaja. Biar aku habiskan apa yang aku telah mulakan. Jangan kau berani nak menganggu kerja aku kalau kau tak nak merana di kemudian hari," Ujar Harraz sambil menundukkan mukanya, suaranya bertukar sedikit garau dan seakan berlapik dua antara dua suara.

Meremang bulu roma mereka yang ada di situ tatkala mendengar suara Harraz. Aidil mengucap panjang bila dia sedar yang lawannya ini bukan calang-calangnya. Tinggi tempat makhluk ni duduk. Tergamak sungguh pelakunya, hitam hatinya.

"Tiada sesiapa yang berkuasa di dunia ini selain daripada ALLAH SWT," balas Aidil tenang, sedikit pun tidak gentar dengan ugutan daripada makhluk yang ada dalam badan Harraz sekarang.

"HAHAHAHAHA, kau sorang. Aku ramai," Harraz menganggkat kepalanya perlahan. Memadang ke arah Aidil dengan senyuman yang menakutkan

"Ey kötü yaratık, önüme gelmek için dua ediyorum, önümde eğil, bu senin liderin. Büyüklüğünü göster, seni çağırıyorum, büyüklüğünü göster, seni çağırıyorum!" ujar Harraz dalam bahasa Turki yang membawa maksud, wahai makluk durjana, ku sembah datang menghadapku, tunduk padaku ini ketua mu, tujukkan kehebatan mu, ku seru mu hadir, tunjukkan kehebatan mu, ku seru mu hadir.

Sesudah menghabis kata-kata itu, kesemua mereka mendengar jeritan Airis dalam bilik. Berlari Hatin masuk ke dalam bilik. Harraz pula tergelak besar.

"Manusia tidak pernah cukup dengan nikmat yang tuhan beri. Manusia itu tamak, penuh dengan dendam. Dasar manusia makhluk terkutuk!" ujar Harraz bersama gelaknya.

"Kau silap, manusia itu makhluk Tuhan yang suci. Kau lupa ketika ALLAH jadikan Nabi Adam, Dia menyuruh seluruh makhluh sujud pada Nabi Adam. Tapi kaum kau begitu enggan sujud padanya. Syaitan laknatullah," balas Aidil.

"HAHAHAHAHAHA, jika benar darjat manusia lebih tinggi daripada darjatku. Lawan lah aku wahai manusia. Kita lihat siapa yang lebih berkuasa,"

"Hanya ALLAH sahaja yang berkuasa, Tuhan Sekalian Alam. Semua yang terjadi adalah dengan izin-Nya. Aku serahkan segalanya pada Mu Ya ALLAH. ALLAHU AKBAR!" Aidil mengentak tanganya ke lantai. Terdongak Harraz ketika itu bersama mata yang terbeliak dan mulut yang terbuka.

"Kau lemah manusia. Lemah dengan kekayaan dunia, lemah dengan bisikan kami. HAHAHAHAHAHA! Manusia bodoh percayakan kami. Manusia bodoh bergantung pada kami. Sanggup mensyirikkan ALLAH semata-mata mahukan sesuatu atas dasar dengki sesama manusia," Ujar Harraz lagi.

Aidil tidak sedikit pun gentar dengan kata-kata Harraz, malah dia kuatkan lagi bacaaan ayat-ayat suci Al-Quran. Harraz juga tidak mengalah bila dia turut membaca beberapa jenis mantera yang tidak dapat difahami oleh mereka.

"KAU BELUM BERJUMPA LAGI DENGAN SI DIA YANG TERTINGI. YANG BERJANJI AKAN MENYESATKAN SEGALA KETURUNAN ADAM, AKU PATUH PADA ARAHANNYA. KETUA KAMI, PEMIMPIN KAMI. TUHAN KAMI YANG PALING BERKUASA, DAJJAL!!!"

Bergema rumah itu dengan suara Harraz yang sudahpun berubah serratus peratus. Mahu perit tekaknya nanti.

"ALLAH Maha Berkuasa, ALLAH pemimpin kami. ALLAH ada dengan kami," balas Aidil.

"Manusia seperti kau tidak pernah menghargai pemberian dari tuhan. Manusia itu bodoh! Iman kau semua lemah! Rugi sahaja siang malam kau bersujud tapi akhirnya kau memohon pertolongan dari kami. HAHAHAHAHA!"

Semua yang berada di ruangan itu tidak melepaskan peluang untuk mengucap. Aidil melangkah mendekati Harraz sebelum dia membacakan ruqiyah.

Bergegar hebat badan Harraz, terbeliak ke atas anak matanya. Datin Isma' mengalirkan air mata laju melihat keadaan anaknya sekarang. sungguh tersiksa.

Airis juga tiada kurangnya bila suara nyaringnya kuat menjerit dari dalam bilik. berlari Puan Aliya dan Aura mendapatkan Airis yang bersama dengan Hatin sekarang.

Sesi berubat dimulakan. Aidil mengambil alih Harraz di luar, manakala Hatin mengambil Airis di dalam bilik. Bergema rumah itu dengan jeritan Airis dan Harraz.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now