BAB 29

182 4 2
                                    

Masam mencuka muka Airis semasa perjalanan balik ke rumah. Sikit pun dia tak layan apa yang Harraz cakap padanya. Hatinya masih panas dengan apa yang berlaku tadi. Kini Airis sedang mencabut tudungnya untuk membersihkan dirinya.

"Tadi kau kata kau dah tak marahkan aku. Kenapa sekarang kau tak nak bercakap dengan aku?" Harraz menyoal, pelbagai jenis soalan dah dia tanya Airis. Tapi satu pun Airis tak balas. Sekarang pun sama, Airis buat seperti dia tak wujud di situ.

"Airis aku cakap dengan kau ni," Harraz menarik tangan Airis, menghalang isterinya untuk mesuk ke dalam bilik air.

"Kenapa kau marah aku? Cuba bagi tahu, takkan sebab aku kiss kau tadi kot,"

"Macam mana madam boleh tahu pasal kita?" soal Airis tanpa pusing pandang ke arah Harraz.

"Pasal tu je kau marah aku?"

"Yela. Awak dah janji kan nak rahsiakan pasal kita dari semua orang dekat pejabat awak tu," Airis pusing padang Harraz dengan pandangan tajam, tangannya disilang di dada.

"Madam Rianti bukan duduk dekat pejabat aku, dia settle kan bakery aku,"

"HARRAZ!"

Harraz tergelak kecil melihat kemarahan Airis yang tidak dapat ditahan lagi.

"Fine, aku terlepas cakap masa nak ambil internt dekat hotel aku. Sebab tu dia boleh tahu, and masa tu kita tak berjanji lagi pasal perkara ni," terang Harraz.

"Kenapa awak tak bagi tahu dekat saya,"

"Kau tak tanya,"

"Ughh, fine!"

Airis kembali pusing dan sambung langkahnya ke bilik air, tapi sekali lagi dia ditahan oleh Harraz.

"Nak kemana?" Harraz menyoal.

"Nak pergi mandi lah, nak kemana lagi?"

"Nak ikut,"

Laju Harraz mencapai tuala dan menarik tangan Airis masuk ke dalam bilik air.

"Eh! Eh! Awak jangan nak mengada ya. Dah keluar!"

Airis menolak Harraz keluar, tapi Harraz hanya mengeras sahaja di tempatnya.

"Ish, Harraz. Saya nak mandi ni, janganlah main-main," cemberut habis muka Airis. Sudahlah rasa marahnya pada Harraz masih tak hilang lagi.

"Mana ada aku main-main. Kau ni tak habis-habis kata aku ni main-main, aku serious lah. Dah jom cepat mandi, lepas tu kita tidur. Aku penat," Harraz segera membuka baju. Ketika tangan bergerak untuk buka seluar pula, cepat-cepat Airis menghalang.

"Nanti!"

Harraz angkat kepala pandang Airis bersama kening yang terjongket.

"Awak ni memang kan. Dah lah, mandi lah dalam bilik ni. Saya mandi dekat bilik air depan," tanpa menunggu sebarang balasan daripada Harraz, Airis terus melangkah keluar.

BAM!

Pintu bilik air dihempap kuat begitu juga dengan pintu bilik. Tergelak Harraz dibuatnya sebelum dia menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

***^_^***

"Airis,"

"Hmm..."

"Airis,"

"Hmm..."

"Airis!"

"Apa!"

Tajam mata Airis pandang Aura. Dari tadi Aura asyik memanggilnya, namun tidak pula gadiis itu menyatakan hasratnya.

"Aku bosan lah, kau boleh pula buat kerja dekat sini. Kalau tahu ke boss, mahu teruk kau kena sebab mengambil kesempatan dalam kesempitan," Aura melentokkan kepalanya pada bahu Airis. Harini mereka berdua mendapat shift yang sama disebabkan jaduak Airis dah bertukar.

"Lantaklah kalau dia tahu pun, ada aku kesah. Lagipun sekarang memang tak ada kerja kan, customer pun tak ada. Daripada aku membuang masa, baik aku siapkan kerja. Kau kalau bosan pergilah uli doh mana yang perlu," Airis membalas. Matanya masih fokus menghadap laptop, ada beberapa perkara yang dia kena siapkan.

"Malaslah..."

"Dah tu, duk diam. Jangan nak bising,"

"Tsk, membosankan lah kau ni. Baik aku pergi sembang dengan Aini," Aura menggangkat punggungnya dan berjalan ke arah Aini, salah seorang pekerja di situ.

Airis pula masih fokus menyiapkan laporannya. Dia malas nak bersusah payah di hujung-hujung nanti. Jadi, sekarang sementara ada masa terluang tak salah kalau dia nak siapkan mana yang boleh.

TOK! TOK! TOK!

Seseorang mengetuk meja Airis.

"Ish, pergilah sembang dengan Aini. Jangan kacau aku lah Aura, aku sibuk ni,"

Sekali lagi orang itu mengetuk meja Airis.

"Laillahailallah, ada yang nak ke-"

Terhenti bicara Airis saat dia angkat kepala. Terkebil-kebil matanya memandang Harraz yang sedang tepat memandang ke arahnya.

"What are you doing Airis?"

"Err..."

Airis memandang sekilas ke arah Aura yang sedang buat-buat sibuk mengelap meja.

"Semua kerja dah siap ke?" Harraz
memandang ke arah pekerjanya yang lain.

"Dah Mr. Irsyad. Lagipun hari ni customer tak ramai sangat, jadi kerja kurang sikit," jawab salah seorang daripada pekerja di situ. Harraz mengangguk.

"Airis, buatkan saya air. Denda sebab buat kerja lain,"

Malas mahu membalas malah dia sedar akan kesalahannya sendiri, Airis terus melangkah ke tempat membuat air. Lincah sahaja tangannya membuatkan air Latte untuk Harraz tanpa bertanyakan pada tuan badan terlebih dahulu.

"Kau buat air apa?" Aini bisik pada Airis.

"Latte," jawab Airis sepatah.

"Mana kau tahu Mr. Isyad nak latte?"

"Dekat rumah dia selalu minum,"

"Hah?"

Melihat pada muka hairan Aini baru Airis tersedar, laju tangan menggaru kepala.

"Ma...maksud aku, mungkin dekat rumah dia suka minum," Airis senyum janggal.

"Airis, air saya dah siap ke belum? Saya dah lambat ni,"

"Dah Mr. Irsyad!"
Airis kembali senyum pada Aini.

"Aku pergi hantar air kejap ya,"

Laju dia melangkah pergi. Mulutnya ditepuk banyak kali. Aduh, dikit je lagi nak kantoi.

MARIPOSA🦋 |✓|Where stories live. Discover now