Kelihatan kanak-kanak sedang bermain dengan buih-buih di taman sambil ditemani keluarga mereka pada hujung minggu.
Ada juga keluarga yang sedang bersenam, bergambar dan berehat santai, manakala Nayla masih duduk bersimpuh di atas kain kelah bersama Iris.
"Rasa macam tak percaya je kita boleh duduk picnic dekat sini, kan? Selalunya kita sibuk bekerja."
Ujar Iris sambil memandang Nayla yang sedang mengunyah roti. Untuk wanita bekerja seperti mereka, memang susah nak cari masa untuk berehat. Asyik bekerja sepanjang minggu.
Nayla tersenyum sambil menyedut udara segar.
"Akhirnya, dapat juga kita berehat. I tak sanggup nak hadap client lagi. Terlalu banyak songeh. Pening kepala I."
Nayla memegang kepalanya yang semakin sakit apabila memikirkan kerenah pelanggan-pelanggannya. Plastik roti dikoyakkan lagi sebelum dia menggigit perlahan roti kegemarannya itu.
Iris tersengih memandang Nayla.
"Okay, girl. You makan terlalu banyak ni. Perut you muat ke?"
Soal Iris, tak percaya apabila melihat Nayla yang makan tanpa henti. Dulu, Nayla hanya makan berat waktu tengah hari. Lepas tu, dia tak akan makan lagi.
Tapi sekarang, dari pagi sampai petang, mesti nampak Nayla dalam keadaan mengunyah makanan. Pelik tahu tak?! Sampai begitu sekali Nayla bahagia bersama Harith?
"No."
Jawab Nayla selamba. Dia mencari bungkusan roti tadi sebelum berdegus tak puas hati apabila mendapati bungkusan itu sudah kosong.
"Mana dorang ni? I nak makanan I."
Nayla tercari-cari kelibat Harith dan Dominic yang pergi membeli makanan tengah hari untuk mereka berempat. Sudah sejam dia menunggu.
Iris tertawa kecil sambil menggelengkan kepala melihat telatah Nayla. Janji Nayla happy, dia pun turut happy. Susah nak tengok Nayla yang kuat makan macam ni, jadi dia biarkan saja.
Dari jauh, kelihatan Harith dan Dominic menuju ke arah mereka dari tempat letak kereta. Nayla terus tersengih lebar apabila melihat Harith membawa bungkusan makanan.
"Sorry guys, lambat."
Dominic yang berpakaian kasual menghampiri Nayla dan Iris, diikuti Harith di belakangnya. Dominic duduk di sebelah Iris sebelum mengucup pipi wanita itu sekilas. Iris hanya tersenyum seperti biasa.
"Akhirnya. Lama I tunggu makanan I tau."
Nayla tersenyum teruja sebelum membuka bekas makanan itu. Terus ternganga mulutnya, begitu gembira. Wap panas yang keluar daripada makanan tengah hari itu membuatkan Nayla semakin terliur.
Harith hanya tersenyum memerhatikan telatah Nayla yang sentiasa teruja dengan makanan. Rambut Nayla yang ditiup angin ditariknya ke belakang, membantu isterinya makan dengan lebih selesa.
"Nayla, chill. I tak ambil makanan you pun. Slow down."
Dominic menanggalkan cermin mata hitamnya apabila melihat Nayla makan seakan-akan tak bernafas.
Harith hanya tersenyum. Dia tak mempersoalkan hal itu kerana setiap hari dia nampak Nayla makan macam ni.
"Let her be. I happy tengok dia makan macam ni. Kalau tak, asyik smoothie sihat dia je hari-hari. I happy tengok my best friend happy."
Iris menjeling Dominic kecil. Dominic semakin pelik sebelum memandang Harith.
"She's like this every day, bro?"
Soal Dominic kepada Harith pula. Harith yang masih tersenyum hanya menganggukkan kepala sebelum kembali memandang Nayla.
Setiap masa, setiap hari. Tapi macam yang dia cakap, dia tak kisah. Dia tetap suka dengan cara Nayla.
ANDA SEDANG MEMBACA
NAYLA
RomanceSomethin' 'bout you. Makes me wanna do things that I shouldn't NAYLA tahu siapa dia. Dia wanita yang akan dapat apa yang dia mahukan tapi lelaki tu? Agak sukar untuk diperolehi kerana lelaki bukan miliknya. Tetapi adakah dia peduli? Tak, dia tak ped...
