Bab 1

2.9K 57 1
                                    

Miyya Medeena pandang pelik suaminya, Tarique Razeen yang sedang duduk di hadapannya menikam anak matanya dengan renungan tajam, tak pernah suaminya begitu sebelum ini, selalu tatapan lembut yang dia terima tetapi kali ini nampak berbeza.

"Maksud abang? Deena tak fahamlah abang?"

"I ask you! Kenapa you nak sangat kahwin dengan I? Just answered!" Tegas, tercuit jugalah nyali dia ketika itu.

"Sebab saya cintakan abang lah, kenapa ni?" Miyya Medeena nampak keliru dengan keadaan suaminya sekarang.

"Bukan sebab harta I?" Sekali lagi renungan tajam itu menikamnya. Miyya kerut dahi pelik.

"Harta? Tak lah, kan harta abang harta Deena juga....hehehe...." Sengaja dia berkata begitu untuk hilangkan rasa gugup dan takut di hati kerana ketegasan si suami.

"Harta I harta you? You mimpi ke? Harta I harta I lah! Kalau you nak harta cari sendiri!....." Ketus, Tarique Razeen tak peduli dengan riak wajah si isteri yang terkejut. Rasa sakit hati lebih besar dari rasa kasihannya.

"Abang.....kenapa ni? Deena ada salah dengan abang ke?" Tak peduli dengan Miyya Medeena yang menunggu jawapannya, dia angkat punggung berlalu dari situ, pintu utama jadi tujuan.

"Abang nak pergi mana? Abang!" Laungan Miyya Medeena dibiarkan berlalu, hatinya perlu tenang bila berhadapan dengan wanita itu.

"Miyya Medeena kenapa kau buat aku macam ni!!!" Stereng kereta dihentak kuat, sembari rambut yang kemas diramas kuat.

"Aku tak sanggup tengok kau sedih tapi apa yang kau buat dekat aku betul-betul buat aku pandang hina kau!".

Miyya Medeena termenung sendiri di ruang tamu yang luas itu, di toleh ke kiri dan ke kanan dia belek keadaan ruang tamu yang nampak mewah itu, rumah ini pemberian suaminya sebagai hadiah perkahwinan mereka yang baru sahaja berlangsung sebulan lepas.

"Aku ada buat salah ke?" Tertanya-tanya kenapa suaminya yang beberapa hari lepas kemain romantik gayanya, beri bunga bagai namun, semuanya seakan hilang untuk semalam dan hari ini.

Kring.....

Bunyi telefon bimbitnya membuyarkan lamunannya, nama sahabatnya, Fatimah naik sebagai pemanggil sejurus itu sebuah senyuman terbit di bibirnya yang mungil.

"Hello, sete Fetemeh....." Ceria suaranya menyapa sahabat sekaligus rakan sekerjanya.

"Nak jumpa aku? Dekat mana? Okey! Kejap aku bagi tahu suami aku dulu, sebab suami aku tak ada dekat rumah ni...." Jam mewah di tangan diperhatikan.

"Kau tunggu je dekat sana nanti aku datang....Okey see you, bubye...." Dia matikan panggilan lalu membuat panggilan kepada suaminya.

Tut....

Tidak berjawab. Lantas dia ambil keputusan untuk menghantar beberapa mesej sebelum bangun dan bersiap-siap untuk bertemu sahabatnya itu.

"Awak tak percaya dengan apa yang saya cakap? Okey, saya akan buktikan pada awak, saya bagi awak dengar dengan telinga awak sendiri"

"Baik! I tunggu!"

"Tak apa! Awak tunggu, dia dah datang...."

Miyya Medeena sedikit berlari ceria ke arah Siti Fatimah yang melambai mesra padanya.

"Duduk lah Deena! Kita santai-santai dulu, esok cuti kan? Eh, lagipun kau dah hantar surat resign kan? Kau kenapa nak berhenti kerja?" Wajah sedih di hadapannya di tatap dengan senyuman lembut.

"Suami aku haaaa....nak aku fokus dekat dia sebab tu aku berhenti kerja, aku nak fokus dekat dia, lagi pun dia mampu sara aku, hihihi....." Dia ketawa senang hati.

[C] | PENAT |Where stories live. Discover now