Heroin
Park shin Hye as Aurora Zalza.
Hero
Jang Geun Suk as Tengku Shahfizul Islam.
Cuaca pada waktu pagi, itu membuat tulang tua nya merasa tidak tahan dengan kedinginan embun pagi. Namun, dia harus berkerja keras untuk menyara hidupnya. Salmiah meneruskan lagi kerja mengutip biji buah kelapa sawit. Pada pukul 5 pagi mereka sudah mula berkerja. Dia tidak pernah mengeluh dengan nasib yang menimpa hidupnya. Selepas suaminya meninggal, Salmiah mengambil ahli tempat suaminya untuk mencari nafkah kepada anak lelakinya Muhammad Zulkarnain yang kini melanjutkan pelajaran di bandar Kuala Lumpur.Setakat gaji seribu setengah itu, sungguh tidak mencukupi perbelanjaan hidupnya. Setiap bulan dia mengirimkan lima ratus kepada Zul, untuk duit poket anak satu - satunya itu. Mana nak bayar hutang sana sini bil lampu, bil air membuat dia merasa duit seperti air yang tumpah di beri sana, beri sini, bayar sana, bayar sini. Sungguh tidak mencukupi perbelanjaan hidupnya.
"Miah. Rehat ler dulu, meh kita duduk kat sana pondok." Panggil Mariam pada Salmiah yang sibuk mengutip biji kelapa sawit.
Salmiah tersenyum pada temannya itu, lalu mengambil tempat di sisi Mariam. Bekal di dalam beg di keluarkan. Usai membaca doa Salmiah menjamah nasi yang berlaukan ikan kering dan telur dadar. Termos di capai lalu menuangkan teh panas ke dalam gelas.
"Minum, Yam. Ni aku bawa air teh aje." Pelawa Salmiah sambil menghulurkan segelas teh panas pada Mariam.
"Ni haa, lauk aku banyak kau ambil aje, toksah malu - malu." Mariam meletakan ayam kicap ke dalam bekal temannya.
Sedang enak mereka menjamu selera, tiba - tiba Salmiah seperti terdengar seperti suara bayi yang sedang menangis. Berdiri tegak bulu roma Salmiah, mana tak nya, dalam hutan kelapa sawit tiba - tiba ada bunyi bayi nangis.
"Yam. Kau dengar tak?" Soal Salmiah kepada Mariam yang sudah pucat.
"Hisyh!! kau ni jangan tegor!! mana tahu tu Bunian! aku dengar bunyi tu. Tapi aku buat - buat pekak aje." Marah Mariam dengan muka ketakutan.
Mungkin betul apa yang di katakan Mariam itu, Seram sejuk pula di rasakan oleh Salmah. Namun, lama ke lamaan suara tangisan bayi itu semakin kuat kedengaran. Entah kenapa? hati Salmiah macam di tarik untuk pergi melihat dari mana suara bayi itu datang.
"Yam, aku rasa bukan benda halus lah. Ni dah masuk pukul 12 tengah hari tau. Jom lah kita pegi tengok, aku tak sanggup dengar lah suara tu." Pujuk Salmiah, hatinya meruntun sedih mendengar suara tangisan bayi itu.
"Kau jangan Miah! dah lah kita berdua aje kat blok ni." Mariam semakin risau dengan permintaan temannya.
"Alah! dah berapa tahun, kita berdua buat keja ni! tak pernah lansung tau ada bunyi pelik macam ni. tahu tak?" Salmiah yakin itu pasti suara bayi.
"Ish! orang tua ni, kalau tetiba kita pegi tu bukan bayi macam mana! entah - entah toyol" Mariam mula berfikir bukan - bukan.
"Astagahfirullah, al - azim!! merepek lah kau ni. Kalau tak nak biar aku sendiri pegi tengok."
"Wei, Miah!!" Jerit Mariam apabila melihat Salmiah sudah mengangkat pungung.
Dalam keadaan terpaksa dia membuntuti langkah Salmiah. Tangan Salmiah di genggam kuat, hingga sejuk tangannya akibat ketakutan.
"Tok nek, ampunkan kami. Tumpang lalu." Tutur Mariam teragak - agak.
"Apa kau merepek ni!!" Marah Salmiah pada temannya yang mula merapuh.
Semakin lama semakin hampir mereka berdua kearah tangisan bayi itu. Dia melangkah ke arah parit yang berdekatan dengan lereng bukit, parit itu menjadi laluan air iaitu sumber air untuk pokok kelapa sawit. Terbeliak mata Salmiah melihat bayi yang berada di dalam parit yang berlumuran dengan lumpur serta semut kerengga di tubuhnya. Dengan pantas dia masuk ke dalam parit itu lalu memgambil bayi yang masih menangis.
Hancur luluh hati dua wanita itu melihat tubuh bayi yang sudah luka dan memerah akibat gigitan semut kerengga. Salmiah membersihkan tubuh bayi itu sambil menangis. Kasihan sungguh bayi itu, sudah berapa lama dia berada di dalam parit itu? mengapa dia berada di situ? mana ibu bapa bayi ini? Dia tidak menghiraukan Mariam yang berada di lereng bukit sambil memanggilnya.
"Miah! tengok ni?" Mariam memberi kain batik serta surat beranak kepada Salmiah.
"Ya Allah, Yam. Apa kita nak buat ni?" Salmiah mendukung bayi yang masih comot dengan lumpur itu.
"Kau jaga aje lah budak ni, lagi pun kau sorang aje kat rumah kan? bila budak ni ada tak lah kau sunyi." Mariam memberi pendapat kepada Salmiah.
"Aurora Zalza Binti Muhammad Takashi." Salmiah membaca surat beranak yang berada di tangannya.
"Cantiknya nama dia," Kata Mariam sambil tersenyum.
"Sayang, mula hari ini Ibu akan jaga kamu? kesiannya anak ibu. Siapa lah yang sanggup buat macam ni Yam?" Salmiah menangis lagi.
"Kejam sangat manusia sekarang ni! dah jom kita balik, kau bersihkan si Aurora. Nanti terkena kuman budak tu."
"Ha'ah. Jom! tapi, Yam kau tolong sembunyikan hal ni dari sesiapa ya? jangan cakap pada sesiapa kita jumpa bayi ni. kalau orang tanya kata ini anak kakak aku ke apa ke?" Salmiah risau jika ada orang yang mencari Aurora.
"Kau jangan risau, suami aku pun, aku tak bagi tahu. Benda ni kita berdua aje yang tahu." Kata Salmiah sambil memegang bahu temannya.
Dengan perasaan teruja, Salmiah membawa Aurora pulang ke rumahnya. Selepas Mariam meminta izin untuk pulang ke rumah, dia mengambil peluang untuk membersihkan tubuh Aurora. Dia turut menangis apabila bayi itu menangis, mungkin pedih pada luka yang berada di badannya. Sabun mandi jenama May, di sapu rata ke seluruh tubuhnya.
"Alala, cayang anak ibu dah wangi." Salmiah mencium pipi Aurora.
Cecair Detoll di letakan di setiap kulitnya yang luka akibat gigitan serangga. Bedak Johnson baby di tempek ke leher serta wajah putih Aurora. Tuala lusuhnya di baluti ke tubuh kecil Aurora. Dia melangkah ke arah almari kayu, tiga kain batik miliknya di gunting dan di jahit untuk di jadikan baju buat Aurora.
"Rora, maafkan ibu ya. Ibu janji bila ibu dapat gaji. Ibu belikan Rora susu dan baju yang cantik - cantuk yer."
"Assalamualaikum." Mariam memberi salam sambil membawa beg plastik yang berisi baju bayi milik anak perempuannya.
"Waalaikumsalam, Yam. Tak payah susah - susah. Nanti Melina pakai apa?" Salmiah sebak dengan sifat pemurah rakannya itu.
"Takpe, ni pun tiga helai baju aje, aku dapat kasih kat si..? apa nama budak ni? susah benor aku nyebutnya."
"Panggil Rora aje." Jawab Salmiah tertawa dengan perangai slumber Mariam.
"Comel aje aku tengok budak ni. Tu ada sekali susu dan pampers, kau bagi pakai lah Rora. Aku balik dulu Miah, nak masakan untuk laki aku."
"Terima kasih, Yam. Kau banyak bantu aku selama ni." Salmiah memeluk erat tubuh sahabatnya.
Sudah setahun suaminya meninggalkan Salmiah. Kesedihannya usah di tanya. Namun, kehadiran Aurora Zalza dalam hidupnya, memberi cahaya kegembiraan kepada Salmiah.
Done!
sory eh klu citer ni merepek :-DHei² there AtikahRosli97 ^_-
thanks a lot for..
u a the 1st vote my story ^▽^)/
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...