48: Hilang senyuman.

459 16 0
                                    

AURORA ZALZA, segera keluar daripada perut kereta, hilang serta merta senyuman di bibirnya apabila melihat halaman rumah yang dia duduki selama 18 tahun sudah tiada, Tiada lagi pangkin tempatnya untuk melepak dahulu, tiada lagi pokok-pokok mangga yang melindungi pangkin itu semuanya tiada kosong dan lapang.

"Ibu😢."

Dia menjerit berlari ke arah susunan kayu rumah ibunya dahulu, Rora membongkar kayu itu satu persatu risau jika puan Salmiah tertindih. Kalau ada gempa bumi? Tak kan rumah ibunya saja yang runtuh. Air matanya mengalir deras bila dia tidak menjumpai ibunya.

"Aurora kenapa ni sayang." Terkejut Dato Zaa melihat Aurora yang sedang menangis.

"Ibu, ni rumah ibu Miah? Mana ibu Miah pegi kenapa rumah Ibu dah takde?😭" Rora menangis.

Dato Zaa menekup mulutnya terkejut dengan apa yang dikatakan oleh anaknya. Dia membuntuti Rora yang sedang berlari menuju ke rumah berhampiran dengan keluarga angkatnya.

"Assalamualaikum. Mak Yam! Mak!" Rora mengetuk pintu rumah mak Melina sambil menangis.

"Kenapa ni Dato?" Soal Bazlie hairan.

"Err, takde apa², Baz nanti saya call awak eh, awak pegi lah balik dulu." Arah Dato Zaa risau jika di ketahui Bazlie tentang  hubungan nya dengan Aurora.

Dato Zaa menghela nafas lega bila Bazlie sudah meninggalkan mereka. Dia kembali ke arah Rora yang masih mengetuk pintu rumah itu.

"Waalai.. Waalaikumsalam!"  Jawab? Mariam di dingin.

"Mak mana ibu? Kenapa rumah ibu roboh?" Soal Rora tanpa di jemput masuk oleh Mariam.

"Buat apa lagi kamu nak cari ibu kamu! Ibu kamu takde. Jangan datang sini lagi. Pegi lah kat Kl tu lagi. Dan jangan balik².!"

Berkerut kening Dato Zaa mendengar suara lantang wanita itu. Sakit hatinya melihat wanita itu berkata kasar kepada Rora. Ingin saja dia menampar wanita itu namun, dia risau jika Rora tidak senang dengan perbuatannya.

"A.. apa Mak cakap ni? Ibu Rora mana?" Rora menggoncang tangan Mariam.

"Salmiah dah meninggal. Kau dengan abang kau memang tak tahu bersyukur lansung! Bila ibu korang dah takde? Baru terhegeh - hegeh nak datang! Kenapa? Nak minta duit?"

Hambur Mariam sakit hati dengan Aurora dan Zulkarnain dari Salmiah sakit merindukan mereka sehinggalah Salmiah meninggal dunia tak kunjung tiba jua anak² nya itu.

"A..apa? Ya Allah ibu!!!" Rora meraung.

"Tak payah lah buang air mata kamu tu! Hei Rora kalau bukan kerana Miah? Kau tak hidup membesar macam sekarang ni! Kau tahu tak ibu kau tu sakit rindukan anak² dia. Dah berbulan dia tunggu panggilan telefon dari korang tapi hampeh! Tak bersyukur langsung! Korang ni!😠"

"Puan! Tolong jaga sikit bahasa puan😡." Marah Dato Zaa sambil memeluk tubuh Aurora yang sedang teresak.

"Mak. Sumpah Mak, bukan Rora tak nak balik atau pun talifon ibu? Tapi, keadaan Rora di Kl susah Mak, Rora menderita." Terang Rora dalam tangisan.

"Ni lagi satu! Bila Salmiah tahu kau tak pegi, daftar masuk U dia menangis, dan bila dia tahu Abang kamu jual dadah kat kampung ni dia menangis hingga jatuh sakit. Anak jenis apa korang ni hah? Kalau bukan aku yang pegi tengok Salmiah kat rumah? Entah lah apa nak jadi."

Mariam menangis sedih apabila terkenangkan kematian Salmiah sendirian di bilik. Pada mulanya, dia hairan mengapa Salmiah tidak pergi ke kerja? Mungkin Salmiah cuti katanya. Tapi dah dekat petang dia tak nampak batang hidung Salmiah keluar² daripada rumah. Bila dia pergi rumah rupa²nya temannya itu sudah tiada.

"Ya Allah. Ibu maafkan Rora bu." Rora meraung di dalam pelukan Dato Zaa yang bingung dengan pertengkaran mulut yang berlaku di hadapannya.

"Mak tahu tak? Abang jual Rora, dia jadikan Rora pelacur! Sebab tu Rora tak dapat daftar U. Hidup Rora menderita Mak, Rora tersiksa😭" kata Rora tersendu sendan.

Kedua wanita itu terkejut dengan apa yang sedang di  katakan oleh Aurora. Mengapa Aurora tidak bercerita tentang itu kepadanya. Dato Zaa berasa sakit hati dengan lelaki yang menjadikan anaknya pelacur.

"Astagahfirullah Al-azim!! Apa nak jadi dengan si Nain tu! budak tu aku tengok baik aje. Rupanya manusia bertopengkan syaitan!" Hambur Mariam.

"Mak yam bagi tahu Rora Mak? Kat mana kubur ibu😢" Rora merayu pada Mariam.

"Naik lah dulu, tunggu Ayah Siddik balik, baru kita pegi." Mariam memeluk erat tubuh Aurora yang sedang menangis.

"Maafkan Rora mak Yam. Rora menyesal ikut abang Nain pegi Kl, Rora menyesal! Menyesal!" Rora meraung.

"Dah² benda dah jadi. Istighfar banyak² nak. Rumah ibu Rora tu di robohkan sebab dah usang. Bos ladang yang arahkan, ikutkan hati Mak ni? Mak tak nak roboh hanya tu aje kenangan arwah yang tinggal."

Dato Zaa turut menitiskan airmata melihat kesedihan yang di alami oleh anak nya itu. Dia menyapu lembut belakang Aurora berharap dapat membantu meredakan tangisannya.

"Minum lah dulu, eh. Maafkan saya, puan ni siapa?" Soal Mariam. Kerana mengikuti perasaan marah sehingga dia terlupa tentang kewujudan orang yang dia tidak kenali di situ.

"Ni ibu Rora, ibu kandung Rora Mak" Jawab Rora tersenyum lemah.

Terkejut beruk Mariam mendengar! Patut lah wajah mereka seiras. Dia mengucap panjang pabila mendengar cerita Dato Zaa dari kehilangan Aurora sehingga lah mereka berjumpa kembali. Kalau Salmiah ada pasti gembira melihat Aurora sudah berjumpa dengan keluarga kandungnya. Itulah yang di harapkan arwah Salmiah menyatukan Aurora dan keluarga kandungnya kembali.



"Ibu. Maafkan Rora. Maaf kan Rora bu.. maaf kan Rora😭"
Hanya itu yang mampu dia katakan ketika menziarahi pusara arwah Salmiah.

"Salmiah. Saya bersyukur sangat², awak dah didik anak perempuan saya dengan penuh kasih sayang dan kebaikan. Saya terhutang budi pada awak Salmiah. Jikalau awak masih hidup saya nak ajak awak, tinggal bersama saya dan Aurora." Ujar Dato Zaa sambil mengusap batu nisan milik Salmiah.

Walaupun dia tidak sempat untuk berkenalan dengan Salmiah? Namun, dia bersyukur kerana masih dapat menziarahi pusara arwah ibu angkat Aurora. Dari cara dia mendidik Aurora sudah pasti Salmiah adalah daripada orang yang baik².

"Kau tunggu pembalasan dari aku Muhammad Zulkarnain! Kau tunggu! Kerana kau ibu meninggal! Kerana kau aku terjerumus dalam pelacuran! Kerana kau aku tidak dapat sambung belajar! Kau dah malukan ibu kat kampung ni! Kau tunggu Nain aku akan bagi perhitungan dengan setiap apa yang kau lakukan! Just wait!!!!!"

Hati Rora menjerit! Hatinya sudah mula mengenali erti dendam di sebabkan oleh Zulkarnain. Hatinya mula membenci lelaki ketika Dato Zaa menceritakan kisah hidup nya yang terumbang ambing di sebabkan oleh ayah kandungnya sendiri. Bukan itu saja adik² nya juga entah apa khabarnya, masih segar dalam ingatannya jeritan adik² angkatnya semasa di culik. Dia bencikan lelaki sungguh dia membenci manusia yang bernama lelaki!!!!!




















♡TYSM 4 VOTINGS♡

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now