39: Risau

527 15 0
                                    

Salmiah memandang muka pintu bilik Aurora dengan perasaan bercampur baur. Sudah seminggu dia menanti lansung tiada khabar berita yang dia dengari daripada anaknya. Nain juga tidak dapat di hubungi, perasaan risau pada anak² nya usah di tanya lagi. Ikutkan hatinya dia ingin pergi ke KL untuk menemui Aurora. Sungguh dia merindui Aurora Zalza.

"Uhuuukk!! Uhukkkk!!!

Dia menyapu dada yang terasa sakit pabila batuk. Sudah tiga hari demamnya tidak kebah. Dia mendekati pintu bilik Rora, selama Rora pergi meninggalkan rumah dia tidak pernah membuka pintu itu. Bila buka? Pasti air matanya tumpah terkenangkan wajah Aurora. Terkadang dia terdengar gelak ketawa gadis itu, dia merasa seperti Rora sedang berada bersamanya.

Salmiah menarik nafasnya lalu, memulas tombol pintu bilik Rora. Dia meliar pandangan ke dalam bilik kecil itu, baju Rora yang berada di atas rak di ambil lalu, di bawa ke dalam pelukannya. Salmiah menangis dia rindukan Aurora Zalza. Macam mana Rora kat sana? anak ibu sihat ke? Sesungguhnya dia sangat risau keadaan Rora yang berada di Kuala Lumpur. Salmiah mengesat air matanya tatkala terlihat bunga Rose yang sudah layu dan menghitam, air dalam botol itu juga sudah kotor dan berlumut.

"Ibu jagakan bunga Rora yer."

Sepantas kilat pesanan terakhir Rora berlegar² di fikirannya. Dengan pantas dia mengambil bekas botol itu lalu di bawak kedapur.

"Maafkan ibu Rora, ibu terlupa pasal bunga ni nak." kata Salmiah dalam tangisan.

Dia mencuci bunga itu supaya kembali segar malangnya, bunga itu semakin layu dan patah. Salmiah mengeluh, kesal sangat terlupa tentang bunga anaknya. Dengan terpaksa dia membuang bunga itu ke dalam tong sampah.

"Assalamualaikum."

Salmiah bergegas membuka pintu di ruang tamu tatkala mendengar bunyi ketukan pintu dan orang memberi salam. Dia menjawab salam sambil menguak pintu. Alangkah terkejutnya dia pabila dua orang anggota Polis sedang berdiri tegak di depan pintu rumahnya.

"A..ada yang saya boleh bantu Encik?" Salmiah berdebar.

"Zulkarnain ada? Kami nak soal siasat dia." Kata salah seorang anggota Polis itu.

Berdebar jantungnya tatkala nama anak sulungnya diseru oleh pihak Polis, selepas menjemput kedua anggota Polis itu masuk ke dalam rumah. Dengan mulut yang berat dia bertanya.

"Maaf Encik, tapi kenapa Dengan anak saya?" Salmiah Berdebar menanti jawapan.

"Begini puan, anak puan Zulkarnain sedang berniaga dadah di kampung ni. Kami dapat tahu hal ni daripada Salleh, bahawa anak puan adalah ketua dalam kes ni."

Bagai ingin gugur jantung si ibu tatkala mendengar butir bicara inspektor Johan. Dia beristighfar banyak², terkejut sangat² dengan apa yang di dengarinya.

"Betul kata Johan tu puan. Pemuda kat kampung ni dah rosak di sebabkan dadah yang dijual oleh anak puan." Kata Inspektor Khairul tidak bertapis. Kalau bukan kerana Salleh tertangkap pasti kes Itu masih berleluasa sehingga sekarang.

"Ya Allah. Astagahfirullah Al-azim. Sa.. saya tak tahu anak saya buat kerja macam tu Encik. Sungguh saya tak tahu." Salmiah dah nangis.

"Puan dan Zulkarnain tinggal serumah. Tak kan lah puan tak tahu, gerak geri anak puan."

"Sumpah Encik saya tak tahu. Selama ni Nain tinggal kat KL. Dia jarang balik sini." Salmiah menebalkan mukannya.

"Betul?  Puan tak tahu?" Soal Johari lagi.

"Yer, Encik saya tak tahu." Airmatanya mengalir laju, Nain sudah menconteng arang ke mukannya.

"Baik. Kalau macam tu. Kami akan cari anak puan. Dan Kami akan menangkap anak puan untuk di Soal siasat." Tutur Khairul serius.

"Kalau benar anak saya bersalah. Beri lah Yang hukuman setimpal dengan kesalahan yang anak sayang buat." kata Salmiah lemah sambil menyeka airmata nya.

"Itu sudah menjadi tanggungjawab Kami. Terima kasih atas kerja sama puan."

Salmiah memandang kosong kereta polis yang sudah beredar meninggalkan perkarangan rumahnya. Dia menutup semula pintu rumah lalu, menghamburkan tangisan kecewa. Sungguh tidak disangka Nain budak yang Baik? Pijak semut pun tidak mati. Tetapi rupa² nya dia buat kerja kotor dibelakang ibunya. Sepantas kilat dia terbayang wajah Aurora, bagaimana jika Nain membuat perkara yang tidak baik dengan anaknya Itu.

"Ya Allah." Diserunya nama Maha berkuasa berharap dapat mengurangkan rasa gundah gulana didalam hatinya.

Sekian lama dia menunggu panggilan dan khabar berita daripada Nain namun, tiada. Dia sangat risaukan Aurora Zalza, bahu Salmiah terhinjut² akibat  menangis. Dia semakin risau bila telefon bimbit Nain tidak dapat dihubungi lagi. Bagaimana dia harus menghubungi kedua anaknya Itu.

"Assalamualaikum, Miah." Mariam mengetuk pintu bertalu², tidak sabar ingin memberitahu temannya dengan berita yang dia dengari dari Melina.

"Ya Allah. Kenapa kau nangis." Terkejut Mariam melihat wajah sembam Salmiah yang sedang membuka pintu.

Salmiah melangkah lemah, kemudian terkulai dilantai kayu sambil menangis. Semakin kuat tangisannya pabila Mariam mendakapnya.

"Aku malu Yam, Aku tak sangka Nain conteng arang kat muka Aku." Katanya tersendu².

"Sabar Miah. Berdoa banyak² semoga Nain insaf." Mariam sudah tahu tentang berita Itu. Satu kampung sedang sibuk bercerita mengenai Zulkarnain.

"Aku risau Yam, Aku takut Kalau dia apa²kan Rora." Bila dibawah pengaruh dadah macam² perkara negatif boleh terjadi.

Mariam telan liur, jika dia beritahu pasal Aurora pada Salmiah? Pasti Salmiah bertambah sedih. Ya Allah! apa Aku nak buat ni?

"Dah seminggu Yam, Aku takde dengar berita tentang Rora. Aku risau Kalau... Ya Allah!" Tangisan Salmiah berlagu.

Ya Allah. Mariam buntu apa yang harus dia lakukan untuk menenangkan Salmiah daripada terus bersedih. Lebih Baik dia berterus terang kepada Salmiah.

"Mi.. Miah, sebenarnya ? Mel? Erm.." teragak² Mariam berbicara.

Salmiah memandang wajah temannya, bila cakap tentang Melina? Sudah pasti berkaitan dengan Aurora.

"Erm,, Kau banyak² bersabar Yer."

Berdebar hati Salmiah menantikan Mariam membuka mulut.
"Mel kata? Rora tak datang masa pendaftaran masuk U, sampai kuliah diorang mula, Rora tak timbul² jugak. Mel nak cari dia tapi Mel tak tahu nak cari kat mana."

Tersentak Salmiah, dia menekup bibirnya yang sudah terketar² kerana kesedihan.

"Yam, Rora tak tahu jalan KL. Mana dia pegi Yam. Ya Allah anak Akuuuuuu" Salmiah teresak.

Mariam terdiam dia menyapu lembut belakang temanya yang sedang meraung dalam tangisan. Ke mana agaknya Aurora Zalza pergi? Jika dia bersama² dengan Nain musnah lah masa depannya. Mariam simpati melihat tubuh Salmiah yang Semakin kurus merindukan anak²nya. Dia risaukan kesihatan Salmiah, makan pun tak lalu orang tua itu. Asyik² terkenangkan Aurora saja. Sampai hati Sungguh anak² Salmiah menyiksa perasaan ibu mereka.























TYSM 4 VOTINGS♡

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now