Aurora Zalza , berlari dan terus berlari. Dia melajukan lariannya, risau jika Fizul lama menunggunya. Rora berhenti berehat di pinggir jalan berdekatan dengan masjid. Dia menstabilkan pernafasan nya yang tidak teratur. Kemudian, dia meneruskan perjalanan nya, dadanya turun naik,hidungnya kembang kempis akibat berlari.
Setibannya di taman rekreasi dia meliar pandangan ke arah taman itu. Dia mengatur langkah menuju ke arah pondok tempat yang sama semasa mereka membuat study group. Dia menghentak kasar punggung nya ke atas bangku simen, penat sangat berlari tadi. Rora mengipas wajahnya menggunakan tangan kiri, sambil menunggu Fizul tiba.
Rora merengus geram bila orang yang di tunggunya tidak kunjung tiba. Mujur ramai yang berjoging di situ, dia terlihat Nadia dan abang nya Kasman sedang berjoging. Cepat² dia menundukkan wajah berharap Kasman tidak melihatnya.
" Eh, Aurora . Buat apa kat sini?" soal Kasman control macho.
" Kau bawa apa tu?" Nadia pula menyoal.
Rora dah menyampah, adik dan abang sama aje suka menyebok periuk nasi orang .
" Er, Nad pukul berapa sekarang?" Rora menukar topik perbualan.
" Pukul 2.30 sayang, kenapa? ada temu janji ke?" kata Kasman sinis.
" Kau nak dating? haha! ada ke lelaki nak kat kau?" Nadia ketawa sinis.
Rora mengetap giginya, menahan geram dengan kedua adik beradik yang suka mengusik itu. Dia tidak mengendahkan mulut celupar dua beradik itu, Rora memanjangkan lehernya matanya liar memandang ke arah jalan dan taman. Dah pukul 2.30, mana Fizul ni? aku lambat ke dia yang lambat?
" Err, korang ada nampak Fizul tak?" tanya Rora.
" Kau nak mati ke! apasal kau tanya² dia hah ! ." Tengking Nadia cemburu.
Tanpa membuang masa dia mengangkat pungung ingin beredar daripada dua makhluk spesis burung murai itu. Bertikam lidah dengan Nadia sungguh tidak berguna, buang air liur aje.
" Ee,, apa ni! lepas lah." Rayu Rora.
" Baik kau bagi tahu, kenapa kau nak jumpa Fizul?" Nadia menarik beg plastik yang berisi bekal.
" Aku.. eh ! ada apa tu!"
Rora menunding jari ke arah belakang Nadia dan abangnya, sebaik sahaja mereka memandang ke belakang. Sepantas kilat Rora berlari meninggalkan taman. Sempat dia mendengar suara Nadia menjerit dan memaki hamun kepada nya. Rora berlari dia ingin mencari Fizul, jika dia berjumpa dengan lelaki itu ! 15 biji sandwich goreng itu akan di sumbat ke dalam mulut Fizul. Menyusahkan! punya lama dia menunggu namun, batang hidung Fizul tidak kelihatan.
Lariannya semakin perlahan, pabila terlihat rumah mewah di hadapannya. Rora berhenti di hadapan pintu pagar rumah itu, dia mengigit ibu jarinya berfikir sama ada ingin menekan lonceng rumah itu atau pun tidak. Sudah terlanjur dia membawa bekal berisi sandwich goreng dan berdiri di depan rumah lelaki itu.
" Ada apa boleh saya bantu cik?" Kata sekuriti yang baru keluar daripada pondok jaga.
" Err, ni rumah Fizul ke ?" Rora mengurut dadanya terkejut dengan sergahan lelaki itu.
" Fizul?? err,, kejap yer."
Rora pelik mendengar kata lelaki itu, seperti tidak mengenali nama Fizul yang dia sebutkan sebentar tadi. Dia melihat lelaki itu sedang bercakap menggunakan walkie talkie. Kemudian, membuka pagar besar dan menjemputnya masuk ke dalam. Dengan dahi berkerut Rora membuntuti langkah lelaki itu ke arah pintu besar.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...