Dia teruja melihat Laptop baru Mel jenama acer yang berwarna hitam. Dia jakun melihat jari Mel yang menari² di atas petak kecil berwarna hitam, yang bernama tetikus kata Mel padanya. Mata Rora tidak berkelip memandang skrin besar laptop di hadapannya, sungguh dia terkejut apabila ada filem di dalam laptop. Macam tv pulak rasanya. Canggih nya!
Gelak ketawa mereka memenuhi setiap ruang tamu, Dia tertawa melihat filem komedi seram yang bertajuk Pee Mak, lakonan kacak daripada pelakon Thailand iaitu Mario Maurer. Rora menyentuh sisi laptop, hatinya membuak - buak inginkan laptop seperti Mel. Namun, dia pendamkan aje perasaan itu. Dia tidak mahu membebankan ibunya untuk membeli Komputer riba yang sudah pasti harganya mencecah tiga angka kosong.
"Kalau nak pinjam lappy? kau datang aje rumah aku." Kata Mel ikhlas, dia tahu Rora seperti berminat dengan gadget canggih itu.
"Tak nak lah, aku mana tahu guna benda ni, karang rosak pulak aku kerjakan." Balas Rora tertawa dengan dirinya yang ketinggalan zaman.
"Takpe, nanti aku ajar, cara guna benda ni eh?"
"Betul ni?" Rora Excited.
"Iyalah, tapi aku nak kau masakan aku, cucur udang kau. Boleh?" Ujar Mel menelan liur, cucur udang buatan Rora sangat sedap.
"Boleh, tapi kau kena, tolong aku kupas kulit udang." Arah Rora sambil menyanggul tinggi rambutnya.
"Setakat kupas aje, aku no hal?"
Selepas menekan butang pause, dia mengatur langkah ke dapur mengikuti Rora. Cuti sehari sempena hari Depavali, dia menghabiskan masa dengan melepak di rumah Rora.
"Rora. Kau tak rasa? si Fizul tu? ada feeling dengan kau ke?" soal Mel sambil mengupas kulit udang di sinki.
"Huh! merepek aje kau ni?" Rora tertawa sambil mengaul tepung yang sudah selesai di campurkan dengan bahan² di dalam mangkuk.
"Tapi kan, aku tengok si Fizul tu, macam OKR lah?"
"Kenapa pula kau cakap dia "Orang Kaya Raya"? Rora memandang wajah Mel yang masih dengan kerjanya.
"Kau tahu tak? masa aku dan dia pegi beli makanan kat kantin? hampir jatuh tau mata aku tengok isi duit seratus berkepuk kat dalam dompet dia." Terang Mel dengan mata membulat.
"Dah nama budak bandar Mel, memang ar macam tu."
"Ni lagi satu, haritu aku ikut Ayah aku pergi jalan, kau tahu tak? aku nampak dia tengah joging kat halaman rumah besar yang dekat dengan sawah padi tu."
"Yang rumah gedabak besar tu!" Terkejut Rora, Rumah itu sangat mewah dan cantik. Dari segi penampilan Fizul seperti bukan daripada anak berada.
Ha'ah! Ayah aku kata? penghuni rumah tu orang kaya, macam ada darjat lah." Kata Mel lagi.
"Eei lambat lah kau kupas kulit udang Mel." Omel Rora pada temannya.
"Haha, tu lah kau ajak aku gosip pasal Fizul tadi."
"Pulak! aku yang salah." Rora tertawa.
Usai mengoreng cucur udang, Rora menjerang Nescafe panas di dalam jug. Dia menyimpan dua biji gelas di dalam talam dan membawa ke ruang tamu. Dari kejahuan Melina sudah menayang gigi, tidak sabar untuk makan cucur udang yang sudah siap di masak.
"Urm... sedapnya Rora! cucur udang kau ni, buat aku tak tidur malam tau!" Melina terlebih puji.
"Hmm, yela tu Mel." Rora menjeling Mel yang tersengih kambing.
"Rora. Lepas Spm kau nak ikut aku tak? pegi sambung belajar kat KL?"
"Er, tengok keadaan lah. Kalau aku mampu? cukup duit? aku ikut kau lah." Rora tersenyum lemah.
"Alah, nak lah Rora. Aku nak kita sama² pegi, nanti lama lagi tau kita boleh jumpa?" Mel dah sebak.
"Jangan lah cakap macam tu, Spm pun belum? kau dah cakap yang bukan². Sepatutnya kau berdoa, semoga kita berdua sama² lulus dan berjaya." Rora menasihati temannya.
"Hah! aku ada cadangan! apa kata? kita study group dengan Fizul?" Ujar Melina sambil petik jari.
"Uhukk!! A..apa! ish kau ni, tak payah lah." Rora tersedak.
"Dia kan genius, tak salah kan kalau kita, mintak tunjuk ajar dari Fizul?" Mel cuba menyakinkan Rora.
Rora mengigit bibir bawahnya, dia memikirkan apa yang Mel katakan sebentar tadi. Ada betulnya juga kata temanya itu, dah lah dia lemah sikit dalam subjek Matematik tambahan. Tapi Rora rasa segan dengan Fizul dia malu mintak ajar dengan Fizul, apatah lagi berhadapan dengan Fizul. Argh!!
"Kau dengar tak!" Pekik Mel, kemudian dia tertawa melihat, riak muka Rora yang terperanjat.
"Ish, aku malu lah Mel." Rungut Rora .
"Malu? kau tahu tak? malu tu tandanya? kau ada perasaan dengan Fizul?" Melina menyakat Rora.
"Aku suka Fizul? Ha..ha..ha.. memang tak ar." Rora ketawa terpaksa. Entah kenapa? hatinya sedikit tercuit dengan perkataan "suka" yang Mel katakan tadi.
"So, kalau tak suka. Kau setuju lah nak study dengan Fizul?" Melina menagih jawapan.
"Hmm, yelah! yelah!" Mahu atau tidak dia terpaksa bersetuju, Rora tidak ingin di cop suka pada Fizul. Tak nak!!
"Ok set! esok aku bagi tahu Fizul."
"Waalaikumsalam, ibu meh sini, makan cucur udang." Ujar Rora tersenyum apabila melihat figura ibunya di muka pintu.
"Allahu akhbar." Tutur puan Salmiah lemah sambil duduk, penat rasanya seharian dia berkerja.
"Makan Mel, toksah malu²."
"Dari tadi tak henti² Mel makan bu Miah, sedap sangat. Dah boleh kahwin dah Rora ni, ye tak bu?"
Tertawa Mel dan ibunya, apabila Rora memukul lengan Melina. Rora menarik muka geram dengan sifat kuat bergurau Mel. Asyik² dia aje menjadi bahan gurauan Melina.
"Ya Allah! kat sini rupanya budak bertuah ni." Tutur Mariam geram.
Melina angkat jari telunjuk dan jari tengah sambil tersenyum manis pada Emaknya. Peace katanya!!
"Makasih Yam. duduk lah, makan cucur udang, ni Rora buat?" Jemput Salmiah sambil mengambil sayur pucuk ubi yang di beri oleh Mariam.
"Tengok Rora pandai masak. Kamu ni pemalas." Kata Mariam pada Melina.
"Heehhh !!" Mel menyengih sambil mengaru kepala yang tidak gatal.
"Padan muka !" Rora jelir lidah.
Berlaku lah kejadian bertepuk tampar di antara Melina dan Rora. Dua sahabat itu, sering berkongsi di saat susah dann senang pasti bersama². Kedua sang ibu yang tercinta hanya mengelengkan kepala melihat gelagat kedua - dua anak dara mereka.
Done :)
♡TQSM 4 VOTINGS♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...