Prolog

1.5K 44 0
                                    

Wajah bayi yang masih merah itu direnung lama. Perasaan terharu, kasih dan rasa bersalah bercampur baur membuatkan fikirannya yang bercelaru semakin buntu. Dia mencium bayi itu agak lama. Tanggungjawab pertamanya sebagai seorang bapa sudah di laksanakan. Dan barangkali itulah tanggungjawab terakhirnya untuk anak itu.

"Maafkan Appa, sayang." Ada air mata yang mahu menitis namun di tahan. Dia perlu mengawal perasaan. Janji tetap janji dan tiada jalan yang boleh di pilih melainkan jalan mati.
Dia mengerling ke arah isterinya yang terbaring lesu dan masih dalam pantang. Dengan rasa bersalah, dia mengambil Surat beranak serta membalut tubuh bayinya menggunakan kain batik lusuh milik isterinya.

Dia berpaling meninggalkan isterinya yang masih tidur. Dia tahu saat itu sudah tiba. Mahu atau tidak, bayi itu mesti diserahkan kepada seseorang yang sudah menunggu. Kereta Proton yang sudah pudar warna cat nya di dekati. Pintu kereta sebelah pemandu di buka, dia meletakan bayinya yang bernama Aurora Zalza di situ. Perlahan - lahan engine kereta di hidupkan dan dia meninggalkan perkarangan rumah, untuk berjumpa dengan ibu bapa baru kepada bayinya.

Setibanya, di Restaurant mewah. Dia melangkah masuk dengan hati yang berat sambil mendukung puterinya. Dari kejahuan dia melihat wajah Dato pemilik kilang kayu terbesar di Malaysia. Dato Xie Kuan Lim dan isterinya Datin Xie Yeng Yap sedang tersenyum bahagia melihat bayi di tangannya.

Dia tahu menyerahkan bayi islam kepada penganut Buddha itu salah. Namun, itu sahaja satu - satu nya cara untuk dia mendapatkan duit dengan keadaan hidupnya yang hanya cukup - cukup makan sahaja. Dia pasti Aurora Zalza akan hidup bahagia dan mewah bersama Dato Xie Kuan Lim dan isterinya.

"Sorry, saya terlambat Dato." Muhammad Takashi mengambil tempat di hadapan dua hamba Allah yang berbangsa Cina.

"Tidak apa, yang penting itu baby, kamu tidak lupa bawa." Dato Xie Kuan Lim tidak lepas memandang bayi comel di tangan Takashi.

"Taka. Kamu yakin ini baby, mau jual sama kami kan?" tanya Datin Xie Yeng Yap yang keseribu kali inginkan kepastian. Bimbang jika Takashi mengambil semula bayi itu daripada mereka.

"Ya, Datin Yeng tak perlu risau. Selepas bayi ni bertukar tangan. Hubungan darah antara kami akan terputus." Bagai ada duri dari dalam kerongkong nya saat melafazkan kata yang membuat hatinya meruntun sedih.

"That's good. So ini bayaranya." Dato Xie Kuan Lim, menyerahkan cek kepada Takashi. Oleh kerana, sudah lama menginginkan anak dia sanggup membeli anak dari pekerjanya itu.

"Alala, bagi sini itu saya punya baby." Ujar Datin Xie Yeng Yap teruja. Pipi merah Aurora di cium bertubi - tubi, air matanya mengalir terlalu gembira. Ahkirnya dia mempunyai anak.

"Terima kasih. Dato, Datin." Dengan itu dia melihat bayi itu dibawa pergi. Dia bagai mahu mengejar, namun di tahu, dia sudah kehilangan hak. Mereka tidak boleh berhubungan lagi. Itu sebahagian daripada klausa janji di antara mereka.

Langkahnya di atur menuju ke kereta. Hatinya rasa sayu dan di palu rasa berdosa. Dia menghambur tangisannya di dalam kereta. Tangisannya terhenti apabila melihat jumlah cek yang bernilai satu juta di tangan nya. Tiba - tiba bibir nya mengukir senyuman, dia mula terbayang dengan kehidupan mewah, serta berbelanja banyak dengan duit sebanyak itu. Tanpa membuang masa dia memecut semula untuk pulang ke rumah. Kerana duit, manusia boleh berubah dalam masa sesaat.

"Abang. anak kita mana?" Aulia Zalza panik. Apabila tiada bayi di sisinya.

"Maafkan Abang. Anak kita abang dah jual." Kata Takashi tanpa perasaan.

Terpempan dia mendengar apa yang baru sahaja keluar daripada mulut suaminya. Baru seminggu dia bersama Aurora Zalza dan kini dia akan terpisah buat selama - lamanya dengan puterinya. Air mata membasahi pipi wanita itu. Dia tidak menyangka lelaki yang sudah tiga tahun di nikahinya itu berubah menjadi manusia yang tidak mempunyai perasaan.

"A..Apa! abang jual anak kita bang! abang dah gila ke, kenapa abang jual anak kita. Ya Allah abang, kenapa?" Tangisan wanita itu semakin kuat.

"Kalau aku tak jual budak tu, kau nak bagi dia makan apa! sedangkan kau pun aku susah nak bagi makan, apa lagi kalau anak tu dah besar." Suara Takashi meninggi.

"Abang. Aulia mampu jaga anak kita, Aulia akan kerja bantu abang untuk besarkan anak kita." Dia meronta - ronta melutut di hadapan suaminya.

"Dah terlambat, Aurora Zalza dah di bawa pergi oleh keluarga baru dia." Balas Takashi mendatar sambil mengemas pakaiannya ke dalam beg.

"Ya, Allah! kenapa Abang kejam sangat ni!!!!" Aulia semakin hilang sabar dia menumbuk dada Takashi. Dan akhirnya dia menyembah bumi akibat dari tolakan kasar Takashi pada tubuhnya.

"Abang!! nak pegi mana. Jangan tinggalkan Aulia bang. Abang!!!!"

Dia menangis teresak - esak, panggilannya lansung tidak dipedulikan oleh Takashi, yang sudah membawa pergi tanpa meninggalkan apa - apa pesan mahu pun nafkah untuknya. Tangisanya semakin kuat, dengan nasib dirinya dia
kehilangan dua orang yang amat di sayanginya. Baju Aurora Zalza yang berada di dalam bakul di ambil, lalu di cium sambil menangis.

"Ya Allah, lindungilah anak ku, walau di mana jua dia berada. Aku mohon ya Allah lindungilah Aurora Zalza. Semoga keluarga barunya akan menyayangi dia. Ya Allah hanya padamu, tempat ku mengadu. Semoga pada suatu hari engkau, pertemukan aku dengan anak ku. Aku mohon bantuan mu ya Allah."

Tangannya terketar - ketar mengaminkan doa yang baru di lafazkannya. Baju bayi di peluk erat dan di cium bertalu - talu bersama juraian air mata yang laju merembes keluar. Oleh kerana, sayang kepada Takashi yang di temuinya di bumi ginseng semasa melanjutkan pelajaran. Dia sanggup mengahwini lelaki yang berasal daripada Korea itu. Mungkin itu adalah balasan untuknya, tidak mendengar kata ibu bapanya yang melarang untuk tidak berkahwin dengan lelaki yang bukan muslim.
















Hai!!
we meet again ^_^

tetiba idea datang tanpa di undang utk buat citer ni.
Sorry ya, klu 1st citer ni bored -_-
Ok later kita sambung lagi,,

thanks 4 VOTING :-*

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now