29: Berubah .

407 10 0
                                    

"Wei, bangun dah sampai KL ni."

Hilang terus rasa mengantuk Rora, pabila Nain mengoncang bahunya seperti ada gempa bumi berlaku. Segar bungar matanya, cepat² dia merapikan diri. Rora tercengang pabila Nain meninggalkannya tanpa membantu mengangkat beg pakaian untuknya. Mungkin abang terlupa kut , Rora menyedapkan hatinya. Dia jalan terkedek² keluar daripada perut kapal terbang kudratnya tidak sekuat lelaki untuk mengangkat benda yang berat.

Dia terpegun melihat KLIA yang tersegam besar di atas bumi. Perlahan lahan bibirnya mengukir senyuman gembira. Ni ke KL? Woah!! Cantik lah.  Matanya meliar kesana sini untuk melihat bandar Kuala Lumpur buat pertama kali dalam hidupnya. Jakun dia melihat bandar itu.

"Woi! Cepat lah!"

Rora melajukan langkah kakinya apabila disergah oleh Nain. Dia terhegeh² mengangkat beg itu kehulur ke hilir mengikut langkah kaki Nain. Entah mengapa Nain sekarang seperti bukan Nain yang dulu. Nain sekarang sentiasa dingin. Lain macam hatinya dengan sifat lelaki itu.

"Aku pegi toilet jap! Kau tunggu sini."

"A.. Abang."

Nain berpaling sambil mengangkat kening.

"Err.. Boleh tak Rora pinjam hanphone? Nak call ibu, bagi tahu kita dah sampai." kata Rora takut².

"Nanti aku bagi tahu lah!" Balas Nain dingin.

Rora menundukan wajahnya, terasa hati dengan layanan abangnya. Ibu... Panggil Rora sayu, air matanya menitis ke pipi. Apabila dia melihat figura Nain? Cepat² dia mengelap air mata yang membasahi pipinya.

"Kau nangis lagi!"

Rora mengeleng.. Dia takut suara keras seperti itu.

"Sekali lagi! Aku tengok kau nangis? Aku tinggalkan kau  kat sini sorang²! Kau nak?" ugut Nain.

Airmatanya tumpah kembali. Sungguh dia takut di tinggalkan Nain. Dia tidak tahu jalan di Kota itu.

"Tengok! Eeii kau ni, degil betul kan!" Nain dah geram.

Spantas kilat dia menghapus air matanya. Kenapa si abang menjadi seperti itu? Tatkala berjahuan dengan ibu? Kenapa dia berubah? Sedangkan air boleh bertukar warna, inikan pula manusia. Tiada siapa yang dapat menjaganya selain Zulkarnain. Rora membuntuti langkah Nain ke luar airport, dia melangkah masuk ke dalam Van berwarna hitam bila di arahkan oleh abangnya itu. Seperti biasa dia memakai beg sandang nya di hadapan badan. Banyak benda penting di dalam beg nya itu.

Saat pintu bahagian pemandu di buka, hatinya seperti berhenti berdegup seketika. Allahu Akhbar!! Lelaki itu? Dia kenal sangat dengan wajah itu. Tatu itu ? Tidak lain tidak bukan itulah lelaki lah yang mengambil abangnya tempoh hari. Rora tidak keruan bila engine kereta dihidupkan.

"Halo Liang moi? Finally we meet?" ujarnya sambil kenyit mata.

Rora dah cuak, hatinya bagai ingin melompat keluar. Dia takut dengan pandangan lelaki itu. Dia takut segalanya tentang lelaki itu.

"A.. Abang, kita nak pegi mana?" Rora memberanikan diri.

"Rumah, lusa kan kau daftar U, nanti aku hantar kau pegi sana."

Rora menarik nafas lega.. Dia bersyukur Nain masih ingin menjaga nya.

Hatinya dipalu rasa tidak senang. Pabila melihat rumah yang Nain maksudkan. Dia melangkah masuk mengikuti Nain, dari penglihatan nya rumah itu besar dan mempunyai banyak bilik. Dia merasa tidak sedap hati tatkala melihat ramai gadis yang memakai pakaian seperti tidak cukup kain, yang sedang berpelukan dengan lelaki. Cepat² dia menundukkan wajahnya bila diantara mereka sedang bercumbuan.

"Welcome back bro." sapa lelaki Cina pada Nain.

"Thanks Croco." Nain memeluk bahu lelaki itu.

Hatinya berdebar, seluruh tubuhnya mengigil ketakutan saat melihat tulisan Ladies night  pada plastik PVC, yang terlekat kemas pada dinding. Ya Allah !!  Hanya itu mampu diungkapkan nya di dalam hati. Air matanya mencucuk di tubir mata.

"So this is the girl, manyak cantik loh."

Rora menepis tangan lelaki yang bernama Croco itu saat menyentuh pipinya. Air matanya merembes keluar, dia memandang wajah Nain yang sedang tersenyum dia ingin meminta simpati dari abangnya.

"Bawa dia masuk bilik, suruh Vee make up dia lagi cantik."

Rora hanya mampu menangis, dia terjelopok ke lantai saat Nain menolak tubuhnya masuk ke dalam bilik.

"Abang!! Kenapa buat Rora macam ni bang. Rora nak kuar dari tempat ni bang. Tolong Rora bang." Rora memeluk kaki Nain sambil teresak esak.

"Tak payah belajar buang duit aje. Kat sini kau boleh dapat banyak duit. Tengok aku dompet pun tebal"

"A.. Apa abang cakap ni! Abang keja kat sini?? Abang kata kerja agent tanah?" Rora terkejut.

"Itu aku bohong aje, otak kau ni lembab sangat!" jawab Nain Cynics sambil menunjal kepala Rora.

"A..abang tipu ibu? Darah daging abang sendiri abang tipu! Kenapa abang buat adik abang macam ni?? Sampai hati abang.." Rora menangis.

Tangisannya semakin kuat tatkala Nain mengunci pintu biliknya. Dia meliar pandangan pada bilik itu, terdapat sebuah katil bersaiz queen dan poster² gambar bogel wanita di tampal di setiap dinding. Dia menekup wajahnya, Nain ingin menjadikannya pelacur. Nain menghantarnya ke rumah Setan. Rora menangis semahu mahu nya dia meraung berteriak dan macam² benda dia lakukan berharap Nain mengeluarkan nya dari neraka itu.

"Abang buka pintu ni!!! Tolong bang Rora tak nak tinggal sini. Ya Allah ... Ibu tolong Rora bu..." Dia mengetuk² pintu sambil menangis.

"Ibuuuuu..." panggil Rora dengan tangisan berlagu.

Dia memeluk kedua lututnya sambil menangis. Dia buntu tidak tahu apa yang harus dia lakukan, bilik itu mempunyai tingkap namun grill besi di pasang untuk mengelak mangsa mereka dari terlepas. Bahu Rora terhinjut² kerana terlalu banyak menangis. Apa yang harus dia lakukan? Mengapa Allah mengatur hidup seperti itu untuknya? Apakah maksud tersirat yang Allah sedang rencana buatnya. Sungguh dia tidak kuat dengan dugaan seperti ini. Tiada siapa yang membantu hidupnya di sini. Mungkin kah di sini masa depannya akan berakhir.


















♡TYSM 4 VOTING♡

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now