34: New Family

606 11 0
                                    

"Kenapa akak nangis?" soal seorang budak perempuan.

Rora mengeleng dan tersenyum lemah.

"Akak sesat ke?"

"Akak tak boleh cakap? Akak bisu ke?" soal budak itu bila melihat Rora hanya menggeleng.

"Adik sapa nama?" Rora tersenyum.

"Saya Caca, ni Mimi dan ni Emok Kakak sapa nama?"

"Rora panggil kak Rora."

Ketiga budak perempuan itu mengangguk dan senyum.

"Korang dari mana ni? Bahaya jalan sorang² Nanti mak ayah cari." Nasihat Rora.

"Kita orang takde mak Ayah dah. Kita orang nak cari makan."

Tergamam dia mendengar kata Emok Kasihan dia melihat kanak² itu. Dia juga tiada ibu bapa seperti mereka. Mungkin dia akan hidup seperti itu, jika puan Salmiah tidak menjaganya.

"Adik umur berapa?"

"9 tahun." kata Emok

Rora terkedu, kasihanya nasib budak² ini, kecil² lagi sudah berdikari. Antara mereka bertiga Mimi yang tua umur 12tahun, Caca pula, 1O tahun. Masih mentah budak² di hadapannya ini. Mengapa mereka sekuat itu, tanpa merasa sedih dengan kehidupan mereka.

"Meh ikut akak." Rora mengenggam tangan Emok dan Caca. Mimi pula memegang tangan Emok.

"Nak pegi mana kak?" soal Emok.

Rora hanya tersenyum dan mengatur langkah membawa ketiga tiga budak itu. Dia gembira kini, dia tidak lagi berkeseorangan dengan adanya tiga budak itu. Keluarga baru ya, diorang keluarga baru Rora. Dia akan menjalani kehidupannya bersama budak itu. Rora berhenti melangkah bila melihat ada gerai di hadapannya.

"Mak cik, nasi lemak ni berapa?"

"RM 1.5O sen nak. Murah aje." jawab mak cik itu mesra pada Rora.

"Bagi tiga mak cik dan air mineral dua botol."

Selepas membeli nasi lemak, Rora membawa ketiga² bidak perempuan itu duduk di tepi gerai.

"Kak Rora. Kita tak boleh makan kat sini. macam mana dengan Miza dan Lala?" kata Mimi dengan wajah sedih.

Rora tercengang..

"Kat mana kawan tu?"

"Jom Mimi, kenalkan diorang dengan akak."

Rora mengangkat beg plastik berisi nasi lemak dan air mineral lalu, mengikuti langkah budak² itu. Seram sejuk juga dia mengikuti budak² itu, sepanjang jalan sangat sunyi hanya bunyi kicauan burung saja yang kedengaran. Dia mengikuti budak² itu masuk kedala bangunan yang terbiar. Alangkah terkejut nya dia melihat dua budak perempuan sedang tidur beralaskan kotak. Air matanya tumpah ya Allah .. Hancur luluh hatinya melihat budak² itu.

"Wei, bangun kita ada tetamu.." Mimi mengejutkan rakan² nya.

Rora tersenyum melihat mata bulat sambil menguap memandangnya.

"Hai.." sapa Rora.

"Ni kak Rora. Akak tu Miza umur dia sama macam Emok, dan Lala pulak 11 tahun." Terang Mimi sambil menunding jari ke arah rakannya.

"Meh sini akak ada bawa nasi lemak."

Terhibur hatinya melihat budak² itu bersorak sambil memeluknya. Dia memberi satu nasi lemak untuk Mimi dan Emok. Satu lagi pada Miza dan Lala. Dan satu lagi untuknya dan Caca. Kasihan dia memandang 5 orang kanak² dihadapannya. Tempat berteduh hanyalah bangunan yang terbiar dan hanya beralaskan kotak untuk tidur.

Rora mengusap kepala Caca  yang terbatuk², lapar sangat Caca makan pun gelojoh. Ya Allah kesiannya budak² ni. Air matanya tumpah lagi. Rora mengetap bibirnya bimbang esakannya kedengaran. Sakit sangat bila menahan tangisan dia melangkah keluar daripada bangunan. Rora menghambur tangisannya sambil duduk mencangkung. Mana perginya ibu bapa budak itu? Mungkin begitu lah keadaannya tidak terurus semasa di temui puan Salmiah.

"Ibu.. Rora rinduuuuu..." katanya dalam tangisan.

"Abang tipu Rora bu, dia tipu kita. Dia jadikan Rora pelacur bu.. Rora tak tahu macam mana nak balik,"

Rora berbicara sendirian berharap dapat mengurangkan rasa masalah yang dia alami sekarang. Dia rindukan puan Salmiah, Dia rindu masak bersama, makan bersama, pelukan ibunya, ciuman si ibu. Segala² nya tentang puan Salmiah dia rindui. Mungkin dia tidak akan bertemu dengan ibunya lagi.

"Ibu.."

Bahu Rora terhinjut² sayu sekali hatinya mengenangkan puan Salmiah.

"Kakak.."

Mimi mengusap kepala Rora yang sedang menyembamkan mukanya ke lutut. Dia dengar semua apa yang dikatakan oleh Rora. Meskipun, dia tidak berapa mengerti masalah yang dialami oleh Rora namun, dia kasihan melihat gadis itu. Matanya sudah membengkak akibat menangis.

"Yer." Rora mengesat air matanya sambil tersenyum hambar.
"Kakak, rindukan ibu akak?" Mimi turut duduk mencangkung di hadapan Rora.

Rora mengeleng sambil mengusap kepala Mimi.

"Jom masuk dah petang ni."

Rora memimpin tangan Mimi lalu, bersama masuk ke arah bangunan lama itu bersama². Dia membersihkan tempat bekas makanan lalu, mengambil kain buruk yang berada disitu untuk di jadikan penyapu. Rora senyum pabila Mimi dan rakan² nya turut membantu membersihkan tempat tinggal mereka.

"Adik? Korang mandi kat mana?"

"Ada kat tandas tu paip kak. Tapi akak tahan lah bau tandas tu, busuk." Mimi tersengih.

Rora tertawa, syukur sangat bangunan itu tidak di putuskan sumber airnya. Dia mengarahkan budak² itu untuk mandi dahulu. Rora meletakan begnya di sudut sambil duduk bersandar pada dinding bangunan yang sudah berlumut.

"Kak Rora ada baju?" soal Mimi.

Rora mengeleng sambil mengukir senyuman pada Mimi yang sedang membetulkan kotak tempat untuk mereka tidur.

"Takpe Mimi ada baju banyak nanti akak pakai lah eh?"

"Muat ke?" Rora tertawa.

Mimi angguk kemudian membuka beg plastik hitam yang berisi pakaiannya. Dia mengeluarkan baju Tshirt Mickey mouse paras buku lalinya. Mungkin kalau Rora yang pakai paras betis dia.

"Mana Mimi dapat?" Rora membelek baju yang masih baru itu.

"Mimi ambil kat jemuran orang hehhh!!" Mimi sengih.

Tergejil biji mata Rora mendengar pengakuan Mimi. Dia tidak salahkan budak itu, orang tua mereka tidak dapat mengajar dan mendidik mereka dengan cara yang baik.

"Adik² akak, meh duduk sini." Arah Rora sambil mengambil lilin yang dihidupkan oleh Mimi.

Dia tersenyum melihat kelima lima budak perempuan yang memandang ke arahnya. Apa lah ertinya mandi kalau tanpa sabun shampoo yang boleh di gunakan. Dia membuka beg sandangnya untuk mengambil bedak Johnson baby  berwarna putih. Rora menempekan bedak ke wajah dan keleher Emok. Selepas mengarahkan Mimi dan yang lain memakai bedak dia menyikat rambut Emok, kerasnya rambut Emok macam dawai.

"Kakak tak nak adik² akak yang comel ni, ambil barang orang. Adik tahu tak, kalau kita mencuri nanti kat ahkirat kita kena siksa. Tangan kita kena potong." Ujar Rora menakut nakutkan adik² nya.

Mimi menunduk kan wajah, malu dengan perbuatannya.

"Boleh tak janji dengan akak,"

Dia tersenyum senang melihat budak perempuan dihadapannya mengangguk laju.

"Dah jom tido, sebelum tu? Kita baca doa dulu yer."

Selepas mengaminkan doa, Rora baring di sisi Emok sambil bernyanyi² kecil untuk mendodoikan budak itu. Seram sangat suasana malam di bangunan itu, macam² bunyi yang dia dengari. Mulut Rora tidak pernah lekang dari membaca ayat pelindung daripada mahkluk halus. Dengan berbantalkan lengan dia menutup mata bersama dengan keluarga baru nya. Dia bersyukur pada Allah telah menemukan dia dengan budak itu.














TQSM 4 VOTING

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now