Pagi² lagi, dia sudah tercegat di dapur , membantu ibunya menyiapkan bekal dan sarapan pagi. Dari semalaman, puan Salmiah sukar untuk memejamkan mata. Dia berasa tidak sedap hati dengan apa yang Nain katakan padanya semalam..
" Ibu?" panggil Rora , sudah dua kali dia memanggil puan Salmiah yang sedang mengelamun.
Puan Salmiah tersentak pabila Rora menyentuh lembut bahu nya.
" Ibu kenapa ? ada masalah ke ?" soal Rora risau.
" Err, takde, ibu mengelamun sebab masih mamai kut." Nafi puan Salmiah.
"Tak pernah pun nampak ibu macam ni, selalu ok aje ?" Rora tidak berpuas hati.
" Rora, kalau abang Nain dah bangun, kamu pegi ke rumah Mel ya." Arah puan Salmiah, entah mengapa? dia berasa tidak sedap hati, meninggalkan Rora dan Nain berdua duaan di rumah. Bukan muhrim, Rora tiada kaitan darah dengan mereka.
" Pegi rumah Mel ? kan Mel kat Kedah bu?"
" Diorang dah balik dah semalam."
" Tak nak lah bu, nanti Rora menganggu pulak. Mesti diorang penat dan nak berehat."
" Kalau Ibu kata pegi ? pegi jelah Rora. Takde tapi²!" Arah puan Salmiah serius.
" Yela², nanti Rora pegi."
" Pegi sarapan cepat, pastu mandi. Kemas rumah, menyapu tu semua? tunggu bila ibu balik baru buat ya." Arah puan Salmiah lagi.
Rora hanya angguk, dia tidak mengerti dengan permintaan ibunya. Namun, dia diam kan aje tidak berani untuk bertanya.
" Ibu pegi keja dulu, ingat tau apa ibu pesan?"
" Ya , ibu . Rora ingat." Rora mencium tangan puan Salmiah.
Selepas menutup pintu di ruang tamu, dia mengerling ke arah Nain yang masih nenyak tidur. Rora tersengih melihat cara Nain tidur dengan mulut sedikit. ternganga Dan berdengkur halus, "penat sangat kut " getus hati Rora. But still handsome! kening tebal, mata bulat, hidung mancung, persis sekali dengan pelakon Malaysia. Zul Arifin macam pelanduk dua serupa aje wajah abangnya itu, yang membezakan hanya warna kulit, Abangnya berkulit hitam manis. Rora mengeleng, pabila teringat temannya Melina, peminat setia Zul Arifin, siap lekat poster lelaki itu di dalam bilik. Kalau Mel nampak abang Nain confirm terkejut !
Dia mengisi susu pekat dan uncang teh ke dalam gelas kaca. Kemudian menuang air panas dari termos ke dalam gelas. Rora mengambil sebiji lagi gelas, berlaku lah aksi teh tarik pada pagi itu. Dia tersenyum pabila terdapat banyak kepulan buih di dalam gelas nya. Lalu, mengambil sepinggan piring plastik yang berisi mee goreng kosong.
" Amboi ! sarapan sendiri nampak !" sergah Nain tertawa melihat Rora, tersedak dengan mee goreng yang masih bergantung di mulutnya.
" Haha! sorry². Kau terkejut ke?" Nain menyapu lembut belakang Rora.
" Ehem!! abang nak sarapan juga ke ? Rora buat kan air panas nak?"
Zulkarnain angguk sambil menghadiahkan senyuman pada Rora. Dia membuat air yang sama dengannya untuk Zulkarnain lalu, menghidangkan mee goreng pada Nain.
" Abang dah keja ke ?" soal Rora berbasah basi.
" Err, dulu study sambil berkerja. Lepas tamat belajar, terus sambung kerja aje lah ."
" Oh, yeke? best nya kan? lepas belajar je terus dapat keja." Kata Rora teruja.
" KL kan banyak peluang berkerja, kalau Rora nak? nanti abang apply kan Rora, kat tempat keja abang." Nain memberikan cadangan.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...