Riuh rendah jadinya, Villa kediaman mereka dengan kunjungan dari saudara mara serta tetamu jemputan untuk menghadiri majlis akikah. Buat anak pertama Aurora Zalza dan Tengku Syafizul Isylam.
Rora mendukung Tengku Amirul Hazriq yang berusia 8 bulan, tampil segak memakai Jubah berwarna blue electric yang sama rona dengannya. Dia membalas senyuman Amm yang memakai baju sama seperti Amirul yang sedang datang ke arahnya.
"Assalamualaikum, my beloved wife. Oh my! look at you my hero. You look handsome." Sapa Amm pada kedua buah hatinya.
"Waalaikumsalam. Ya, Amy more than handsome then you abang." Rora ketawa bila Amm mencuit hidungnya.
Semakin kuat gelak ketawa mereka, bila Amy nama manja Tengku Amirul Hazriq turut terkekeh ketawa. Entah lah si kecil itu apa yang kelakar hingga ketawa terbahak-bahak seperti itu. Mungkin kelakar melihat kedua mama dan papa dia yang sedang ketawa.
"Rora, Amm. majlis dah nak mula tu, alala cayamg cucu nenek ni." Dato Zaa membenamkan hidung di pipi montel Amy.
"Ya bu." jawab Amm.
Mereka jalan beriringan menuju ke mini pelamin, yang direka khas buat anak pertamanya. Amm menggenggam erat tangan Rora, Dia tersenyum melihat ke arah Amy yang menguap di dalam dukungan nya. Suara sekumpulan wanita sedang berzanji memenuhi ruang Villa. Amm turut berselawat Nabi, pabila sesi bercukur jambul sedang berlansung.
Rora membuntuti langkah kedua heronya yang sedang di keliling orang-orang, yang ingin mencukur mencukur jambul Shafiq. Dia turut ketawa bila Amy asyik senyum apabila disapa oleh tetamu. Mujur anaknya tidak banyak ragam dan mood Amy sentiasa happy.
Usai majlis cukur jambul selesai, Rora membawa Amy ke buaian yang disediakan khas, oleh pereka majlis yang mereka tempah. Botol susu disuakan ke mulut merah Amy. Tidak sampai 1O minit Amy sudah terlelap. Rora mencium dahi Amy dengan penuh kasih sayang lalu, melangkah pergi untuk melayan tetamu jemputan nya.
"Sayang. Tu geng wonder girls, sayang dah datang." Kata Amm sambil memuncungkan bibir.
"Abang! Malu lah. Orang tengok tu." Marah Rora lembut pada Amm, yang sedang mencium pipinya.
"You look beauty, wearing hijab sayang." Amm mengusap kepala Rora yang di baluti Shawl.
"And you look handsome. Wearing this." Kata Rora manja sambil mengemaskan kopiah di kepala Amm.
"Amboi, bermesra je lah korang, tak payah layan kita orang." Celah Syamil merajuk.
Rora dan Amm ketawa lalu, membawa rakan² mereka yang sedang berpasang - pasangan untuk menjamu selera. Bahagia dia melihat rakan-rakan nya, ada yang sudah bertunang dan ada juga yang sedang ingin merancang untuk berkahwin.
"Oh ya. Ella mana? Lama dah, tak nampak dia?" Soal Rora pada Syamil.
"Dia kat UK, biasalah student overseas." Jawab Mel mewakili buat hatinya.
"Ceh! Aku tanya Syam kau pulak yang jawab." Perli Rora pada Mel yang tersipu.
"Alah. Macam kau tak tahu. Diorang berdua ni kan pasangan terlebih gula. Sweet aje." Celah Jojo di samping Ray.
Meja bulat yang mereka sedang duduki, penuh dengan gurau senda dan gelak ketawa. Gembira rasanya, bila berkumpul semula dengan rakan². Rora meminta diri seketika pabila, Tengku Nana memberitahu Tengku Amirul Hazriq sedang menangis.
"Alala. Comey nya dia. Meh sini dengan auntie Fany." Fany mendepakan tangan ingin mengambil Amy.
"Bagi je lah Rora, tak lama lagi Fany tu akan jadi ibu. Bila kahwin dengan Keroz." Gurau Nizam sambil ketawa.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Sonstiges☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...