Rora membengkokkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, lenguh akibat dari tadi menunduk membuat kerja sekolah Bahasa Melayu penulisan. Dia mengurut - urut lembut lehernya sambil membaca semula isi karangan yang telah di karangnya, bimbang jika ada tersalah eja atau pun berlaku kesalahan klausa serta ayat yang di gunakan tidak gramatis dalam penulisannya. Mulutnya terkumat kamit mengira jumlah patah perkataan yang terkandung dalam karangan lalu dia menulis jumlah patah perkataan di bawah perenggan terakhir di sebelah kanan.
Usai mengemas barang sekolahnya yang bertabur di ruang tamu. Dia berdiri sambil ke dua tangannya di angkat ke udara untuk menghilangkan rasa lenguh. Rora mengatur langkah ke dapur untuk memasak tengah hari, sebentar lagi Puan Salmiah akan pulang daripada kerja. Dia mengeluarkan ikan Talapiah dari dalam peti sejuk kemudian di rendam ke dalam air untuk menghilangkan beku pada daging ikan.
Sayur kangkung di potong kemudian di cuci sehingga bersih. Bawang yang sudah di kupas kulitnya di tumbuk kedalam lesung batu bersama - sama belacan. Minyak di tuang sedikit ke dalam kuali kemudian dia menumis bawang yang sudah lumat di tumbuk. Usai memasak sayur, dia mengoreng ikan dan memasak ikan rebus kesukaan Puan Salmiah, ikan rebus asam pedas.
"Assalamualaikum, Rora." Laung Puan Salmiah sambil duduk mengambil angin di pangkin.
"Waalaikumsalam, Rora kat dapur bu. Meh lah naik, kita makan tengah hari." Jawab Rora dari arah dapur sambil membentang tikar di atas lantai dapur.
Rora tersenyum bila melihat figura ibunya memasuki dapur, Kasihan dia melihat wajah Puan Salmiah yang semakin gelap akibat terkena terik matahari. Tubuh ibunya juga semakin kurus sehingga kelihatan tulang pada kedua bahunya. Rora menahan air matanya daripada menitis.
"Makan bu." Ujar Rora sambil menghulurkan sepinggan nasi.
"Urm..sedop! pandai anak ibu masak." puji Puan Salmiah sambil menambah sayur kangkung belacan ke dalam pingan nya.
"Err, ibu.. erm.."
"Apa, cakap je lah, ibu dengar?"
"Boleh tak kalau..kalau Rora kerja? ganti ibu, Rora tak dapat Sekolah pun takpe. Yang penting Rora dah tahu membaca dan mengira pun, dah cukup bu." Ujar Rora teragak - agak.
" Rora tak perlu risau. Ibu masih kuat, untuk tampung hidup Rora." Balas Puan Salmiah serius.
"Tapi bu..?"
"Makan Rora. Jangan buat ibu marah." Arah puan Salmiah tegas.
Muram wajah Rora apabila melihat puan Salmiah mengatur langkah meninggalkan dapur. Dia mengetuk kepalanya sendiri, kesal dengan apa yang baru dia katakan pada ibunya. Dia menutup makanan yang masih bersisa menggunakan tudung saji. Usai mencuci pinggan yang di pakai, dia mencari figura ibunya yang sedang merajuk. Perlahan - lahan dia mendekati puan Salmiah yang sedang menjahit di ruang tengah rumah.
"Ibu.." panggil Rora lembut. Dia mengeluh apabila puan Salmiah tidak menoleh ke arahnya, dan masih focus menjahit sarung tangan yang sudah koyak.
"Ibu.. Rora minta maaf, niat Rora cuma nak bantu ibu aje. Rora kesian tengok ibu, tapi kalau ibu tak izin, takpe Rora tak paksa, maafkan Rora bu.." Tuturnya dengan juraian air mata di pipi.
"Ibu nak Rora belajar bersungguh - sungguh macam abang Nain. Tak lama lagi abang kamu dah nak tamat belajar. Ibu nak Rora contohi abang Nain. Selagi kudrat ibu kuat, ibu tak akan berhenti berkerja. Dan bila Rora dan Nain dah berjaya, ibu boleh tumpang bahagia." Terang puan Salmiah menyapu lembut belakang Rora.
"Ya, ibu Rora janji, maafkan Rora." Kata Rora dalam tangisan.
"Dah, ibu tak marah. Lap air mata tu, tengok sapa yang datang." Arah puan Salmiah, apabila mendengar ada suara yang tengah memberi salam.
Cepat - cepat dia mengesat air mata, kemudian mengatur langkah ke arah pintu. Rora membalas senyuman Melina, yang tersengih sambil menaik -naik kan keningnya, di hadapan rumah dengan menaiki basikal. Selepas memberi isyarat "tunggu sekejap" pada Mel, dia mendekati puan Salmiah untuk meminta izin.
"Ibu, boleh tak kalau Rora, main basikal dengan Mel?"
"Pegi lah, balik sebelum maghrib tau." Rora angguk dan tersenyum gembira. lalu mencium pipi ibunya.
Selepas meminta izin dengan ibunya, Mel membonceng Rora untuk meraun kampung. Setiap minggu mereka akan berbuat seperti itu untuk menghilangkan stress kata nya. Rora mendepakan tangan kirinya apabila angin bertiup menampar wajah mereka berdua. Mel terkekeh ketawa sambil mengayuh basikal dengan laju. Seronok !
"Mel.. aku nak kayuh basikal kau, boleh tak?" Pinta Rora, kemudian mengambil tempat sebelah Mel, sambil melihat sawah padi yang terbentang luas di hadapan mereka.
"Pakai aje lah, toksah minta izin bagai." Balas Mel sambil tersenyum melihat riak gembira pada wajah Rora.
Dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya, dia mengayuh basikal dengan perasaan gembira. Rora melajukan kayuhan basikalnya di dada jalan raya sambil tertawa sendirian. Dia melepaskan kedua tangannya daripada pemegang sambil melambai pada Mel yang tertawa melihat, muka poyonya pada saat itu. Rora mengayuh dan terus mengayuh sambil membunyikan lonceng seperti penjual icekrim saja gayanya pada ketika itu, tanpa menyedari ada sepasang mata yang sedang memandang setiap perbuatannya. Dia tersengih dengan perbuatan nya yang sedang mencuri - curi pandang...
Hai, i just want say thanks to @Kasehsayang and @EmilshaNana ! coz olwez vote my stories.
Thanks a lot baybeh :-*♡Btw TQ 4 u VOTING♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...