42: welcome home

474 16 0
                                    

"Hello. Assalamualaikum? Jue macam mana? Boleh tak hantar Aurora datang sini? You faham kan dengan keadaan i?😟"

"Waalaikumsalam. Yup i faham. You kan macam artis tau? Banyak gosip." Dr Jue ketawa.

"Hish Jue ni! Hantar Aurora cepat tau."

"Yer². Eh Zaa you jaga baik² Nurse i tau? Jangan buli² dia tau."

"Yer Jue, dah cepat hantar anak i datang sini."

Selepas menamatkan perbualan dengan doktor Jue. Dia segera mengarahkan kepada Maidnya untuk mengemas bilik buat anaknya. Baner yang bertulis Welcome home sweet Aurora Zalza di gantung pada dinding yang berdekatan dengan kepala katil Aurora. Dato Zaa excited sangat dengan kepulangan anaknya ke rumah. Meskipun, Aurora belum sedar dari Coma? Dia harus meraihkan kepulangan puterinya itu.

"Perfect!☺" kata Dato Zaa tersenyum sambil menepuk tangan.

Dia berpuas hati dengan susun atur didalam bilik Aurora. Sengaja dia memilih warna biru lembut pada warna dinding cat bilik kerana biru adalah warna yang memberi ketenangan. Segala kelengkapan sudah tersusun kemas di dalam bilik Aurora. Dia menyapu lembut frame gambar Aurora semasa bayi yang berada diatas meja belajar anaknya.

"Puan Aurora dah sampai?" Bagitahu Fatin pada majikannya sambil tersenyum gembira.

Dengan pantas! Dato Zaa menuruni anak tangga satu persatu. Dia tersenyum melihat Nurse yang bernama Iswanie sedang membalas senyumannya. Dato Zaa cuak melihat Rora yang terbaring dengan oksigen yang terpasang dihidung serta air tergantung pada besi yang dipegang oleh Yusuf untuk memberi bantuan pada tubuh Aurora.

"Macam mana nak angkat Aurora ni?" Soal Dato Zaa binggung.

"Jangan risau Dato, diorang boleh uruskan." Jawab Iswanie sopan.

Dato Zaa menghembus nafas lega bila katil yang Rora sedang baringi, mudah di alih dan diangkat oleh empat orang Nurse lelaki. Dia membuntuti langkah mereka lalu memulas tombol pintu bilik Aurora. Dia tersenyum senang melihat Aurora yang sudah baring diatas katil milik Aurora sendiri. Balutan pada kepala Aurora sudah di buka? Namun, entah mengapa Rora masih tidak sedarkan dirinya lagi.

"Terima kasih yer, dah hantar Aurora."

"Sama² Dato, kami balik dulu." Balas Yusof mewakili temannya yang lain.

Dia memanjat anak tangga untuk ke bilik Aurora. Dia melihat Iswanie sedang menarik selimut hingga ke paras dada Aurora. Dia melangkah mendekati Iswanie yang sedang berpakaian seragam putih.

"Erm.. Wanie?" Panggil Dato Zaa

"Yer Dato?" Wanie memandang wajah comel Dato Zaa.

"Diorang Yusuf, tak tahu kan, pasal hubungan saya dengan Aurora?" soal Dato Zaa ingin kepastian daripada Iswanie nurse yang boleh di percayai kata Dr Julia

"Yes Dato Zaa. only me and Dr Julia knew about it." Tutur Wanie sopan.

"Baguslah kalau macam tu. Please keep this secret ya Wanie." Pinta Dato Zaa.

"Ok Dato, dont worry☺." Kata Wanie sambil memeriksa denyutan nadi Aurora.

"Hurm.. entah bila lah Aurora sedarkan diri ni Wanie?"

Dato Zaa mengeluh jelas kelihatan garisan sendu di wajahnya😌.

"Kita berdoa aje pada Allah Dato, semoga Aurora cepat sembuh." Hanya itu jawapan yang sesuai untuk soalan Dato Zaa.

Dato Zaa mengangguk lemah. Dia mengusap kepala Rora, baru dia perasaan rambut Aurora yang berwarna merah gelap itu. Dato Zaa merasa sedikit tidak senang dengan warna rambut seperti itu. Nanti bila Rora dah sedar? Hitamkan balik rambut ni yer sayang. Dia masih mengusap rambut yang sama dengan rambutnya ikal mayang.

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now