DIA berlari sekuat hatinya, tanpa mempedulikan orang yang sedang hairan melihat dirinya yang sedang menangis. Rora bingung ke mana harus dia pergi membawa diri, dia lansung tidak tahu menahu jalan di bandar besar itu. Dengan hidup berkeseorangan diri di Kuala Lumpur sangat sukar untuknya, yang baru menjejakan kaki kesitu.
Rora meneruskan lariannya dia mendekati sekelompok teksi yang sedang parking disitu. Berapa tambang dia? Aku naik teksi nak pegi mana? Dia mengelap air matanya dan merapikan rambut yang serabai. Entah kemana perginya tie hair pemberian Fizul padanya ketika Muttu merentap kuat rambutnya. Rora mengatur langkah ke arah sekumpulan lelaki tua yang sedang berjudi di pondok teksi untuk menunggu penumpang.
"As.. Assalamualaikum.." Sapa Rora gugup.
"Waalaikumsalam, adik nak naik teksi ke?" soal pakcik yang sedang memakai baju putih.
Rora hanya angguk..
"Boleh, nak pegi mana?"
Rora terdiam, matanya dikelip sambil melihat wajah lima lelaki tua di hadapannya. Otaknya berfikir ke mana dia ingin membawa diri yang tidak mempunyai teman itu. Buntu!!
"Adik?" pelik pak cik itu melihat Rora yang diam.
"Err,,"
"Adik baru sampai KL ?" kata seorang pak cik
Rora diam dan memandang kasutnya.
"Meh sini ikut pak cik. Nanti dalam teksi bagi tahu kat mana adik nak pegi yer."
Rora tersentak pabila pak cik itu memeluk bahunya, dengan pantas dia menolak tubuh lelaki berusia itu sehingga, punggungnya mencium jalan raya. Dia berlari meninggalkan sekumpulan lelaki tua itu, sempat dia mendengar makian orang tua itu padanya. Nafasnya tercungap², kering tekaknya asyik berlari dan berlari. Dia menekup perut yang mula berkeroncong kelaparan matahari terpacak di atas kepala, sudah pasti waktu tengah hari itu masa untuk makan.
Dia meliarkan pandangan ingin mencari kedai untuk mengisi perutnya yang kosong dan membasahi tekaknya yang kering. Rora melangkah masuk ke arah kedai yang bernama 7eleven dia menolak pintu kaca itu lalu, melihat benda apa yang dia ingin makan. Dia menyeluk poket dan melihat duit RM1OO pemberian Vee padanya.. Hanya duit itu saja yang dia miliki dia harus berjimat. Rora menguak pintu kaca peti sejuk lalu mengambil sebotol air mineral dan membayar di kaunter.
Rora duduk ditepi kedai itu sambil meneguk rakus air mineral hingga setengah. Dia memandang kosong jalan raya yang dipenuhi dengan kereta yang sedang bergerak ke sana sini. Kat mana lagi aku nak pegi ni? Air matanya menitis lagi, banyak air matanya tumpah di kota itu. Dia dah cenggeng asyik² nangis. Rora mengeluh dia berdiri dan meneruskan lagi perjalanannya seperti musafir yang haus di padang pasir.
Rora merapikan tali beg yang terjatuh di bahu kanannya, rambutnya di kibas ke belakang rimas dengan keringat yang mengalir pada dahi dan lehernya. Dia melihat bangunan berwarna merah yang bertulis KFC terpacak di hadapannya. Dia melangkah kearah tempat itu, ramai orang sedang menjamu selera di situ. Dia berkira² ingin masuk atau tidak, pasti mahal makanan di situ. Rora menelan liur pabila melihat seorang kanak² sedang mengigit paha ayam yang empuk di sebalik dinding kaca. Nafsunya membuak² inginkan daging ayam kesukaannya. Tanpa menunggu lama dia menolak pintu kaca itu dan menarik kerusi untuk menunggu pesanan nya di ambil.
Lima minit berlalu...
Rora cuak bila tiada seorang pun yang mengambil pesanannya. Dia meliarkan pandangan ke arah sekumpulan manusia yang sedang beratur panjang. Apa diorang buat kat situ?? Rora bingung, dia mengangkat pungungnya dan melangkah ke arah manusia yang berbaris di hadapannya. Mulutnya terbentuk O saat melihat seseorang lelaki sedang membawa dulang berisi makanan dari kaunter.
"Hello, miss selamat datang. Makan sini? Atau take away?" sapa gadis itu mesra.
Rora membalas senyuman Hanim, sempat dia membaca nama gadis itu yang tertulis pada name tag nya.
"Ma.. Makan kat sini." Rora kekok first time dia memasuki kedai makan seperti ini.
"Ok, nak pesan apa miss?"
Rora menggaru kepala tanda tidak tahu.
"Saya nak ayam goreng."
"Ok, spicy or original? Nak berapa set?" Kata Hanim pantas.
Rora ketap bibir tidak mengerti. Dia matanya memandang Hanim dan mesin pengira duit bersilih ganti.
"Hah. Ni kat atas semua menu yang ada kat sini, cik pilih lah yang mana cik nak?" Terang Hanim faham dengan situasi gadis itu, dia sudah biasa dengan karenah pelanggan.
Rora mendongakkan kepalanya dan melihat menu yang terkandung di hadapan matanya. Pening dia melihat pelbagai menu di situ. Matanya focus pada harga di setiap set hidangan yang ada di situ.
"Saya nak yang macam tu?" Rora lentikkan jari telunjuknya keatas.
"Chicken rise. Ok nak spicy or original"
"Spicy." mujur dia tahu BI.
Hanim angguk dan membuat pengiraan di mesin kira. Rora tergamam RM 12.56 sen jumlah semua yang dia makan. Mahalnya! Bagi Rora yang miskin. Dia menghulurkan dua puluh ringgit pada Hanim dan membawa makanan ke arah meja. Dek kerana lapar Rora terlupa membasuh tangan, lagipun dia tidak tahu tempat mencuci tangan di mana. Takpe lah sekali sekala. Berselera dia menikmati ayam KFC yang empuk dagingnya itu. Sehingga tiada sikit pun daging ayam yang tertinggal pada tulang ayam itu.
"Ibu. Ibu. Adik nak tu?"
Rora memandang budak kecil yang merenggek manja di sisi ibunya. Dia sebak panggilan ibu itu membuat dia sedih, sama seperti panggilannya pada puan Salmiah. Apa khabar ibu sekarang? Tanpa membasuh tangan dia keluar meninggalkan tempat makan itu. Rora menghambur tangisannya sambil berjalan tanpa hala tuju. Dia membuka beg sandangnya lalu, membuka penutup botol air mineral untuk membasuh tangan.
Dia duduk berehat di lantai bangunan bahagian sisi KFC sambil menangis seorang diri. Hari ini dia sepatutnya menghadirkan diri untuk mendaftar di Universiti namun, semuanya tidak tercapai. Di mana dia ingin tidur hari juga sudah beransur petang. Hari² seterusnya dia harus pergi kemana. Dia menyelongkar isi begnya untuk mencari buku kecil yang tertulis nombor telefon ibu dan Melina. Rora menangis pabila buku itu tiada dengannya. Siapa akan membantu dirinya yang kesusahan itu.
"Ibu..." panggil Rora dalam tangisan.
Kalau bukan kerana Nain hidupnya tidak akan tersiksa seperti ini. Dia sangat menyesal mengikuti lelaki tidak berguna itu. Semenjak peristiwa Nain mencumbuinya hubungan sebagai abang sudah terputus dengan lelaki itu. Dia benci sangat pada lelaki yang memporak perandakan hidupnya. Kemana lagi dia ingin membawa diri ? Tiada seorang pun yang tahu apa yang dia sedang alami ? Rora menangis sepuas puasnya.
"Kakak."
Rora terkejut, bila bahunya di sentuh oleh seseorang. Dia mengangkat wajah yang disembamkan pada lututnya untuk mencari suara kecil yang memanggilnya. Rora mengesat air matanya saat melihat tiga orang budak lelaki yang comot sedang memandangnya.
♡TYSM 4 VOTINGS♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...