52: Wonder girl's.

507 19 0
                                    

HUJUNG MINGGU itu, Rora pergi ke Taekwondo Club bersama² dengan temannya a.k.a Wonder girl's,  yang di beri
nama oleh Giana dan di sokong kuat oleh teman² nya. Sudah sebulan dia mengikuti seni pertahankan diri itu. Oleh kerana, Syamil dan Amm yang Jojo cerita padanya tiada masa untuk mengajar taekwondo lagi, dia mendaftarkan diri di kelab taekwondo yang di cadangkan oleh Steefanya. Mujur Dato Zaa tidak melarangnya untuk mengikuti kelab taekwondo atas alasan sebagai pelindung diri daripada orang jahat kata Rora, dan akhirnya Dato Zaa bersetuju.

Mereka menuju ke bilik persalinan, Rora mengeluarkan sepasang pakaian singlet style jenama adidas. Usai menyalin baju dia mengikat kasut jenama sukan adidas berwarna pink di kakinya yang bersaiz 6 itu. Nasib baik coach di kelab itu perempuan jadi tidak masalah jika dia ingin memakai baju seksi sekali pun.

"Yuhuu!!! Girl's dah siapa ke?" Jerit Steefany pada rakannya yang masih berada di bilik persalinan.

"Aku dah." Jawab Rora lalu, menyimpan baju yang dia pakai tadi, ke dalam beg sandangnya.

"Wei jap². Aku nak ikat rambut." Jerit Jojo dari dalam fitting room.

Mereka berlima melangkah masuk ke dalam bilik studio yang luas dan di penuhi dengan cermin besar di sekeliling dindingnya. Rora dan temannya melakukan pemanasan badan seperti selalu sebelum memulakan latihan yang seterusnya. Rora berdiri dan mengambil tempat dalam barisan bila juru latih yang bernama Vivian sudah mengambil tempat di hadapan mereka.

Kesemua mereka bergerak mengikuti langkah dan gerak badan Vivian. Suara Vivian sangat lantang pabila mengarahkan posisi badan yang seterusnya. Setiap langkah yang di lakukan hendaklah serentak bersama² dengan suara yang sedikit menjerit. Bergema suara 15 orang gadis di dalam bilik latihan itu.

Pada mulanya Rora mengikuti latihan itu? Sakit seluruh tubuhnya sehingga susah untuk dia bergerak. Namun, lama kelamaan badan menjadi ringan dan terbiasa dengan aktiviti yang sering di beri. Hati Rora sedikit berdebar bila Vivian mengarahkan mereka satu lawan satu. Dan yang tak bestnya Vivian akan memilih secara rawak. Lega sedikit Rora bila di beri pasangan dengan Nita. Jika tidak dia terpaksa berhadapan dengan Vivian yang teror itu. Oleh kerana tidak cukup ahli, seseorang perlu berhadapan dengan Vivi.

"Good! Fight! Gia! Fight!" Jerit Vivian memberi tunjuk ajar.

Rora telan liurnya, boleh tahan juga lawan Giana, hingga terbaring Giana olehnya. Mata Rora memerhati gerak geri Lena yang pantas bertindak balas dengan Giana.

"Yeah!!" Jerit Giana tercunggap² dia gembira, menang dalam pertarungan bersama Lena.

"Good Gia. Lena practice more ok babe." Kata Vivian.

"Next Rora and Nita." Jerit Vivian.

Rora menarik nafas nya. Kemudian melangkah ke tengah² untuk berlawan. Dia memijak katil yang lembut berwarna biru dengan hati berdebar. Mujur ada katil jika tidak patah tulang mereka bila bergelut di atas lantai marmar itu. Rora tersenyum sambil berjabat tangan dengan Nita. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya dan  membuka sedikit langkah kakinya serta kedua tangannya di genggam✊.

"Go!" Jerit Vivian.

"Go Rora. Go!! find she's weakness." Jerit Jojo memberi semangat pada Rora.

Mereka bersorak pabila Rora berjaya membaringkan tubuh Nita yang tinggi bagai jala itu ke atas katil. Semakin kuat mereka bersorak pabila Rora bergelut di atas katil bersama² Nita. Rora mengerang kesakitan pada perutnya yang di tumbuk kuat oleh Nita. Senak rasa di perutnya membuat dia lemah untuk melawan.

"Stop! Nita what are done huh! Kita cuma practice saja. Yang you pegi tumbuk kuat kenapa!" Vivian dah marah.

Sakit pula hati Aderina melihat Rora yang menekup perutnya. Dek kerana, hatinya sudah panas dia menuju ke arah Nita lalu, menumbuk perut Nita. Kecoh satu kelab bila Nita dan Aderina berkelahi.

"Ad. Enough!" Fany menarik Aderina dari bergaduh.

"Kau perempuan! Dah berapa lama kita practice kat sini. Tak kan kau tak tahu undang² dalam Kelab ni!" hambur Ad yang masih ingin menumbuk Nita.

"Wei aku saja bagi macam tu, sebab kalau dia fight nanti dia dah biasa bila orang pukul badan dia. Tu aje pun nak kecoh. Dia tu yang lemah!" Nita tidak mahu kalah.

"Sudah²! Haiyah! Apa mau jadi sama lu orang hah! Rora are you okey?"

"Ya, Vivi." Jawab Rora lemah.

"Ok girl's tomorrow we continue this class. Jangan pulak kat luar nanti. Korang fight huh, Ad? Nita?. I'm warning you!" Kata Vivian tegas.

Aderina hanya angguk dan membantu Rora untuk berdiri. Setibanya di bilik persalinan? Rora melihat Nita sedang membasuh muka di sinki. Perlahan² dia mendekati Nita lalu, merentap kuat rambut Nita. Sakit hatinya dengan perempuan itu! Sesuka hati menyerangnya.

"Ouch!! Damn you. Let me go!"

Rora tersenyum senget. Dia menolak kasar tubuh Nita ke dinding. Tanpa membuang masa dia menampar wajah Nita dengan kuat. Dari putih bersih bertukar kepada merah pipi Nita hingga terpusing kepalanya ke sisi dengan penangan Rora.

"Listen here nuts! Kalau aku tak fikir? Kita practice tadi. Dah lama aku bagi calar kat badan kau ni." ujar Rora dengan wajah serius sambil menunding jari telunjuk ke muka Nita.

"Rora. Dah lah, jom kita blah." Fany bimbang jika Rora mencederakan Nita.

Dia sedekahkan jelingan maut pada Nita yang sedang menekup pipinya. Dia berpuas hati dengan perlakuan nya tadi terhadap Nita. Rora melangkah masuk ke kereta Audi putih gading milik Jojo. Selepas kereta berhenti di hadapan Pizza Hut,  dia meminta diri untuk pergi ke tandas. Sambil berjalan Rora menyelongkar begnya untuk mencari telefon bimbit.

"Auw!!!" Adu gadis itu.

Cepat² Rora bangun dari terduduk, dia membantu gadis tadi mengutip buku yang bertaburan akibat tubuh mereka berlanggar.

"I'm sorry cik. Maaf saya.."

Terhenti mulut Rora dari terus berbicara, pabila gadis dihadapan nya itu memanggungkan wajahnya. Tiba² dia berasa sebak! Wajah itu sangat dia rindu kan. Dia terkedu pabila gadis itu mengambil buka dari tangannya dan berkata "takpe☺"  lalu, mengatur langkah meninggalkan nya.

"Mel." Panggil Rora dengan suara bergetar.

"Sorry, cik panggil saya ke tadi?" Soal Mel hairan melihat gadis comel di hadapnnya.

"Kau tak kenal aku Mel😢?" Rora sebak.

Melina menatap wajah Rora. Dari kening hingga ke mata, pipi, bibir dan bila pada dagu yang berlekuk itu. Tiba² dia berasa sebak.

"Rora. Kau ke?" Tanya Mel sambil memegang pipi Rora yang sudah menitiskan air mata.

"Ya Allah! Rora aku rindu kau. Kau pegi mana? Kenapa kau tak daftar U, aku takde kawan sebaik kau kat sana Rora, aku rindu kau."

Hambur Melina dalam tangisan sambil berpelukan dengan Rora. Banyak sangat perubahan yang berlaku pada sahabat karib nya itu. Rora bertambah cantik dengan blause merah jambu dan seluar jeans buat Rora nampak sangat berbeza dengan dahulu.

"Panjang citer dia Mel. Ada masa aku citer semua dengan kau. Aku dah jumpa ibu kandung aku Mel."

"Yeke? Alhamdullilah. Eeiii rindunya aku dengan kau Rora!!!😄."

Mereka berpelukan sakan. Gembira sangat dapat bersua kembali dengan teman lama. Rora membawa Mel masuk ke dalam Pizza Hut, dia ingin kenalkan Mel pada geng wonder girl's nya.

"Korang. Kenalkan Mel, my old friend ☺." Kata Rora ceria.

"Oh hai. Mel! I'm Gia. Tu Jojo, Ad and Fany."

Rora tersenyum senang dengan kehadiran Melina yang senget dan suka berlawak itu. Sudah lama dia tidak bergelak ketawa seperti itu, selepas pulang daripada kampung senyuman Rora sukar untuk di lihat. Dia senyum pun bila perlu saja. Dengan kehadiran Melina bertambah lah ahli wonder girl's nya.
















♡Tysm 4 vote's♡

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now