Selepas 3 bulan menghitung hari, akhirnya hari yang di tunggu² tiba jua. Selepas mendengar berita daripada Melina semalam, bahawa keputusan Spm sudah keluar. Hatinya tidak berhenti dari berdebar, dia risau jika mendapat bad result dalam Spm. Rora mengusutkan rambutnya menggunakan kedua belah tangannya. Tanganya yang mula menyejuk di gosok² untuk mendapatkan haba panas.
"Lah, tak siap lagi?" Soal Puan Salmiah melihat wajah monyok anak daranya.
"Bu, Rora takut lah. Macam mana kalau.. kalau Rora gagal." Kata Rora dengan bibir bawahnya dijiuhkan.
"Hish!! ada ke patut cakap macam tu! gagal ke lulus tawakal aje. Dah pegi bersiap cepat, nanti lama Mel tunggu." Arah puan Salmiah.
"Tapi bu.."
"Takde tapi² ! ibu tak nak dengar Rora cakap sembarangan lagi. Ingat Aurora Zalza kata tu satu doa tau."
"Ibu doakan Rora lulus yer."
"Iya sayang. Apa keputusan Rora dapat nanti, redha aje yer." Puan Salmiah tersenyum pabila melihat Rora mengangguk.
Rora mengambil baju lengan panjang serta serta seluar track suits di sarung ke tubuhnya. Dia menilik wajahnya tanpa secalit make up mahupun produk² kecantikan di hadapan cermin. Dia mengambil bedak Johnson baby lalu di tempek ke mukanya. Selepas mengikat tinggi rambutnya, dia mengatur langkah keluar daripada bilik. Payung yang di gantung di tepi para di capai.
"Ibu.. Rora pegi dulu." Rora cium tangan ibunya.
"Ha'ah lah hati² jalan tu yer." Puan Salmiah mengusap lembut kepala anakanya.
Rora memasang selipar jepun berwarna biru di kakinya, kemudian melangkah ke rumah Mel untuk pergi bersama² ke Sekolah yang sudah tiga bulan mereka tinggalkan.
"Assalamualaikum, Mel.." Laung Rora dari luar rumah.
"Waalaikumsalam, jap Rora jap!"
"Lamanya, kau bermake up eh,"
"Tak aku baru habis makan lah!!!"
"Apa jerit² ni, pegi cepat Rora dah lama tunggu tu." Siddik memarahi Mel.
Rora tersengih melihat Melina kena marah Ayahnya. Kali ini mereka berjalan kaki menuju ke Sekolah, di sebabkan rantai basikal Mel terputus akibat dia mengayuh laju pergi ke kedai. Setelah pulang ke rumah habis Mel kena omel oleh Emak nya. Dan dendanya basikalnya di biarkan rosak.
"Eeii, malasnya aku jalan kaki ni!" Keluh Mel, peluh di dahi sudah memercik.
"Dah kau rosakan basikal kau, sabar je lah, Kata Rora tertawa.
"Bukan segaja ok, tapi excident!" Mel membela diri.
"Mel kau tak takut ke?" Tanya Rora, hatinya kembali berdegup.
"Aish!! aku baru aje tenangkan perasaan aku. Yang kau tanya apasal." Marah Mel sambil menghentak kaki di atas aspal.
"Oh, yeke? sorry?"
"Takpe, kita singgah kedai wak Jabek jap, aku nak beli ais potong, nak untuk sejukkan badan aku dah panas ni."
Mereka meneruskan perjalanan, sambil menikmati ais krim potong perisa Red bean . Mujur payung Rora besar boleh melindungi muka mereka dari terik matahari pada pukul 1O.OO pagi. Mata Rora tertumpu ke arah rumah besar di pinggir jalan. Tiba² dia teringat akan lelaki itu, ke mana agak nya Fizul? sudah kah dia mengambil result? lulus ke dia?
Otaknya mencerna pelbagai soalan mengenai Fizul, dia meraba ikat rambut di kepalanya. Perasaan halus yang tidak di undang mengetuk pintu hatinya. Rindu !
Dari kejahuan bangunan Sekolah sudah kelihatan, hati Rora bergoncang kembali. Semakin dekat semakin kuat hati degupan hatinya. Seram sejuk dia melangkah masuk ke dalam pagar Sekolah. Dia melihat wajah² sahabatnya ada yang gembira, ada yang muram, ada yang menangis dalam ketawa. Hati Rora berdegup kembali seperti, baru habis berlari di padang besar sekolah. Dia mengenggam tangan Mel sejuk ! sama sepertinya. Dengan wajah pucat mereka melangkah masuk ke dalam dewan Sekolah di mana, sesi pengambilan result bertempat di situ.
ANDA SEDANG MEMBACA
PENANGAN wanita !!
De Todo☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...
