Seminggu berlalu...
Wanie mengurangkan suhu penghawa dingin di dalam bilik Aurora. Dia menarik selimut tebal hingga ke paras dada Rora. Kedua tangan Rora di keluarkan daripada selimutnya. Dia mengambil torchlight kecil lalu membuka mata sepet Rora. Dia tersentak pabila anak mata Rora bergerak ke kiri dan ke kanan saat dia menghalakan cahaya torchlight ke mata Rora.
Dengan pantas dia menyimpan torchlight ke atas meja di sisinya. Baru saja dia ingin memeriksa nadi pada tangan Aurora namun, tidak jadi bila dia melihat jari telunjuk Rora terangkat. Wanie berasa gembira itu menandakan Rora sudah pulih daripada Coma."Aurora." Panggil Wanie lembut bila melihat mata Rora sedang berkedip².
Dia mencuba membuka matanya, seluruh tubuhnya sangat lemah sukar untuk dia mengerakkan tubuhnya terasa kebas. Pabila dia membuka mata dia melihat seorang wanita tersenyum pada nya.
"Sa.." Rora menarik oksigen daripada menutupi hidung dan mulutnya.
"Saya kat mana?" Soalnya lemah.
"Kat rumah Dato Zaa, maksud saya kat rumah omma Cik."
Berkerut keningnya mendengar penjelasan Wanie. Dato Zaa? Omma ? Dia memicit kepalanya yang mula berdenyut². Dia terkejut pabila ada seorang wanita masuk ke biliknya sambil menangis.
"Alhamdullilah. Anak omma dah sedar." Dato Zaa memeluk erat tubuh Rora.
Rora terlopong mendengar kata wanita itu. apa?? anak? Aku anak dia? Dia bingung dengan situasi yang berlaku sekarang. Dia memandang wajah wanita itu sudah basah dengan air mata. Dia menolak lembut wanita itu dari terus mencium pipi dan memeluknya.
"Makcik siapa? Kenapa makcik nangis? Apa yang berlaku ni saya.. argh!!!" Rora meraung kesakitan pada kepalanya. Sakit rasanya otaknya untuk berfikir.
Dato Zaa menekup bibirnya kasihan dia melihat keadaan Rora yang sedang menarik rambutnya. Dia mundur setapak untuk memberi ruang pada Wanie memberi suntikan Penenang pada Rora yang sedang meracau.
"Saya kat mana? Saya nak balik😭" Rora dah nangis.
"Rora ini omma sayang. I'm your mother."
Rora terkaku? Dia melihat Dato Zaa yang sedang menangis memandangnya. Baru dia perasaan wajah itu? Seperti pernah dia lihat? Dia menggeleng bila otaknnya tidak mampu untuk berkerja.
"A.. apa mak cik cakap ni? Tolong jangan cakap yang bukan², kepala saya sa..sakit!!😣. " Rora mencengkam rambutnya.
"Dato Zaa, bagi Aurora berehat dulu." Arah Wanie bimbang melihat keadaan Rora.
"Aurora..😢"
Airmata Dato Zaa semakin lebat, sekian lama dia menantikan Aurora sedar tetapi begitu pula jadinya. Mungkin Rora terkejut dengan apa yang berlaku. Salah dia juga terus memberi tahu Rora. Dengan keadaan Rora seperti itu? Sudah pastinya tidak akan mengerti.
"Argh!!!! Argh!!!!"
Rora meraung kesakitan pada belakang kepalanya. Bagai ingin pecah kepalanya pada saat itu, tubuhnya menggigil dan pandangan matanya semakin kabur.
"Ya Allah. Wanie." Dato Zaa panik bila mata Rora kembali tertutup.
"Rora cuma pengsan aje Dato. Badan dia lemah sebab takde makan." Terang Wanie seraya memeriksa nadi di pergelangan Aurora.
"Saya nak panggil Jue kejap."
Dato Zaa melangkah keluar mujur Dr Jue datang ke rumah saat itu. Bukan dia tidak mempercayai Wanie? Dia ingin memastikan betul ke apa yang Wanie katakan itu. Dia takut jika Rora menghidap penyakit yang lain lagi.
"Jue, Rora dah sedar tadi, tapi.." tutur Dato Zaa bagai cacing kepanasan.
"Rora pengsan." Katanya lagi.
"Calm down Zaa. Dah you tunggu kat sini. I pegi check dia k." Ujar Dr Jue lembut ingin menenangkan rakannya.
Tanpa membuang masa dia melangkah masuk kedalam lif untuk ke bilik Rora yang berada di tingkat 3. Setibanya di dalam bilik? Dia mengambil torchlight yang berada di meja kecil lalu, jari telunjuk dan ibu jarinya membuka kelopak mata Aurora. Wanie hanya memerhatikan apa yang di lakukan oleh doktor Jue kerana wanita itu, lebih pakar daripada nya.
"Wanie bagitau Dato Zaa, buatkan Aurora susu dan bubur. Dia lemah sangat ni dah seminggu tak makan."
"Baik Doktor."
Wanie melangkah keluar daripada bilik tidur. Dia menekan butang lif untuk turun ke tingkat 2. Setibanya di tingkat 2 dia menuruni tangga ke bawah sengaja Dato Zaa tidak menggunakan lif pada tingkat 2? Tangga di gunakan untuk excersice katanya.
Selepas memberi tahu pembantu rumah. Dia membuntuti langkah Dato Zaa yang sedang membawa dulang berisi bubur dan Susu ke bilik Aurora. Dato Zaa mengulum senyuman pada Rora yang sedang duduk bersandar di kepala katil.
"Mak cik." Panggil Rora lemah.
"Makan dulu yer."
Teragak² Rora membuka mulutnya untuk menerima bubur ayam masuk ke dalam kerongkongnya. Dia segan melihat tiga wanita di hadapannya itu sedang memandangnya dengan penuh makna.
"Boleh tolong bagitau saya kat mana?" Rora menolak lembut tangan Dato Zaa yang sedang ingin menyuap nya. Lain rasa hatinya pabila dua orang doktor tadi meminta diri dan meninggalkan dia bersama Dato Zaa.
"Habiskan dulu semua ni? Lepas tu saya ceritakan semua nya. Im promise." Kata Dato Zaa sambil mendekatkan sudu yang berisi bubur ke mulut comel Aurora.
Dia mengunyah bubur yang berada di dalam mulutnya seraya matanya meliar di dalam bilik yang cantik dan mewah itu. Mata sepetnya tertumpu ke arah sebuah Frame gambar seorang bayi yang sedang tidur.
"Tu gambar anak saya." Terang Dato Zaa, Seperti mengerti dengan riak wajah Aurora? Dia harus memberi tahu Aurora tentang kebenaran secara perlahan².
"Macam mana saya boleh ada kat sini?" Soal gambar ditolak tepi, tiada masa untuk di mengetahui perkara tersebut.
"Dah seminggu Aurora coma. Sebab kemalangan."
Rora tersentak, ya dia ingat lagi kejadian itu. Masih terasa badannya melayang ke udara.
"Mak cik, ke yang langgar saya?" Soal Rora lagi.
"Maafkan saya. Driver saya tak sempat nak elak. Bila Rora tiba² berlari di tengah² jalan." Dato Zaa risau jika gadis itu marah padannya.
"Kenapa mak cik selamatkan saya? Kenapa makcik bawak saya datang rumah?" Dia takut kejadian di rumah pelacuran berulang kembali.
"Sebenarnya.." Dato Zaa menarik nafasnya kemudian, menyambung semula katanya.
"Aurora Zalza, kamu adalah anak saya. Anak yang saya cari² selama berbelas tahun." Kata Dato Zaa dengan air mata bergenang.
Matanya membulat dia terkaku dengan apa yang sebentar tadi di katakan oleh wanita itu. Adakah semua ini hanyalah mimpi? Tidak sudah pasti ianya realiti. Dia hairan melihat wanita itu menangis sambil menggenggam tangannya. Betulkah apa yang di katakan oleh wanita ini. Aurora inginkan Bukti!!
♡TYSM 4 VOTING♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...