"So how? Dah hantar amoi pegi Jepun?" soal Croco tersenyum senang. Dia mula terbayang duit yang menghujani dirinya.
"Err,, Cr.. Croco. Amoi dah larikan diri." kata Vee takut².
"Wha.. What!!! Shit!!! Oh !! Shit!!!"
Tergejil biji matanya bagai ingin jatuh tergolek di atas lantai. Croco menarik rambutnya, berita yang dia dengari daripada Vee betul² menyemarakan api kemarahannya.
"Macam mana boleh lari hah!!!!" suara Croco meninggi.
Monat menundukkan wajahnya tidak berani bersuara, dia tidak tahu apa yang terjadi pada Vee dan Rora. Lagi pun Croca dah pegang pistol ! Kalau menyampuk confirm dapat hadiah.
"D.. Dia pukul belakang kepala I. Masa kita orang masuk toilet. I tak tahu apa terjadi masa tu i pengsan." Vee membohong.
"Kenapa lu lembik sangat!"
Tanpa belas kasihan dia menaikan lutut tepat menghentam kearah perut Vee. Dia menolak tubuh lansing Vee ke arah dinding simen lalu, mencengkam leher Vee menggunakan tangan kirinya. Matanya sudah di penuhi dengan api kemarahan tanpa memikirkan perbuatan kejamnya itu boleh mengakibatkan Vee tidak bernafas.
"You know what!! Itu amoi haa. Income paling terbesar dalam i punya business! Tapi, disebabkan Lu! Itu duit melayang!!!!!"
Vee menekup dahinya yang terhantuk pada bucu meja, pabila tubuhnya di humban kasar oleh Croco. Dia dapat rasakan cecair panas dari dahinya sudah mengalir ke kening. Membulat mata Vee melihat darah merah di jemarinya. Belum sempat dia menstabilkan diri, Croco menyambung semula perbuatan kejamnya. Vee mengigit bibir bawahnya menahan senak di bahagian perutnya tatkala tendangan bertubi² daripada Croco tepat mengena ke perutnya lagi. Dia mengerang kesakitan di atas lantai dia berasa seperti hancur lumat isi perutnya.
"Cr.. Croco sa..sakit. P.. Please listen my explanations." Vee memeluk kaki Croco.
"No!! I wont !! Listen your fucking explains!!" Tengking Croco sambil merentap rambut Vee. He's a king of cruel!
"Argh!!!!! Croco you hurting me." Vee dah nangis.
Monat tidak tentu arah, dia ingin membantu Vee namun dia takut jika Croco menghentamnya. Dengan badan Crocro yang sado seperti pemain Riesling itu, sudah pasti dia tumbang. Serba salah dia melihat Vee yang sudah terkulai layu di lantai simen dengan bibir berdarah muka Vee sudah membengkak, dan badannya juga lebam² akibat perbuatan kejam lelaki itu.
"Monat. Lu bawa ini Bicth chow dari sini, kalau dia mati? Lu campak bangkai dia pegi sungai, suruh buaya makan." Arah Croco.
Teragak² Monat mengangkat tubuh Vee yang lemah, seperti nyawa² ikan. Dia mencepung tubuh Vee keluar daripada bilik pejabat Croco.
"Oh my god!! Monat what happened?" soal Nony terkejut.
Cepat² dia membantu Monat untuk membaringkan tubuh Vee di atas katil.
"Croco hentam dia, sebab amoi tu dah larikan diri."
"What!" Nony buat² terkejut.
Dalam hatinya meruntun sedih melihat keadaan Vee yang lemah. Tanpa membuang masa dia berlari menuju ke dapur bilik, Nony menuang air panas ke dalam basin kecil lalu dicampurkan dengan air paip. Selepas merendam sapu tangan ke dalam basin dia memerah dan membersihkan darah yang sudah kering pada luka di bibir, pipi dan di dahi Vee kemudian dia menuam ais ke tempat yang lebam.
"Ya ampun! Vee kenapa Nik?" soal Dewi terkejut.
"Croco." kata Nony sebak.
"Oh my!! Dasar buaya! Kenapa si kejam bangat tu anak!" Dewi mengomel.
Kasihan dia melihat Vee yang terbaring lemah.
"Auww!!" adu Vee kesakitan bila ais dituam ke bibirnya.
"Sorry² , aku tak sengaja." kata Nony.
Vee memejamkan matanya, dia tidak berasa menyesal dengan apa yang dia lakukan pada Rora. Dia tidak mahu masa remaja Rora berakhir dengan dunia maksiat. Kalau boleh dia mahu Croco membunuhnya sekali pun, dia tidak kisah Vee tidak tahan hidup di situ lagi.
"Vee. Shussh! Dont cry." pujuk Lucy bila melihat Vee menitiskan air mata.
"Korang tahu tak? Aku dengar Vee kena belasah? Aku terus keluar dari service Dato tadi." kata Lucy lagi.
"Kau giler! Kalau dia report dengan si Crocodile macam mana?" Nony dah risau.
"Do i care. Kalau dia nak bunuh pun, aku tak kisah! Aku dah tak tahan hidup kat sini tahu tak? Setiap hari service lelaki yang entah papeh! Urgh!!" Lucy mengeluh.
Mereka berempat terdiam dan berfikir sejenak tentang hidup mereka. Di sebabkan terdesak mencari duit dan tertipu oleh Zulkarnain mereka terjerumus dengan pelacuran.
"Wei! Korang Nain kena hentam Croco." kata Kay tiba²..
"Biar dia mampus!" Sumpah Dewi.
"Oh god!! Vee look at your self? I dah kata, tak payah bantu budak tu. Tapi? Entah kau tiba² jadi malaikat nak tolong budak tu." perli Kay.
Vee mengangkat jari tengah sambil menutup mata, tanda memberi arahan pada Kay supaya tidak membebel.
"Croco tambah marah, sebab Muttu dah mati."
"Hah??" jawab Lucy dan Dewi serentak.
"Mati pasal?" soal Vee lemah.
"Entah. Mungkin ada kaitan dengan junior dia kot."
"Kuat jugak penangan adik tu yer?" Nony tertawa.
"Hahakk.. Auwww!!!" terhenti tawa Vee bila bibirnya yang luka berdenyut.
Mereka yang tadinya senyap dengan erangan Vee, tertawa kembali pabila mengingati punca kematian Muttu disebabkan penangan Aurora Zalza.
Nain menekup hidungnya terasa macam patah hidungnya, dengan tumbukan Croco sebentar tadi. Cecair panas mula mengalir daripada rongga hidungnya. Sekali lagi tumbukan Croco ingin mendarat ke pipinya namun, sempat Nain mengelak. Dia membalas kembali tumbukan Croco, dia tidak peduli Croco boss ke raja ke ada ku kesah!
Membulat mata Croco tatkala buku lima Nain tepat terkena pada pinggir bibirnya. Dia mengagahkan dirinya untuk bangun dari terjelopok di atas meja. Panas hatinya melihat senyuman sinis pada bibir nipis lelaki itu.
"We are fair." ujar Nain senyum senget pabila cecair merah mengalir dari pinggir bibir Croco.
"Lu mau mati kah hah! Saya mau lu cari itu amoi!! Kalau tidak mau kepala lu hilang." kata Croco dengan nafas turun naik.
"Kalau aku jumpa dia pun? Aku sendiri akan bawa dia pegi jumpa Mr Taka. Duit 1M? will be mine!" Nain tertawa jahat.
"Lu jangan cabar saya hah? Hutang lu sama saya bila mau bayar! Dont play with me Nain. Budak saya banyak, sekarang pun saya boleh suruh diorang potong lu punya kepala." hati Croco dah panas.
"Seriously. I don't care! with you fucking blackmail." kata Nain sambil membuka langkah.
"Kalau saya tidak dapat lu punya kepala. Keluarga lu punya kepala jadi mangsa." tambah Croco lagi.
Nain memberhentikan langkah kakinya. Dia memusingkan tubuhnya menghadap Croco.
"Go ahead! Remember Croco, when i'll report police? You will lose everthings. I repeat? Everthings." Ujar Nain serious sambil kedua tangannya menyeluk kedalam poket seluar.
"Ha..hahahakkk! Lu mau suruh? Itu tiga paku, kasi pakai saya gelang besi dia kah? Hoi !!!"
Croco mendengus geram! Bila bicaranya tidak diendahkan oleh Nain yang sudah melangkah keluar. Dia menumbuk meja untuk melempiaskan rasa geram. Kesal tidak dapat membunuh Nain, kerana Nain lah perniagaannya berjaya. Nain pekerjanya yang cekap dan bijak memanipulasikan keadaan.
#sory 4 the bahasa kasar #
♡TYSM 4 VOTINGS♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...