63: surprise

808 18 0
                                    

Dia menggeliat di atas katil bersaiz king, tangan kiri nya meraba² untuk mencari tubuh suami tercinta. Dia segera membuka mata pabila figura suaminya tiada. Rora mengikat rambutnya lalu, perlahan-lahan menuruni katil. Di saat dia ingin melangkah ke bilik air, matanya terancap pada sesuatu kertas kecil berwarna kuning, yang terlekat pada cermin meja solek. Kaki nya di atur ke arah kertas itu.

Gud morning my ❤ly wife. Cepat mandi dan turun breakfast, i have something special 4 u. Don't tell me, what?
It's surprise.😉

Rora tersenyum membaca tulisan tangan suaminya. Dia melekatkan nota kecil itu kembali ke permukaan cermin. Dia mengusap lembut perutnya yang sudah memboyot di hadapan cermin sambil, membuat inhalation.

Usai mandi Rora, mengambil baju mengandung berwarna kelabu. Rambut basah nya biarkan terurai tanpa di sikat. Dari arah bawah rongga hidungnya menghidu bau buah durian. Dengan cepat dia melangkah untuk mencari dari arah mana bau buah yang sudah lama dia idam² kan itu.

Terlopong Rora melihat isi durian berwarna kuning terhidang di atas meja makan. Tanpa mencari si suami, Rora terus melangkah ke arah meja makan. Baru sahaja dia ingin mengambil isi buah durian yang menyelerakan itu namun, tidak jadi.

"Suprise!!!"

Terhinjut bahu Rora dengan sergahan suara itu. Dia mengurut dada yang laju berdegup akibat terkejut.

"Ibu. Helmeoni, unni. I miss all of you damn much."

Rora memeluk ke tiga wanita itu, dia menghadiakan senyuman kepada Hans Khairi yang sedang mendukung bayi kedua nya. Rora sangat gembira dengan kehadiran mereka. Dia mencium pipi Syarini anak kepada Tengku Yura yang berumur lima tahun. Matanya mencari suami tercinta yang sedang memandangnya sambil tersenyum.

"Nakal!" Rora cubit pipi Amm.

"Ni ke, Suprise abang kata?" Soal Rora.

"Yup. Sayang suka tak?" Jawab Amm sambil menghulurkan segelas susu, Anmum Esenstial pada Rora.

"Suka sangat, Rora nak Durian." kata Rora ceria.

Amm menggelengkan kepala dengan sifat gelojoh isteri nya. Dengan pantas dia menghalang Rora untuk mengambil buah durian itu. Dia ketawa kecil geli hati melihat muka masam Rora. Dari tadi lagi dia perhatikan Rora ingin memakan buah itu.

"Jom sarapan dulu. Then sayang boleh makan buah ni ye." Arah Amm.

"Alah, susu tadi tu. Kira sarapan jugak lah." Kata Rora manja.

Rora menjeling ke arah Amm. Yang menggeleng tanda tidak setuju.

"Rora. Jangan banyak sangat makan buah ni tau, nanti demam." pesan Dato Zaa sambil mengusap lembut kepala anak nya.

Dengan terpaksa Rora menarik bangku lalu, duduk dan menyuap nasi goreng kedalam mulutnya. Dia menjeling pada Amm yang sedang tersenyum manis sambil mengusap lembut kepalanya. Makan punya makan, tiba² bell rumah Villa nya menjerit tanda orang datang. Sapa pulak, datang pukul 9pagi ni. Bisik hati Rora.

"Pegi tengok sayang sapa datang." Arah Amm lembut.

Rora merengus geram dengan Amm yang sepertinya kelihatan pelik pepagi itu. Dengan segera dia membuka pintu rumahnya. Alangkah terkejutnya dia pabila melihat wajah geng wonder girls nya, sedang menjerit sambil terkinja-kinja memeluknya.

"Rora!!!!"

"Ya Allah! Rindunya dengan korang." Dia membalas pelukan temannya.

"Kenapa tak bagi tahu korang nak datang." tanya Rora.

"Laki lau lah suruh kita orang buat surprise." Terang Melina.

Rora, terkejut. Patutlah Amm menyuruhnya untuk membuka pintu. Rupa² nya temannya yang datang ke rumah. Banyak sangat kejutan lah Amm ni. Mereka menyambung kembali sesi  berpelukan ingin melepaskan rindu. Sudah lama rasanya mereka tidak berjumpa.

"Sayang. Don't jumping." Marah Amm lembut pada Rora.

"Yela, Rora ni kau lupa ke? kau tu tengah preggy." Kata Jojo sambil ketawa.

"Hai, girls korang je? Mana couple korang?" Soal Amm.

"Entah, kejap lagi kut diorang datang." Jawab Fany tersipu.

Rora tidak lekang daripada tersenyum, dia gembira sangat dapat berkumpul dengan rakan² dan keluarganya. Dia mencium pipi Amm yang sedang memberinya sepinggan buah durian. Tanpa membuang masa Rora terus menyumbat sebiji buah durian ke dalam mulutnya. Enaknya tidak terkata, sesuatu benda yang sudah lama di idamkan akhirnya dapat juga dia Makan.

Selepas tiga biji dia ngap, Rora berasa sangat puas hati. Perutnya diusap perlahan-lahan, bibirnya mengukir senyuman bahagia rasa nya bila, memberi apa yang diinginkan oleh bayi dalam kandungan nya. Rora mengangkat punggung ke dapur untuk mengambil air kosong. Setibanya di pintu dapur, tiba² dia merasa bahagian pinggang nya mencucuk-cucuk. Bagai ingin putus rasanya pinggang Rora saat itu.

"Argh! Abang! Ibu!" Jerit Rora menahan sakit pada perutnya pula.

"Ya Allah. Rora kenapa?" Amm dah panik.

"Sa..sakit. sakit bang." Adu Rora sambil berpaut pada lengan Amm. Tubuhnya terasa lemah dengan rasa sakit yang dialami.

"Ibu! Helmeoni.!" Jerit Amm.

"Yah! Rora dah nak bersalin ni."

"Mwo! Helmeoni, eotokajie?" Amm haru biru. Dengan keadaan Rora seperti itu, otaknya sukar untuk berfikir.

"Pabo yah! Bawak Rora pegi hospital now! Syafizul Isylam." Tengku Nana menepuk dahinya.

Dengan pantas Amm mengangkat tubuh Rora. Dato Zaa yang sedang keluar daripada tandas terkejut melihat Rora di dalam dukungan Amm.

"Kenapa Rora." Dato Zaa dah risau.

"Cucu Auntie dah nak keluar." Kata Adriena.

"Hah! Ya Allah. Cepat² kunci rumah. Kita pegi hospital." Arah Dato Zaa.

Amm memandu dengan laju, kalau boleh kereta itu terbang dia akan terbangkan hingga ke dalam bilik wad hospital. Kasihan dia mendengar rintihan suara Rora yang sedang meraung kesakitan di atas riba Melina.

"Sayang. Bertahan ok. Kejap lagi kita dah nak sampai."

"Betul tu, istighfar Rora, istighfar." Kata Mel sambil mengusap kepala Rora.

Rora mengigit bibir bawahnya untuk menahan rasa sakit pada perut dan pinggangnya. Dia mengikut apa yang Melina katakan padanya sebentar tadi. Hatinya tidak putus² memanjatkan doa kepada Allah, semoga dia dan bayinya selamat.




Mwo = What
Eotokajie = what we do
Pabo = stupid.

♡Tysm 4 vote♡

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now