Tangan nya ligat menulis di atas kertas jawapan, subjek Sejarah amat dia minati. Jawapan di mindanya berbakul - bakul untuk menjawab soalan tersebut. Ramai yang mengatakan bahawa subjek sejarah itu boring tetapi, bagi nya ia menyeronokan. Kerana, dia dapat mengetahui sejarah kehidupan nenek moyang pada zaman dahulu.
Setelah selesai menjawab, Rora mendepakan tangannya kehadapan untuk merengangkan tangannya yang lenguh akibat terlalu banyak menulis. Lebih kurang 2O minit lagi masa menjawab akan tamat. Dia mengambil masa untuk berehat, dia menongkat dagu di atas meja dengan mulut sedikit muncung. Tiba² dia berasa sedih hari ini, adalah hari terakhir mereka di berada di bangunan Sekolah itu.
Selepas zaman persekolahan tamat, mungkin mereka tidak akan dapat bersua lagi seperti yang sebelum² nya. Rora memerhati sekeliling kelas, sedih rasanya untuk meninggalkan Sekolah, yang banyak memberi kenangan manis dan kenangan pahit kepadanya. Dia akan merindui suasana di sekolah itu.
" Ok, class. times up, stop writing," Arah Cikgu Ferdi.
Tersentak Rora daripada mengenangi saat² terakhir nya berada di situ, Cepat² dia memeriksa kembali kertas jawapannya, kemudian mengikat menggunakan tali putih yang di berikan oleh guru pengawas yang bertugas. Dia menghembus nafas lega, lately berakhir jua perang besar mereka.
" Merdeka ! Merdeka! yeahh!!!" sorak Ikmal gembira.
Kelas menjadi riuh saat peperiksaan Spm sudah tamat. Sorakan kegembiraan, gelak ketawa serta kejar mengejar bersatu di setiap bangunan kelas. Beban di otak sudah menghilang, stress yang di alami semakin berkurangan. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar Tingkatan 5 kini berakhir.
"Wei, cepat. Nah ambil maker pen ni, aku nak korang one by one sign kat baju aku eh." Kata Haris dengan riak muka gembira.
" Bak sini, aku first sign." Kata Fizul merampas maker pen berwarna merah daripada tangan Haris.
Fizul tertawa bukan satu tapi lima sign dia tulis di atas baju Haris. Selain kata² semangat dia juga menulis kata² jiwang di atas kain putih itu. Habis penuh baju Haris, dek kerana 23 pelajar sudah menandatangani bajunya sebagai kenangan. Rora tertawa pabila Haris, menaik - naik kening bila tiba giliranya.
"Sign ! takde sapa yang tak boleh sign." Arah Haris.
"Yela, tapi aku nak sign kat dahi kau boleh?" Gurau Rora.
"Jangan nak mengada eh Rora." Kata Haris cuak.
"Meh sini!!!" jerit Rora pabila Haris lari daripadanya.
Berlaku lah aksi kejar mengejar, Rora mengejar Haris yang sudah bersembunyi di belakang Fizul yang memandangnya dengan penuh makna. Rora gugup dia terkaku di hadapan Fizul, tanpa membuang masa dia mengatur langkah ke arah Mel. Namun, lengannya di paut kasar oleh Fizul membuat tubuhnya hampir terjatuh.
"Kau dah kenapa?" Rora dah naik lemak
"Kau tu yang kenapa? kenapa kau macam, mengelak daripada aku hah?" soal Fizul pada Rora. Hairan dia pada gadis itu, seperti tidak ingin bersua muka dengannya.
"Mana ada. Ee, lepas lah ! nanti orang fikir yang bukan² pulak." Tekan Rora geram.
"Biar lah, itu yang aku nak." Fizul tersenyum.
Tanpa menunggu lama, Rora menarik tangannya daripada. pegangan Fizul dan berlari mendapatkan Haris yang tersengih dengan mulut berbentuk "O" dan kepala di angguk. Kononya faham dengan hubungan Fizul dan Rora. Pantas tangan nya, menurunkan tanda tangan di belakang bahu lelaki bertubuh genit itu.
"Wei, aku nak jugak??" kata Nadia manja, dan menghulurkan maker pen kepada Fizul.
Nadia tersenyum gedik, pabila Fizul menulis sesuatu di lengannya bajunya. Semakin lebar senyuman nya saat membaca perkataan yang di tulis oleh Fizul "Will miss you beauty" . Nadia terloncat² gembira sambil ketawa, berbunga mekar hati nya dengan layanan Fizul.

ANDA SEDANG MEMBACA
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...