Petang itu, mereka mengadakan sesi study group di rumah Aurora. Sedar tak sedar, sudah masuk lima hari mereka menjalani peperiksaan Spm. Kali ini subjek yang betul² mencabar Aurora, subjek yang sangat dia takutkan. Add match! subjek yang memerah otak kanan dan otak kiri nya.
Angin petang yang bertiup sangat nyaman meresap kedalam ronggak pernafasan. Nyaman sekali bila duduk bertiga di atas pangkin yang di lindungi dengan pokok mangga. Fizul tersenyum memandang wajah Rora yang sedang berkerut. Melina pula sibuk menyumbat kerepek ubi ke dalam mulutnya sambil, tangannya ligat bergerak membuat jalan kerja di atas buku latihan.
"Rora, kau tak faham lagi ke?" soal Fizul.
" Ni hah. Otak aku stuck sikit bahagian ni ." Terang Rora muncung.
" Meh sini aku ajar lagi sekali ." Fizul mengambil buku dan pensil di tangan Rora.
Dari tingkap ruang tamu, dia melihat raut wajah serius pemuda bermata sepet itu, yang sedang memberi tunjuk ajar kepada Aurora. Dia amati wajah itu, ingin mencari keikhlasan di dalam diri pemuda itu. Dia risau jika pemuda itu mempunyai niat lain terhadap anak perempuan nya. Salmiah memejamkan mata dan menghembus nafas yang berat. Tatkala kisah silam pada masa dahulu mengimbas kembali di ruangan otaknya.
"Tak semua laki macam tu Miah! nasib kau aje yang malang, dapat suami macam tu."
Hati Salmiah bermonolog sendirian, dia tidak boleh menyamai semua lelaki seperti arwah suaminya. Tidak semua lelaki jahat, dia harus berfikiran positif. Salmiah membawa dulang berisi pisang goreng dan sambal kacang serta teh panas sejug, untuk di beri minum kepada kawan² Aurora. Dia menyimpan dulang keatas pangkin kayu, lalu menuangkan air teh ke dalam cawan.
" Minum, nak ?" Ujar Salmiah sambil menghulurkan secawan teh panas kepada Fizul.
" Makasih, makcik." Fizul tersenyum.
" Waahh!! pisang goreng dan sambal kacang! perghh sedap ni. Bu Miah ." Kata Mel gelojoh.
" Engkau tu semua benda, kau kata sedap! " perli Rora tertawa dengan sifat pencinta makanan temannya, semua benda dia makan kecuali racun katanya.
" Fiz . Makan lah, tak payah malu²." Kata Mel lagi.
" Anak ni, tinggal mana? rasanya macam baru aje, makcik nampak muka kamu ni ?" soal Puan Salmiah pada Fizul, yang berselera menjamah pisang goreng.
" Err, saya tinggal kat area² kampung ni jugak makcik." Kata Fizul gugup.
" Kampung area² tu? kat mana? jauh ke dari sini? puan Salmiah bingung.
" Maksud Fizul tu, dia tinggal kat sekitar kampung ni jugak, bu." Terang Rora tertawa.
" Oh!! ingatkan tu nama kampung Fizul." Puan Salmiah tertawa, sambil memukul paha Rora.
Fizul turut tertawa, melihat sifat ramah ibu Rora. Sifat keibuan yang ada pada Puan Salmiah membuat hatinya, tiba² berasa rindu pada arwah Omma dan Appa nya yang sudah 18 tahun pergi meninggalkan nya.
" Melina Binti Muhammad Siddik ! balik lah nak, dah nak maghrib ni." Laung Mariam di beranda rumahnya.
" Aish,, kejap lagi lah, Mak ni tak sporting lah." Kata Mel dengan muka masam.
" Apa! Miah, kau tolong cubit kan si Mel tu untuk aku. Ee geram pulak! aku dengan budak ni!"
" Balik lah Mel, sebelum Emak kamu nak bertukar, jadi serigala." Arah Puan Salmiah tertawa dengan sikap temannya, anak beranak sama aje, slumber gila!
" Yela, Mel balik dulu, bye Rora, bye Fiz.."
"Bye,," Kata Fizul dan Rora serentak.
" Err, Fiz pun nak balik juga lah makcik, terima kasih pisang goreng nye." Pamit Fizul, sambil mencium tangan bakal mertua. Perasaan!!
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...