Dia tidak mengambil peduli suara Fizul yang sedang mengerang kesakitan. Perbuatan nya terhenti apabila mendengar ketawa besar daripada Fizul. Perlahan² dia memanggung wajah untuk melihat mengapa lelaki itu tertawa. Rora terkejut, melihat Fizul yang sedang ketawa sambil memegang sebelah seliparnya.
"Kau!!!!!!!" Jerit Rora geram, rupa² nya orang dalam kereta itu adalah Fizul.
Rora mengetap gigi geram sangat dengan lelaki itu, maruah nya tercalar! pasti Fizul melihat riak muka nya yang sudah pasti hodoh. Rora sedih memandang lututnya yang luka serta seluarnya yang sudah terkoyak. Berdesing telinganya mendengar ketawa lelaki itu tanpa henti. Dia memandang tajam wajah Fizul, air matanya tidak mampu di bendung lagi. Bila² masa saja akan tumpah.
Terhenti tawa Fizul apabila mendengar bunyi esakan daripada Rora. Fizul mencangkung di hadapan Rora yang sedang meraung dalam tangisan. Seperti budak² yang terjatuh ice cream nya saja gaya Rora nangis. Comel!
"Aku benci kau!! kau tahu tak aku takut jalan sendiri ! tapi? kenapa kau bagi aku takut hah!" Kata Rora dalam tangisan sambil tangannya memukul Fizul.
"Sorry Rora, aku haha.." Tanpa rasa bersalah dia melepaskan tawanya, lucu sangat gaya gadis itu. Macam budak².
"Kenapa kau gelakkkkk!!!!" Jerit Rora sambil teresak².
"Alamak, jangan lah jerit. Nanti orang nampak dah jom aku hantar kau balik." Fizul dah risau bila tangisan Rora semakin kuat.
"Tak nak! aku tak nak ikut kau!" Rora kembali memukul Fizul lagi.
"Rora, sorry okey. Aku mintak maaf."
Fizul memegang pipi Rora menggunakan kedua belah tangannya. Ibu jarinya menjadi tisu untuk mengelap air mata Rora yang kian lebat. Rora terkedu! saat tangan kekar Fizul menyapu lembut wajahnya. Baru dia perasaan wajah Fizul di hadapannya sangat berbeza, rambut botaknya sudah panjang dan berwarna sedikit keperangan. Kenapa Fizul handsome sangat!! argh!!! boleh jatuh jantung bila melihat wajah kacak 3D Fizul di hadapannya. Mata yang di rindui itu di pandang lama, dan entah mengapa air matanya jatuh ke pipi. Nangis lagi!
Fizul panik, dia tak tahu bagaimana untuk memujuk Rora. Sepantas kilat Rora sudah berada di dalam pelukannya. Dia mengusap lembut belakang Rora berharap tangisan gadis itu reda. Lenguh juga kakinya dari tadi duduk mencangkung, namun rasa lenguh itu serta merta hilang pabila, gadis itu di dalam pelukannya. Gatal !!
Hati Rora berdegup laju bagai gegaran gempa bumi berlaku dalam hatinya. Pabila dia berada di dalam pelukan Fizul. Bau wangian Fizul menusuk ke dalam rongga hidungnya. Dia berasa tenang dan selamat di dalam peukan lelaki itu.
"Im sorry Rora, i didn't mean it. Stop crying Jagiyaah ." Kata Fizul romatik di telinga Rora.
Rora menolak tubuh Fizul baru dia tersedar Fizul memeluknya. Darah menyerbu ke mukanya, malu bila Fizul sudah memeluk tubuhnya. Dia mengambil selipar di sisi Fizul lalu berdiri. Argh!! sakit pada lututnya di biarkan, dia meneruskan perjalanan nya untuk pulang ke rumah.
"Rora! meh sini aku hantar kau balik." Fizul mengejar Rora yang jalan terhinjut².
" Tak nak lah, dah nak sampai ni." Rora malu, melihat Fizul.
"Tapi kaki kau tu sakit, sini lah jangan degil!" Marah Fizul.
"Takpe aku..." Tubuhnya melayang, sekelip mata dia sudah berada di dalam dukungan Fizul.
"Fizul, turunkan aku!!! kalau tak aku jerit!!!" ugut Rora sambil memukul dada Fizul.
Tanpa mempedulikan perbuatan Rora, dia mencepung tubuh gadis itu. Kemudian dia menduduk kan Rora di sebelah pemandu. Dia tersenyum bila Rora menjeling nya. Fizul menghidupkan engine keretanya, dia tertawa pabila Rora melekat ke tepi cermin kereta. Macam cicak! Fizul sengaja mendekatkan wajah nya ke arah gadis itu. Rora semakin tidak keruan bau Fizul membuat jantungnya gugur.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...