36: Pengemis

547 11 0
                                    

Seawal pukul 7.OOAM, dia sudah keluar mencari makanan bersama² Mimi dan Lala. Hidupnya seperti pengemis yang merempat di tepi jalan. Wajah Rora tidak terurus dan kelihatan comot dengan, rambut yang mengeras seperti dawai kerana tidak menggunakan sebarang Shompoo mahu pun sabun mandi yang mengakibatkan tubuhnya bau seperti kambing.

Dia tidak pedulikan semua itu lagi, apa yang penting baginya dia sudah bebas daripada Nain. Rora menekup perutnya yang berkeroncong minta di isi sesuatu. Duit yang di berikan Vee padanya sudah habis di gunakan. Di mana lagi dia mahu mencari duit? Ingin berkerja di tolak? kononnya Rora gila. Dengan muka comot dan tak terurus ada ke orang nak terima kerja? Rora mengeluh dengan nasib malang yang sentiasa menimpanya.

Tiada guna keputusan Spmnya yang cemerlang, tiada guna dia menjejakkan kaki ke KL? Tup.. tup begini jadinya. Mungkin Melina sudah mula dengan sesi kuliah. Dia? Masih terkapai² untuk mencapai sesuatu yang entah kalau bisa dia perolehi. Ingin menyesali tiada gunanya nasi dah jadi bubur.

"Kakak! Kat sini ada?" Jerit Lala seronok.

Rora berlari anak ke arah Lala yang sedang membuka tong sampah. Dia tersenyum senang bila melihat tapau berisi mee goreng di telapak tangan Lala. Rora mengambil tapau itu lalu di simpan ke dalam beg plastik untuk di bawa balik dan makan bersama² adik²nya. Rora menyambung lagi aktiviti pencarian makanan mereka di restoran mewah. Dia membuka tong sampah? kosong. Dia sudah sebati dengan bau² sampah makanan basi juga di ngap mereka, jika tak makan akan mati kebuluran.

Terkadang dia menangis dengan ujian Allah padanya. Tersiksa sungguh hidupnya disebabkan lelaki bernafsu binatang, walaupun dia miskin puan Salmiah masih mampu memberi makan dan minum padanya, jauh sekali makanan basi untuk di jamahnya kini? Hanya Tuhan yang mengetahui betapa perit hidupnya.

"Ibu..." Rora seru nama puan Salmiah sambil duduk di hadapan tong sampah dengan air mata yang berlinang.

Cepat² dia menyeka air matanya tatkala terlihat dompet wanita terjatuh, semasa menyimpan ke dalam begnya. Rora berlari ke arah wanita yang kelihatan seperti orang berada. Malangnya kereta yang dinaiki wanita itu sudah bergerak.

"Berhenti ! Berhenti ! Mak cik ! Dompet mak cik !" ujar Rora tercunggap².

Rora melajukan lariannya ingin mengejar kereta mewah di hadapannya. Dia melambaikan tangan sambil menjerit berharap di dengari oleh wanita itu.

"Hussin kenapa budak tu kejar kita?" Soal Dato Zaa pelik.

"Pengemis Dato, memang macam tu."

Dia memandang ke arah gadis itu yang kelihatan seperti sedang ingin berkata sesuatu. Dia risau jika gadis itu membuat perkara yang buruk padanya. Orang sekarang bukan boleh di percaya sangat. Lebih² lagi dia dikenali orang ramai dengan kejayaan diperolehinya, sudah pasti ramai yang ingin menjatuhkannya.

"Ya Allah! Hussin stop the car!" Arah Dato Zaa.

Cepat² dia keluar daripada kereta pabila tubuh gadis itu jatuh mencium jalan raya. Dia mendekati sekujur tubuh yang sedang duduk sambil meniup luka pada lututnya.

"Mak cik, ni dompet mak cik, terjatuh tadi." Kata Rora sambil mencuba untuk bangun daripada duduknya.

Terkedu Dato Zaa seketika, sungguh dia tidak menyangka ada lagi manusia sejujur itu di dunia. Dia amati wajah comot itu, yang terkebil² memandangnya. Kemudian, memandang dompet kulit jenama Prada di tangan Rora. Ya, itu dompetnya hadiah daripada Mama Airis.

"Te.. terima kasih sangat dik," Dia bersyukur dompetnya dipulangkan semula, betapa banyak benda penting di dalam dompet itu.

Rora angguk sambil membalas senyuman wanita itu lalu, mengatur langkah.

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now