Puan Salmiah, hanya mampu melihat figura Aurora, yang sedang berlari keluar dari Majlis perkahwinan. Apa yang harus dia lakukan? dia takut jika Aurora Zalza meninggalkannya setelah memberi tahu perkara yang sebenar. Sudah sekian lama dia menyimpan rahsia di dalam hati namun, akhirnya terbongkar jua rahsia itu.
"Eh'eh! kurang ajar lah budak tu, orang tua belum habis makan dah nak balik." kata Ramlah dengan mata di jegilkan.
" Kau! mulut kau memang biadap kan!"
" Yam. Jangan! Malu kat orang tu. Aku balik dulu." Tutur Salmiah sebak.
" Mak apa sebenarnya yang berlaku ?" Melina bengang.
Mariam hanya berdiam diri, biar kedua anak beranak itu selesaikan hal mereka. Bila semuanya tenang pasti Rora akan beritahu jua pada Melina. Dia melihat Salmiah sedang bersalaman dengan ibu bapa pengantin, sebelum pulang ke rumah.
Puan Salmiah melajukan langkah kakinya, dia risaukan Rora jika tidak pulang ke rumah. Kolam matanya sudah di penuhi dengan air mata , dia yakin pasti Rora akan marah dan membencinya bila semua rahsia terbongkar. Sedikit lega hati si ibu melihat sepasang selipar jepun di bawah tangga. Cepat² dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Rora.." panggil Salmiah sebak.
" Rora dengar cakap ibu dulu nak, Rora jangan salah faham dengan apa yang Ramlah cakap tadi."
Dia menekup belakang tangannya ke mulut, tangisanya semakin lebat tatkala mendengar pujukan lembut dari ibunya. Dia bersandar pada pintu bilik sambil teresak², mengapa semua perkara sangat mencurigakan. Sudah tentu dia akan syak yang bukan².
"Aurora. Buka pintu ni nak. Ibu nak cakap dengan kamu." Salmiah mengetuk pintu bilik.
Salmiah panik pabila mendengar esakan Rora dari dalam bilik. Dia terkulai layu di samping pintu, tidak sanggup rasanya mendengar tangisan anaknya. Air mata wanita itu merembes laju menuruni pipinya yang mula kelihatan garis² halus. Dia menarik nafas mencari kekuatan untuk bercerita hal yang sebenar. Mahu atau tidak dia harus membongkar rahsia yang bertahun lama dia sembunyikan daripad Rora. Dia harus menerima hakikat bahawa Aurora Zalza bukan anak kandung nya.
"Rora. Maafkan ibu. Ibu yang salah dalam hal ni." Salmiah mula membuka cerita.
Hatinya berdebar! pabila mendengar bait² butir bicara dari ibunya. Maaf ? kenapa ibu mintak maaf? jangan² aku, betul² anak kakak ibu :'(
"Ibu takde siapa² kat dunia ni nak? kamu tahu kan ibu anak yatim piatu? ibu.." Salmiah menarik nafas nya. Terasa perit untuk menjelaskan hakikat yang sebenar.
" Sebenarnya Rora bukan anak kandung ibu."
Rora tergamam bagai ada letusan gunung berapi di dalam hatinya. Sungguh dia tidak menyangka, mati² dia berfikir puan Salmiah adalah keluarga kandungnya. Terlalu sakit untuk dia menerima kenyataan itu.
"Tapi. Ibu dah anggap Rora macam anak kandung ibu, sebab itu, ibu tak bagi tahu Rora. Maafkan ibu, ibu yang salah." Kata Salmiah dengan air mata yang membasahi pipi.
"Jadi Rora anak siapa!" tekan Rora. Sakit hati dengan sifat ibunya yang suka berahsia.
Cepat² dia berdiri pabila melihat Rora sedang berdiri di depan pintu. Pilu hatinya melihat wajah sembam Rora, mata dan hidungnya sudah memerah.
" Maafkan ibu nak.."
Tersentak Salmiah bila Rora menepis tangannya, dia ingin memeluk tubuh anaknya itu. Salmiah meraung memanggil nama Rora bila anaknya berlari keluar daripada rumah. Dia ingin mengejar Rora namun, terhenti bila dia melihat Rora pergi ke rumah Melina. Dia tidak ingin menganggu Rora, mungkin Rora inginkan ruang untuk bersendiri.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...