22: Outing day's

393 10 0
                                    

AURORA ZALZA , menilik tubuhnya di hadapan cermin. Dari satu baju ke satu baju dia pasang ke tubuh mamun, dia tidak berkenan. Baju Tshirt coklat di pasang ke tubuhnya, dia mengeleng tidak berkenan lagi dengan baju yang sudah pudar warna nya itu. Dia mengeluh entah baju apa yang hendak dia pakai, ke semua bajunya tiada yang sesuai di pakai untuk pergi ke berjalan² bersama Nain.



Tok !! Tookk!! tookkk!!!


"Rora dah siap ke ?" soal Nain sambil mengetuk bilik adiknya.

Rora tersentak laju saja kakinya mengatur langkah ke arah pintu. Dia jegulkan sedikit wajahnya di sisi pintu bilik.

"Lah! tak siap lagi?" Nain hairan melihat Rora yang masih memakai baju rumah dan kain batik.

" Err, abang . Rora tak nak ikut lah, Rora takde baju yang elok." Kata Rora lemah.

" Mana baju yang aku bagi kau? pakai tu aje dengan jeans." Nain bagi cadangan.

" Ya Allah! iya tak ye jugak! kejap eh." Rora memukul dahi nya terlupa tentang baju pemberian Nain. Pelupa ! 

Dengan cepat dia menyarungkan baju pink ke tubuhnya serta seluar jeans. Rora menempek bedak ke wajahnya, dia menyisir rambut ikalnya kemudian di sanggul tinggi. Spontan ikatan rambutnya terlepas saat dia ingin mengambil tie hair pemberian Fizul padanya. Rora mengeluh mengapa dia sering mengingati lelaki itu.

"Rora!!"

"Ye bang, dah siap dah."

Dia tersedar dari memikirkan Fizul bila Nain memanggilnya. Cepat² dia mengikat tinggi rambutnya. Lalu melangkah keluar daripada bilik. Dia menunggu Nain di pangkin rumah yang sedang bercakap di talifon dengan puan Salmiah. Rora mengambil gadget Lenovo berwarna hitam milik Nain lalu di tekap ke telinganya. Puan Salmiah ingin bercakap dengannya kata Nain.

" Hello," tutur Rora sopan

"Rora jalan elok² tau, jangan pisah dengan abang kamu."

"Ye, ibu. Rora dah masak untuk tengah hari tu. Nanti ibu balik, ibu makan eh?" Tutur Rora.

"Yela, jaga diri tu ye nak."

"Ok bos, ada apa² ibu nak pesan tak? abang Nain tanya."

" Nanti lah ibu sms, Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam bu."

Rora tersenyum sambil menghulur telefon bimbit kepada Nain. Selepas Nain mengunci rumah dia menuju ke bawah kolong rumah, berkerut kening Rora melihatnya. Dia terlopong melihat Nain, yang sedang mengeluarkan motorsikal dari bawah rumah. Baru dia perasaan bawah kolong rumah itu ada stor kecil yang memuatkan motorsikal jenama Ex5 Dream berwarna merah yang sudah pudar sedikit warnanya.

"Motor siapa ni?" soal Rora terkejut.

" Motor arwah Ayah, dah jom." Kata Nain tersenyum sambil mengelap habuk pada tempat duduk motor Kapchai itu.

"Kenapa Rora tak pernah nampak sebelum ni. Stor ni pun Rora tak perasan. Ingatkan kandang ayam ke apa?" Rora tertawa.

"Mata kau kan sepet, memang lah !" Nain mengusik Rora sambil menghulurkan helmet pada adiknya.

Dia tertawa melihat Rora yang sedang terkial² untuk memasang klip helmet.

"Patut lah tak muat, sanggul tu tinggi sangat." Ujar Nain tertawa.

" Heehh!" Rora sengih kemudian melepaskan ikatan sanggulnya. Dia meletak tie hair di pergelangan tangannya. Kemudian memasang semula helmet berwarna oren di kepalanya.

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now