15 TAHUN BERLALU..
Dia mengeliat di atas katil kempis miliknya, Rora mengerang kesakitan apabila bahagian pingang nya berasa ngilu. Dia kerling jam di dinding bilik sudah pukul 4.30 pagi. Dengan pantas dia terus bangun ingin menyiapkan bekal untuk Puan Salmiah. Rora merapikan rambut ikal nya yang tengah serabai. Lalu dia melangkah ke dapur. Rora tersenyum melihat Puan Salmiah menjeling kepadanya. Tentu ibunya merajuk kerana dia terlambat bangun untuk menyiapkan bekal.
"Good morning ibu." Sapa Rora sambil memeluk erat tubuh kurus ibunya.
"Amboi, semenjak dah Sekolah ni, dah pandai cakap omputeh dengan ibu. Mo.. Apa Rora cakap tadi?"
"Morning lah bu, maksud dia selamat pagi?" Rora tertawa.
"Yelah, ni kalau Rora pegi Sekolah elok - elok tau. Bekal kamu ibu dah simpan kat atas para tu." Ujar Salmiah sambil menjerang air di dalam termos.
"Ibu, sakit lah bahagian pingang dan perut Rora ni." Adu Rora dengan kening berkerut dan mulut di muncungkan. Manja!
"Bak sini, ibu sapu minyak angin." Arah Puan Salmiah sambil membuka penutup minyak cap Kapak.
"Eei! bu.. ada darah lah kat seluar Rora." Ujar Rora terkejut, dengan air mata yang berlinang. Takut!
"Kenapa nangis. Anak ibu dah datang bulan rupanya." Ujar Puan Salmiah tertawa, dia juga pernah mengalami rasa takut seperti Rora apabila pertama kali datang bulan.
"Hah! ibu macam mana ni, dah lah pad takde? kalau bocor kat Sekolah macam mana, ahh.. malunya!!" Rora menutup mukanya menggunakan kedua belah tangan, kini dia bergelar gadis dan bukan lagi kanak - kanak.
"Takpe, Rora pakai kain aje. Sebelum pegi Sekolah singgah kat kedai depan tu beli pad ya." Kata Puan Salmiah sambil membuka almari untuk mencari kain untuk di jadikan pad.
"Apa! Eeii, Rora malu lah bu." Kata Rora dengan muka monyok.
"Ya Allah! budak ni. nak malu apa nyer! semua pompuan kat dunia ni datang bulan tau. Kecuali pondan." Jawab Puan Salmiah, mereka sama - sama tertawa.
"Hee, yelah. Ibu hati - hati keja tau." Rora menghantar ibunya ke muka pintu.
"Ha'ah, Rora tu belajar rajin - rajin, tutup semua tingkap dan pintu kalau pegi Sekolah ya nak." Ujar Salmiah mencium pipi putih Aurora yang sudah 15 tahun hidup bersamanya.
Seperti biasa dia melihat figura ibunya bersama mak Yam yang jalan bersama - sama ke tempat kerja. Dia tersenyum melihat Puan Salmiah yang melambaikan tangan kepadanya di halaman rumah. Rora terkocoh - kocoh ke bilik air, apabila jam sudah menunjukan pukul 5.30 pagi.
Dia berjalan terkedek - kedek tidak selesa dengan kain yang berada di celah kelangkang nya. Maklom lah first day period. Beg sandang di buka lalu, dia memasukkan bekal yang di sediakan oleh Puan Salmiah untuk nya. Usai mengunci pintu, dia mengatur langkah ke rumah Melina temannya dari kecil hingga lah mereka bersekolah.
"Assalamualaikum, Mel!!" sahut Rora dari luar rumah.
"Waalaikumsalam, eh. Rora masuk lah dulu, si Melina tengah bersiap tu." Kata Muna makcik kepada Melina.
Rora membuka kasut putih jenama Sport yang tersarung di kakinya, kemudia dia melabuhkan punggung di beranda rumah Melina. Dia menongkat dagu sambil mengerling pandangan ke arah seberang jalan raya untuk menghilangkan rasa bosan menunggu Melina selesai bersiap.
"Woi! termenung aje kerja kau!" Sergah Melina terkekeh apabila melihat bahu Rora terhinjut.
"Mel!!!" Marah Rora sambil mengurut dadanya.
"Dah jom jalan, Kak Muna.. Mel jalan dulu.. Bye!"
"Terus pegi Sekolah tau! jangan melencong pulak!" Arah Muna sambil bercekak pingang.
Selain ada Sekolah, masjid, dan Klinik, Balai Polis turut di sediakan untuk penduduk kampung di kampung Felda Medoi. Melina melajukan kayuhan basikalnya, Rora di belakang nya pula, sedang bernyanyi - nyanyi kecil setiap kali mereka pergi ke Sekolah. Naik bosan Melina mendengarnya setiap hari lagu yang sama aje di nyanyi oleh temannya itu. Lagu Kuch Kuch Hota Hai, mana tak nya temannya itu peminat tegar cerita Bollywood.
"Mel, singgah kat kedai runcit boleh." Pinta Rora sambil menarik baju Melina.
"Okey, adik manis." Balas Melina dengan slang Tamil.
Aurora tertawa dengan sifat happy go lucky Melina, mereka sekeluarga memang suka buat lawak. Setiap kali dia ke rumah Melina untuk mengulang kaji pelajaran, ada saja idea lawak daripada Melina, kalau tak pun dari Abah atau emak Melina. Tak kering gusi, asyik tayang gigi aje di buatnya.
"Mel, teman lah aku masuk. Aku malu lah." Kata Rora dengan muka minta simpati.
"Malu? biasanya kau tak mintak aku teman pun. Ke kau ada hati dengan Wak Jabik. tu yang kau malu an.. an?" Mood menyakat Melina is on.
"Waklu! kau ingat aku feeling." Rora merajuk. Adakah patut, Wak Jabik kerepot, tauke kedai runcit tu di pasangkan dengan aku!
"Hahak!! so tell me? why you so shy?" Tutur Melina dengan muka poyo. Speaking bagai!
"Aku, datang haid. Aku nak beli pad." Bisik Rora malu - malu.
"Apa!! kau.."
"Jangan lah bising. Ishhhh!! nanti orang dengar lah" Marah Rora sambil menekup mulut Melina yang terjerit akibat terkejut.
"Opss! hee.. sorry dah jom kita pegi." Melina tersengih.
Rora mengaru kepala nya yang diikat ekor kuda menggunakan getah berwarna hitam. Bingung dia melihat pelbagai jenis tuala wanita di hadapannya. Di kerlingnya Melina tengah sibuk bercerita dengan Nek Limah isteri kepada Wak Jabek. Bengang dia dengan sifat friendly temannya itu, tidak mengira usia janji bernyawa, semua di ajaknya bercerita.
"Apa?" Ujar Melina sambil menaikan sebelah keningnya, apabila melihat Rora menghayun tangan memanggilnya.
"Aku tak tahu nak pilih mana lah, kau kan dah lalui benda ni?" Terang Rora dengan muka berkerut.
"Ambil yang ni, hah ada wings." Melina menghulurkan tuala wanita jenama Kotek kepada Rora.
"Wings? pad pun ada wings ke?" soal Rora blur. Macam tu lah situasinya bila takde siblings pompuan. Tak tahu menahu bila mengalami haid.
"Hisyh!! nanti lah aku explain." Serabut Melina dengan Rora. Banyak tanya sangat!
"Pegi lah bayar." Mel tolak tubuh Rora
"Ee,, kau lah Mel, aku malu." Rora tolak tubuh Mel..
"Kamu berdua ni dah kenapa?" Soal Wak Jabek pelik, melihat adegan tolak menolak di antara Melina dan Aurora.
Dengan terpaksa Rora mengatur langkah ke kaunter, dia teragak - agak meletak tuala wanita di atas meja kaunter. Dia merasa darahnya menyerbu ke muka, apabila Wak Jabek tanpa segan mengambil tuala wanita lalu di isi ke dalam plastik hitam. Malu!! Melina meneruskan kayuhan basikalnya menuju ke Sekolah. Usai mengunci basikal nya, mereka berdua mengatur langkah ke kelas untuk menyimpan beg. Kemudian mereka berlalu ke tandas.
"Mel macam mana nak guna benda ni?" Teriak Rora dari dalam tandas.
"Kau lekat aje, kan dia ada pelekat kat belakang tu." Terang Mel sambil bercermin di hadapan sinki.
Kedengaran lonceng berbunyi tanda kelas akan bermula. Kelas yang tadinya riuh rendah bertukar menjadi senyap, apabila cikgu Muhammad masuk ke kelas bersama seorang pelajar lelaki.
"Wei, budak baru.." Jerit Nadia gedik, berbisik dengan teman sebelahnya.
Tett!!!
Pic tu? konon² nyer, Rora tengah tengok Ibu dia.
C u in next Chapy Beybeh:-*♡Tqsm 4 VOTING♡
![](https://img.wattpad.com/cover/65451786-288-k568212.jpg)
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
عشوائي☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...