Kini masanya telah tiba, Aurora Zalza sedang di dandan oleh dua orang juru solek yang berdarah Cina di dalam bilik hotel. Dia menurut saja apa yang di arahkan pada nya. Dia memejamkan mata saat Michelle menyapu lembut berus make up ke kelopak matanya.
Selepas melukis tipis eyeliner berwarna hitam di garisan mata sepet Rora. Dia memasang bulu mata palsu yang tidak terlalu lebat ke mata Aurora agar kelihatan sedikit besar matanya. Berair mata Rora pabila kanta lekap berwarna hitam di pasang ke dalam matanya.
"Haiyah. Jangan nangis amoi. Habis rosak you punya make up." Ujar Yie tertawa.
"Aduh! Mata saya pedih lah." Kata Rora sambil mengibas -gibas tangan kanan ke wajahnya. Dan di sambut gelak ketawa oleh dua wanita itu.
Disaat dia membuka mata, terkejut beruk dia melihat wajahnya yang terpantul di dalam cermin. Mukanya sedikit berlainan nampak macam cantik sangat lah. Agak perasan Rora di situ!
Dia melihat dari cermin apa yang di lakukan oleh Michelle yang sedang menyapu blusher berwarna soft pink pada pipi mulusnya. Dia mengetap bibir untuk meratakan gincu berwarna pink yang di oles pada bibir comelnya."Stand up. Pakai baju ni." Arah Yie.
Rora membuka bath robe berwarna merun dari tubuhnya. Dia menyarungkan dress putih bersih ke tubuhnya, yang sedikit jarang pada bahagian bahu hingga ke lengan nya. Pada bahagian pingang baju itu pula, tidak terlalu kembang serta labuh hingga menyeret di atas lantai. Yie membantu menaikan zip untuk menutup kulit putih belakang nya yang terdedah. Rora menekup mulut dengan kedua tangan! dia teruja, Cantik sangat baju itu dah macam Snow white saja dia pada saat itu. Perasan lagi!
"Woah! You look beautiful amoi." Puji Yie.
"Thanks. Can you call me Rora. I don't like, you call me amoi ". Arah Rora. Panggilan itu membuat dia teringat akan lelaki durjana, yang pernah memanggilnya sama seperti itu.
"Oh. Sure². I'm sorry." Yie memeluk bahu Rora sambil tersengih.
Rora hanya membalas dengan senyuman. Dia duduk semula di atas bangku bila diarahkan oleh Michelle. Kini rambut ikal paras rusuknya pula akan di dandan. Michelle menyisir rambut Rora yang keperangan itu. Dia mencapai tie hair yang di hiasi dengan mutiara putih lalu, mengikat rambut panjang itu tidak terlalu tinggi seperti ekor kuda. Rambut di bahagian depan Rora sedikit di juntaikan lalu, cekak rambut yang di hiasi dengan mutiara berkilau di sematkan di kepalanya.
"Ops! Michelle you forget this." Kata Yie sambil menghulurkan subang berbentuk rama² yang di hiasi sama dengan cekak rambut Rora.
"Haiyah. How i can forget about that." Michelle menepuk dahinya. Sambil memasang subang ke telinga Rora.
"Ok done!" Michelle menepuk tangannya sambil tersenyum puas.
"Wah!! Thanks sis it's simple but nice. I'll really like it." Puji Rora sambil menilik wajahnya di hadapan cermin yang terpantul sekujur tubuhnya.
"Thank god, you like it Aurora. Oh ya. You stay here, before Dato Zaa come ok." Arah Yie sambil mengemas barang solek yang di gunakan tadi.
Rora mengangguk kepala, dia menilik semula tubuhnya sambil, tersenyum gembira bila pintu biliknya sudah di tutup rapat oleh dua wanita itu. Dia mengambil kotak yang berada di atas katil, ternganga mulutnya bila melihat sepasang kasut putih gading, setinggi 4 inci yang di penuhi dengan mutiara serta permata putih berkilau yang berada di dalam kotak berwarna hijau. Tanpa membuang masa dia menyarungkan high hills itu ke kakinya.
"Wah! Cantiknya anak ibu." Puji Dato Zaa yang tampil anggun dengan jubah putih yang di hiasi manik² berwarna hitam pada pinggang serta pergelangan tangan, dan di padankan lagi dengan shawl hitam.
"Yela. Cantiknya kau Rora. Like angel at heaven." Kata Mel terlebih puji. Yang sedang memakai dress hitam berjalur putih.
"Ish dah lah puji². Kembang hidung Rora nanti." Rora tertawa.
"Dah jom sayang. Kita turun ke bawah." Mel dan Dato Zaa turut ketawa.
Dengan berhati² Rora melangkah keluar daripada bilik bersama² Mel dan ibunya. Setibanya di bilik yang tidak terlalu besar yang dibuat khas, untuk menyembunyikan Rora. Dapat dia dengari bunyi muzik serta suara riuh rendah tetamu ibunya. Dia berasa sangat² berdebar pasti orang di luar sana ramai dan di kalangan orang² ternama.
"Mel jaga Rora kat sini yer sayang. Auntie Zaa nak pegi kat dalam dulu."
"Ok auntie Zaa."
"Mel aku nervous!" Kata Rora sambil menggosok kedua belah tangan nya.
"Istighfar. And ingat apa yang ibu kau dah ajar." Pesan Mel.
Rora mengangguk dan menghela nafas gemuruh. Dan seketika dia mendengar emcee majlis sedang berucap dan memanggil nama Dato Zaa untuk memulakan majlis. Dia turut menepuk tangan bersama Melina pabila mendengar bunyi tepukan sedang bergema. Di sebabkan bilik rahsia itu berdekatan dengan majlis tersebut dia dapat mendengar dengan jelas apa yang sedang berlaku pada saat itu.
"Assalamualaikum and good night. Thank you, to all of you for coming in my party. Actually, in this party? I want celebrate birthday someone's." Ujar Dato Zaa sambil tersenyum manis.
Semua tetamu sedang focus memandang ke arah Dato Zaa yang sedang berucap di atas pentas. Ada yang sedang berbisik² mungkin ingin mengetahui siapakah gerangan yang di maksudkan oleh wanita itu. Aurora pula di dalam bilik rahsia sudah tidak senang duduk, bagai cacaing kepanasan. Hatinya semakin kuat berdebar pabila, Sue mengarahkan nya untuk bersedia sebentar lagi tirai di hadapannya akan di buka. Melina menyapu lembut belakang Rora berharap dapat mengurangkan rasa gemuruh teman nya.
"Today and this night. I want introduce to you the birthday girls? Actually, She is my daughter and the one only my heirs."
Rora semakin berdebar, dapat dia mendengar Kata tetamu Yang sedang menyebut "Hah!!" secara serentak. Bagai ingin gugur jantungnya pasti para tetamu sangat terkejut. Dia kini berdiri di hadapan stage yang di tutupi dengan tirai berwarna hitam di sekeliling nya.
"Ladies and gentleman, I'll introduce to you, my beloved daughter. Aurora zalza."
Semua mata tertumpu pada tirai yang perlahan-lahan di naik kan. Rora menarik dan menghembus nafas dengan laju, semakin menaik tirai tersebut hingga ke paras pinggang nya. Semakin kuat juga debaran di dadanya. Dia mengulum senyuman gemuruh sambil mengangkat tangan pabila, tirai sudah ternaik habis. Sakit matanya dengan flash lampu camera daripada wartawan yang sedang berkerumun di hadapannya untuk mengambil gambar.
Aurora Zalza, Aurora Zalza, Aurora Zalza... bergema nama itu menampar halwa telinga nya. Gelas minuman yang berisi Vanila blue di tangan nya? Hampir saja terjatuh saat mendengar nama itu di laung. Hatinya berdebar laju, nama itu sudah berkurun lama tidak dia dengari. Dengan pantas Amm berdiri daripada tempat duduknya. Muka hairan daripada wajah teman² serta Tengku Yura dan Tengku Nana tidak dia hiraukan. Dia ingin melihat wajah itu? Namun, tidak dapat dia melihat kerana gadis itu masih di kerumuni oleh wartawan. Who's that girls??
♡Tysm 4 votings♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...