Selepas menjadi isteri kepada Tengku Syafizul Isylam. Dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa, sengaja dia tidak mengambil orang gaji di Villa milik Amm itu. Kerana, dia ingin menyediakan keperluan suami nya dengan sendiri. Selepas berkahwin Amm lah yang mengambil ahli untuk mengendalikan urusan di dalam syarikat. Sesekali dia akan pergi menjenguk syarikat miliknya.
Seawal pukul 7.OO pagi, Rora sudah tercegat di dapur untuk memasak bubur ayam buat Amm. Kasihan suaminya itu, baru sebulan mereka berkahwin Amm jatuh sakit. Demam nya sudah tiga hari tidak kebah. Bila di ajak suaminya itu pergi ke klinik kesihatan? Taknak lah demam biasa je ni kata Amm.
Risau juga Rora bila Amm asyik muntah², pucat dan tidak bermaya. Kalau setakat demam biasa pasti cepat sembuh. Dato Zaa kata mungkin Rora mengandung tapi mustahil sebab Rora tak mengalami alahan.
Usai menhidang bubur serta susu ke dalam talam. Dia memanjat anak tangga untuk ke bilik tidur. Dia tersenyum melihat wajah tenang Amm yang masih tidur. Dia meletakkan talam di atas meja di sisinya. Tangan kanan Rora di bawa ke dahi Amm, untuk memeriksa sama ada demam Amm sudah kebah. Rora mengeluh bila demam panas suaminya tidak menurun.
Rambut Amm diusap lembut dengan penuh kasih sayang. Masih terasa lagi kenangan bersama Amm sewaktu berbulan madu ke Paris French. Itu adalah detik² yang sangat² berharga kepadanya. Masih terasa lagi kehangatan bibir Amm semasa mengucup nya, di bawah Eiffel Tower yang di penuhi dengan lampu yang membuat bangunan itu kelihatan sangat cantik. Sememangnya kota Paris adalah tempat yang sesuai bagi mereka yang sedang hangat bercinta.
"Sayang."
Rora tersentak, bila Amm memanggil namanya. Semua kenangan ber bulan madu terbang bila Amm, terkocoh² untuk bangun daripada katil. Rora mengusap lembut belakang suaminya yang sedang muntah. Air mata yang di tahan menitis jua ahkirnya, bila melihat keadaan suami tersayang seperti itu.
"Abang. Kita pegi klinik jom." Arah Rora risau sambil membantu Amm untuk duduk di sofa.
"Abang ok. Sayang jangan risau." Kata Amm tersenyum lemah.
"Abang ni degil tahu! Termasuk ni dah tiga kali abang muntah. Abang tahu tak Rora risau." Rora dah nangis.
"Sayang hei. Abang tak suka lah, tengok sayang nangis macam ni. Abang ok lah, cuma pening sikit je."
"Orang bawak pegi klinik tak nak. Hmm!" Rora menjeling geram!
"Apa sayang ni, abang demam pun masih nak merajuk. Meh sini dia abang nak peluk." pujuk Amm sambil menarik Rora ke dalam pelukkan nya.
Rora membalas pelukan Amm. Dia melingkari pinggang Amm, dan Amm pula memeluk erat bahunya. Rajuk Rora terubat, Amm memang pandai memujuk. Rora mengeliat kegelian bila tepi lehernya di kucup Amm bertalu².
"Ya Allah! Bubur abang." Rora menepuk dahinya bila teringat akan bubur ayam untuk Amm.
"Tak nak Bubur, nak ni?" Kata Amm manja sambil menunjuk bibir Rora.
"Ei! Abang ni demam² pun gatal jugak eh." Rora pura² marah bila Amm menyentuh bibirnya.
Amm merengek manja bila Rora, mengelengkan kepala tanda tidak mahu.
"Nope! Makan bubur dulu." Arah Rora tegas.
"Nope! Kiss first then eat."
"Abang!"
"Sayang!"
Rora merengus geram, dia menyilangkan tangan ke dadanya tanda tidak puas hati. Dia tidak mempedulikan Amm yang sedang memejuk nya.
"Hish! Yela². Mana bubur nya."
Rora tersenyum kemenangan, dia segera mengambil bubur kemudian, menyuap suami manja nya. Dia ketawa geli hati nya melihat Amm yang sedang muncung. Taknpuas hati lah tu! Gembira sangat dia selera Amm sudah kembali hingga, licin bubur di dalam mangkuk di ngap oleh Amm.
Amm memerhati saja perbuatan Rora yang sedang menuang air kosong ke tangannya lalu, di lap ke bibir Amm yang baru selesai makan. Dia menggenggam lembut tangan Rora yang masih mengelap bibirnya menggunakan tisu.
"Thanks sayang. Sebab dah jaga abang."
"Apa abang cakap macam tu. Mesti lah Rora kena jaga abang. Abang kan my lovely husband." Jawab Rora sambil mengusap pipi Amm.
Rora memejamkan mata saat Amm mengucup lembut bibir nya. Kulit Amm yang panas menghangatkan lagi sentuhan yang penuh rasa cinta itu. Dia memeluk leher Amm seperti tidak ingin melepaskan kucupan hangat daripada suami tersayang nya itu.
"Sayang, meh naik sini, abang sejuk lah."
"Hah?"
Merah muka Rora bila Amm mengarah nya untuk naik ke atas badan suaminya. Lama Rora memandang wajah pucat suaminya, berkira² ingin naik atau tidak. spontan malam pertama bersama Amm berlegar-legar di kotak fikiran nya. Rasa malu menyerbu ke dalam diri nya.
"Meh lah, naik sini." Amm menarik lembut tangan isteri nya.
Dengan terpaksa Rora merebahkan tubuhnya di atas tubuh Amm. Rora memejamkan mata nya bila tangan Amm meraba setiap inci tubuhnya. Dia memberanikan diri untuk melihat wajah Amm, terpempan dia melihat Amm yang sedang menutup mata namun, tangannya tidak diam daripada meraba belakang Rora. Sabar je lah dapat suami macam ni.
"Abang!" Tekan Rora, bila tangan Amm ingin membuka kancing pakaian dalam nya."Hmm."
"Abang kan demam, tak larat. Berehat lah ye."
"Kalau benda macam ni? Abang larat."
Amm ketawa bila Rora menumbuk dadanya. Dia membuka mata bila Rora bangun dari atas badan nya. Dia memandang hairan Rora yang sedang membuka laci meja solek dan membawa kotak segi empat tepat ke arah nya sambil tersenyum penuh makna.
"Apa ni?" Soal Amm hairan.
"Just open it." Arah Rora.
Amm bangun daripada baring lalu, bersandar pada kepala katil yang bersaiz king. Dia menarik riben berwarna pink kemudian, membuka kotak berwarna coklat itu. Berkerut dahinya bila melihat benda berwarna putih seperti termometer di dalam kotak itu.
"Explain?" Kata Amm lembut.
"Lah. Abang tak tahu ke, benda ni?"
Rora monyok bila melihat Amm mengelengkan kepala. Dia ingin merajuk tetapi, tak jadi bila melihat Amm masih memandang untuk menagih jawapan. Tidak sampai hati rasanya kalau tidak memberitahu suami nya itu.
"Ni pregnant test." Kata Rora dengan nada merajuk.
"Oh." Jawab Amm lalu, memasukkan semula Pregnant test itu ke dalam kotak.
Baru saja dia ingin merajuk tetapi tidak jadi bila Amm bertanya kembali.
"A..apa! Pregnant test? Sayang Pregnant ke?" Soal Amm teruja.
"Ye abang. Baru lima minggu." Rora tertawa.
"And Abang, akan jadi future Appa lah ni!"
"Ha'ah. Abang perasaan tak? Kenapa abang sakit dan muntah²."
"Yela. Kenapa abang tak perasaan semuanya. But it's ok, abang just nak cakap? abang happy sangat²."
Rora ketawa bahagia bila Amm menarik Rora kedalam pelukan nya. Selepas membuat ujian air kencing dari rumah, dalam diam dia pergi berjumpa dengan auntie Jue. Sengaja dia merahsiakan perkara itu daripada Amm dan keluarga nya. Nak surprise katanya. Sedangkan Amm sudah melonjak gembira, apatah lagi kalau ibu dan keluarga mertuanya tahu tentang berita itu? Sudah pasti mereka akan senyum sampai ke telinga.
♡Tysm 4 vote♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...