Dua tahun berlalu..
Dia melihat tubuhnya yang terpantul pada cermin besar di meja solek nya. Baju mini kot berwarna soft pink di sarung ke tubuhnya, serta seluar slack yang sama warna dengan baju nya.
Rambut panjang paras pinggang nya, dibiarkan terlepas. Dia mencapai beg tangan jenama Gucci lalu, masuk ke dalam lif untuk turun bersarapan.
"Morning bu." Sapa Rora ceria.
"Morning to sayang. Macam mana office ok?" Tanya Dato Zaa sambil menghulurkan sepinggan roti canai pada Rora.
"So far ok bu, cuma Rora busy sikit dengan projek hotel kat Singapore. Ada orang tu, dah resign, terpaksa lah Rora yang selesaikan semua."
Dato Zaa ketawa, dia tahu Rora sedang memerlinya. Semenjak Rora sudah tamat belajar, dia terus latih Rora tentang cara-cara untuk menguruskan Syarikat mereka. Atas didikan yang dia berikan pada Rora. Sudah masuk setahun anak daranya itu menguruskan projek perhotelan mereka.
"Rora." Panggil Dato Zaa.
"Ye bu." Lain macam aje muka Dato Zaa, buat Rora berdebar.
"Semalam, Tengku Nana call ibu."
"Dah lah, bu Rora nak pegi keja dulu yer."
Sengaja dia memotong perbicaraan Dato Zaa. Dia pasti jika Tengku Nana menelefon itu bermaksud bertanya akan, jawapan Rora tentang lamaran Amm.
"Aurora. Listen to me. Masuk ni dah tiga kali Amm nak lamar Rora. Jangan buat orang macam ni sayang. Tak baik." Dato Zaa memujuk.
"Rora dah cakap kan bu, Rora tak nak."
Isu yang dibincangkan oleh Dato Zaa itu, buat dia rasa bad mood. Amm tak habis² dengan lamaran dia. Nak lari daripada mereka tapi, susah. Syarikat Amm adalah shares terbesar di dalam Syarikat mereka. Jadi setiap hari dia asyik bertembung dengan Amm untuk berbincang mengenai projek yang berada di Singapura.
"Ibu tahu apa Rora cakap tu tak betul. You mouth says no. But your heart says yes. I know it Rora. You my daughter. "
Rora mengeluh. Dia memandang Roti canai yang ranggup tanpa selera. Betul apa kata Dato Zaa, sebenarnya dia cintakan Amm tapi, dia takut jika Amm melakukan perkara yang sama seperti arwah ayahnya dulu.
"Ro.. Rora takut bu. Rora susah nak percaya dengan kata² manis lelaki." Kata Rora lemah.
"Tak semua lelaki macam tu sayang. For example? Hah Tengku Yura, look dah tiga tahun pun usia perkahwinan diorang." Dato Zaa ingin menyakinkan anak nya.
"Abang Hans tu lain. Rora akui dia lelaki yang baik. Tapi Amm? Hurm, entah lah."
"Rora dah lama kenal dengan Amm kan. Rora nilai sendiri lah Amm tu jenis macam mana?"
"Nanti lah bu." Jawab Rora tidak berminat.
"Rora lelaki ni sifat ego dia tinggi tau. Jarang sekali berlaku, lelaki datang melamar sebanyak tiga kali, walaupun lamaran tu di tolak."
"Maksud ibu? Amm tu good man? Macam tu?" Rora ketawa sinis.
"Betul. Semenjak peristiwa pahit yang berlaku pada ibu dulu. Buat ibu kenal sangat dengan perangai lelaki. He's a good husband for you Rora. Trust me."
"Tapi bu."
"Takpe, take you time to think about this things ok. Dah pegi keja nanti lambat."
"Hurm.. Rora jalan dulu."
"Hati² sayang." Pesan Dato Zaa sambil mencium pipi Rora.
Sepanjang perjalanan pergi ke tempat kerja. Dia asyik terfikir apa yang dikatakan oleh Dato Zaa pada nya. Kasihan juga Amm, dah buat macam² cara untuk menambat hati Rora. Meski pun, Ella sudah memberi tahu tentang hubungan mereka hanya lah kawan. Dan itu sangat mengembirakan Aurora. Tapi, dia takut jika Amm tidak ikhlas. Apa yang patut dia lakukan sekarang ni😥.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...