"Ya Allah! Hussin! Awas!!!" Jerit Dato Zaa.
Dato Zaa panik, dia menekup dahi yang terhantuk pada bucu bangku tempat duduk di hadapannya. Dia melihat Hussin mengerang kesakitan pada dadanya akibat terkena stereng tatkala brek di tekan dengan mengejut.
"Ya Allah. Dato! Bukan salah saya, dia tiba² berlari." Hussin dah mengelabah.
Tanpa menunggu lama dia keluar daripada perut kereta, lalu meluruh ke arah Rora dia pasti gadis tadi akan cedera teruk akibat, hentakan daripada kereta.
"Astagahfirullah Al-azim. Allahu akhbar!! Ya Allah."
Mengucap panjang Dato Zaa melihat sekujur tubuh yang terkulai layu di hadapan keretanya. Selepas mengarahkan Hussin untuk memundurkan sedikit kereta kebelakang, dia memalingkan wajah gadis itu untuk menghadapnya. Alangkah terkejutnya dia saat melihat wajah gadis itu, dia lah yang memulangkan dompetnya pada pagi tadi.
"Hu.. Hussin. Da.. darah.." kata Dato Zaa gugup.
Tapak tangan Dato Zaa yang berlumuran darah terketar², memangku tubuh Rora di ribanya. Dia tidak mempedulikan orang ramai yang berkerumun melihatnya, dia pasti diantara mereka yang berada disitu. Sedang menangkap gambarnya untuk dijadikan bahan gosip. Biarlah orang nak kata apa?
"Ya Allah Dato!." Hussin panik pabila melihat baju Dato Zaa terkena darah daripada kepala Rora.
"Call ambulance please!!!" Jerit Dato Zaa.
Dia tidak tahan melihat darah yang semakin banyak keluar daripada belakang kepala Rora. Dia takut dengan darah merah yang semakin banyak membasahi seluar slacknya. Lega hatinya bila mendengar bunyi sirens ambulance semakin dekat menghampiri mereka.
Dia memandang lemah tubuh Rora yang diangkat oleh dua orang lelaki ke dalam Van ambulans. Bila dia terpandang darah di atas jalan raya dan pada bajunya dia merasa ingin pitam. Dia takut dengan darah, sebab itu dia tidak mahu menjadi Doktor.
"Hussin, sa..saya."
"Ya Allah! Dato."
Hussin mencempung tubuh Dato Zaa yang rebah ke dalam pelukan nya kedalam kereta. Dia membaringkan tubuh Dato Zaa ketempat duduk bahagian belakang. Selepas menghidupkan engin kereta, dia memecut laju ke arah Hospital Besar Kuala Lumpur.
Mata bundarnya dikebil², cahaya lampu membuat matanya terpejam kembali. Dato Zaa memicit kepalanya yang terasa berdenyut².
"Puan. Nak minum apa² ke?" Soal Fatin sambil membantu Dato Zaa duduk. Alabgkah terkejutnya dia pabila mendapat panggilan daripada Hussin majikannya sedang pengsan.
"Erm.. macam mana dengan budak tu, Fatin."
"Hussin yang urus puan, nanti saya tanya dia. Puan Zaa berehat lah dulu yer."
"Takpe, saya nak jumpa doktor Julia dulu." Dato Zaa menyelak selimut lalu turun daripada katil.
Fatin akur dengan arahan majikannya, dia memapah tubuh Dato Zaa untuk turun daripada katil. Fatin membawa Dato Zaa ke arah ward di mana Rora sedang di rawat. Dia menekup mulutnya menggunakan tangan kanan, Dia terkejut bila melihat perkataan ICU di muka pintu bilik hospital.
"Hussin teruk ke?" Soal Dato Zaa bimbang.
"Saya tak tahu Dato, dah setengah jam saya kat sini, doktor belum keluar lagi."
Dato Zaa mundar-mandir di hadapan pintu icu, dia bimbang akan gadis itu jika meninggal. Apa yang harus dia lakukan jika keluarga gadis itu menuntut gantirugi dengan menghantarnya ke penjara.
"Julia." Panggil Dato Zaa pada temannya apa bila pintu wad di kuak.
"Patient kehilangan banyak darah. She's need blood donation immediately." Terang Julia tenang.
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...