Seawal jam 4 subuh, Salmiah sudah terpacak di dapur memasak bekal untuknya serta menyediakan susu untuk Aurora. Dia bersyukur Boss ladang tidak melarangnya, walaupun dia membawa Aurora bersama - sama ke tempat kerja.
"Alala, selamat pagi! anak ibu dah bangun ya." Sapa ibu tertawa melihatku, dengan mata membulat aku memandangnya sambil jari ku sumbat ke dalam mulut.
Salmiah mengangkat tubuh Aurora menuju ke bilik air. Dia memasukan tangan nya ke dalam basin yang berisi air suam. Kemudian, dia mengambil gelas kecil lalu menyiram tubuh kecil Aurora yang berada di dalam basin kosong. Shampo Emeron di usap lembut ke kepala Aurora, Di sebabkan Salmiah belum gaji dia terpaksa memakaikan Aurora shampoo orang dewasa, mujur tidak gugur rambut Aurora.
Dia membalut tubuh Aurora menggunakan tuala kemudian, tubuh Aurora di letakan ke dalam sarung batik yang sudah di ikat kemas di tubuhnya. Beg kain di sangkut ke bahunya, selepas mengunci rumah dia mengatur langkah ke rumah Mariam yang tidak jauh daripada rumah kediamannya.
"Assalamualaikum, Yam oh Yam?" Panggil Salmiah sambil duduk di tangga kayu.
"Waalaikumsalam, Miah naik lah dulu. Lagi pun baru pukul 4 setengah ni." Pelawa Mariam pada temannya.
Salmiah membuka kasut Boot's getah paras betisnya lalu mengatur langkah ke dalam rumah separuh batu dan kayu milik Mariam. Siddik suami Mariam berkerja sebagai Mandor ladang, sebab itu hidup Mariam sedikit senang berbanding denganya.
"Kau ada tengok berita semalam?" Soal Mariam sambil menghayun buaian Melina yang masih tidur.
"Aku nak tengok macam mana? kalau tv kat rumah aku tu hah dah rosak." Kata Salmiah tertawa, hanya radio buruk sahaja yang memberi hiburan kepadanya.
"Lah, aku terlupa pulak. Ni kau tahu berita semalam aku rasa ada kaitan dengan si Rora ni." Tutur Mariam serius.
"Pa.. pasal apa Yam?" berdebar hatinya untuk mengetahui cerita Mariam. Kepala Rora di usap lembut.
"Macam ni, Berita semalam tu cakap, ada kereta kemalangan berhampiran dengan lereng bukit, tempat yang kita jumpa Rora ni."
Salmiah beristighfar panjang, terkejut dengan cerita yang di dengarinya daripada Mariam. Dia simpati dengan nasib anak angkatnya itu.
"Kau tahu tak? bapak bayi ni orang kaya. Dia berpangkat Dato. kilang kayu kat Malaysia tu, rupanya dia punya kilang."
"Jadi? diorang selamat ke?" Tanya Salmiah teragak - agak. Dia risau jika keluarga Aurora mencarinya kembali. Dia sudah jatuh sayang kepada Aurora.
"Hisyh!! kau ni, kalau kemalangan kereta terbalik, hidup lagi ke Miah. Mungkin si Rora ni terjatuh ke tempat kerja kita. Nasib baik kau jumpa dia, kalau tak? tinggal kat rumah anak yatim lah jawabnya si Rora ni." Tambah Mariam lagi.
"Kesiannya nasib Rora ni, aku tak tahu nak bagi tahu bila dia besar nanti, mesti dia tanya - tanya aku." Ujar Salmiah risau.
"Tu lah pasal, nanti keluarga Cina dia, cari budak ni macam mana?" Soal Mariam dengan muka risau.
"A..apa? Cina! setahu aku dalam surat beranak Rora, bapak budak ni Orang Korea dan beragama islam?" Soal Salmiah blur
"Iya tak iya jugak. Jadi Dato tu? apa pulak kaitan dengan Rora." Jawab Mariam blur. Sambil mengaru kepalanya yang di baluti dengan anak tudung.
"Dah lah, nanti kita cerita lagi, jom pegi keja." Pening Salmiah memikirkan hal Aurora, di kerlingnya Aurora yang sudah terlena di dalam dukungannya. Air matanya mencucuk di tubir mata. Simpati dengan nasib malang yang menimpa anaknya.
Selepas mengarahkan Muna untuk menjaga Melina, adik kepada suaminya mereka mengatur langkah ke tempat kerja. Geram Mariam dengan rakanya itu yang enggan meninggalkan Aurora di rumahnya untuk di jaga oleh Muna. Risau nanti Rora nangis? risau nanti Rora meragam? Sebenarnya Mariam kasihan melihat Rora yang terkena cahaya terik matahari apabila mereka berkerja.
Seperti biasa kerja memungut biji kelapa sawit sedang mereka lakukan. Kali ini mereka bertiga di dalam satu blok. Salmiah tidak peduli dengan segelintir sahabatnya yang sering menyindir dia bersama Aurora. Betulkah ke ni anak adik kau? Ke kau beli budak ni? semua kata - kata rakannya di telan saja. Begitu lah agaknya fikiran orang yang tidak pernah bersekolah. Sempit! Dia bersyukur walaupun hanya tingkatan 3 saja di bersekolah itu sudah cukup baginya.
Dia membuka sarung tangan daripada tangannya lalu mengambil botol susu dan di suakan ke dalam mulut Rora yang nyaring menangis. Walaupun, hanya susu tin pekat dan bubur yang menjadi santapan Rora namun, berat badannya tidak pernah susut. Salmiah mendodoikan Rora sambil memukul lembut punggung bayi itu agar tertidur semula.
"Menyusahkan aje budak tu! baik kau tak payah keja lah. Kau jaga aje budak tu." Ujar Ramlah menjeling Salmiah.
"Kau buat aje lah kau." Balas Salmiah tidak mahu bergaduh, sambil menyarung kembali sarung tangannya.
"Kenapa adik kau tak jaga anak dia, ni mesti kes anak luar nikah ni." Tambah Ramlah lagi tidak puas hati.
"Kau kenapa Ramlah, suka sangat jaga tepi kain orang. Kau jangan! tu anak perempuan kau banyak. Jangan sampai anak kau yang jadi macam tu. Hukum karma tu ada." Hambur Mariam sakit hati dengan Ramlah yang suka bergosip.
Salmiah hanya berdiam diri saja, apabila Ramlah mencebik. hatinya sedih apabila adiknya di kaitkan dalam hal mereka. Entah dia ada adik beradik ke takde, dia tidak tahu. Hakikatnya dia hanya anak yatim piatu yang di tinggalkan di depan pagar rumah anak yatim. Sehingga sekarang dia tidak mengetahui siapa yang meninggalkan nya, Umi Zaidah ketua di rumah anak yatim, pun tidak tahu tentang hal itu. Hanya Mariam saja yang mengetahui bagaimana keperitan hidupnnya. Sebab itu, dia ingin melindungi Aurora dan memberi sepenuh kasih sayang kepada anaknya itu. Dia sudah mengalami kehidupan seperti Aurora.
"Yam, aku takut. Kalau Rora dah besar nanti, dia tanya - tanya aku pasal diri dia, macam mana?" Ujar Salmiah ada garis risau di wajahnya wanita itu.
"Mahu atau tidak Miah, kau kena citer jugak pada Rora siapa diri dia yang sebenarnya." Mariam tersenyum melihat Rora yang sedang lena di dalam dakapan temannya.
"Kalau dia lari daripada aku macam mana? aku dah sayang sangat kat budak ni?" Tutur Salmiah sedih.
"Apa boleh buat Miah, kalau dia nak cari siapa keluarga kandung dia? kita tak boleh halang itu hak dia. Aku yakin budak Rora ni, tak kan tinggalkan kau." Pujuk Mariam menenangkan temannya.
"Hurm.. harap - harap macam tu lah." Kata Salmiah mengeluh.
"Dah lah citer pasal ni, tu hah! kau tengok si Ramlah gosip dah datang, buat macam biasa aje. Jom kita makan." Ujar Mariam sambil memuncungkan mulut ke arah Ramlah yang datang dengan bekal makanannya.
Salmiah mengangguk sambil tersenyum hambar. Dia harus bersedia jika Aurora pergi meninggalkan nya, dia harus redha jika perkara itu berlaku pada suatu hari nanti.
♡Tqsm 4 VOTING'S♡
YOU ARE READING
PENANGAN wanita !!
Random☜Anyeong!! this my 2nd novel after #Mrs Right☜ Aurora Zalza, seorang gadis yang berhati tisu & terlalu naif kerana membesar di Kampung. Hatinya mula berdendam! apabila hidupnya terumbang ambing di sebabkan oleh lelaki. Akhirnya, Aurora Zalza berubah...