28: Intermission ͡° ͜ʖ ͡°

394 11 0
                                    

Aurora Zalza mengemas baju di dalam bilik. Sebentar lagi dia kan pergi ke bandar Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran. Terasa berat kakinya untuk meninggalkan puan Salmiah berkeseorangan di rumah. Namun, apakan daya tanggungjawab sebagai seorang penuntut ilmu harus di laksanakan.

Hanya lima pasang baju dan tiga pasang seluar saja yang dia bawa ke Universiti. Selebihnya dia tinggalkan di rumah kerana sudah lusuh. Peralatan tulis yang masih boleh digunakan di isi ke dalam beg sandangnya. Usai mengemas dia mengangkat keluar beg bajunya.

"Dah kemas semua nya?" soal Nain.

Rora angguk lalu melangkah semula ke bilik.

"Adik, kau tak payah lah bawa baju banyak. Nanti sampai KL aku belikan baju."

Rora memusingkan kepalanya dan mengangguk lemah. Entah mengapa hatinya tidak berasa gembira, padahal hari itu lah yang dia nanti² kan. Mungkin dia sedih berpisah buat pertama kali dengan ibu? Mungkin dia tidak semangat sebab Melina sudah pergi dahulu darinya. Melina senang ada banyak keluarga kat KL. Aku? Hanya ada abang Nain je..

"Belikan adik kamu, baju kurung Nain." Arah puan Salmiah, kasihan anaknya itu hanya tiga pasang baju kurung saja yang  Rora ada.

"Yer ibu, jangan risau." Kata Nain sambil menyuap mee goreng ke dalam mulutnya.

"Rora mandi dulu."

"Yela, pegi cepat. pastu sarapan."

Puan Salmiah menahan air matanya daripada mengalir, sedih rasanya dia melihat beg pakaian Rora. Pasti dia berasa sunyi seorang diri tinggal di rumah, makan sendiri semua nya pasti sendiri. Takpe yang penting anak aku berjaya, dia menghembus nafas lemah. Kemudian melangkah masuk ke biliknya untuk bersiap.

Usai mandi dia mengambil baju Cotton lengan panjang berwarna biru di atas para. Seluar Slack berjalur merah dan putih di sarung ke tubuhnya. Dia memandang lama bilik bujangnya pasti dia akan merindui bilik itu. Matanya terancap pada Amro, tiba² hatinya palu rasa sebak. Dia menarik nafas dan memejamkan matanya untuk membuang rasa sedih yang membelenggu di dada.

"Rora meh sarapan."

Dia mendekati ibunya dan duduk di sisi puan Salmiah. Dia melentokkan kepala ke bahu puan Salmiah.

"Hei,, kenapa ni?" soal si ibu lembut.

Air matanya sudah memenuhi kolam mata, dia tidak mampu membendung lagi. Akhirnya air matanya tumpah tatkala puan Salmiah mengusap kepalanya.

"Jangan sedih² sayang. Rora kan nak pegi belajar, kalau cuti bawa abang Nain pulang lawat ibu yer."

Dia menyembamkan wajah ke bahu puan Salmiah sambil menangis.

"Alah,, adik ni. No nangis² lah.  Lama² kau akan biasa. Dulu aku pun macam kau jugak." Giliran si abang memujuk.

"Betul kata abang kamu tu," puan Salmiah mengiakan kata anaknya. Padahal dia juga ingin menangis sama, namun dia menahan air mata dari tumpah, risau nanti Rora bertambah sedih.

"Dah lah nangis, meh makan." Nain menyuakan mee goreng ke mulut comel Rora.

Dia membuka mulut dan mengunyah lemah mee goreng sambil menarik narik hingus.

Kini tiba masanya telah tiba, dia menyarungkan kasut style Kung fu kekakinya. Dia menunggu puan Salmiah yang sedang mengunci rumah. Rora mengatur langkah ke kereta Navara pakcik Siddik. Dia memandang rumah usang yang sudah 18 tahun dia diami. Sudah pasti dia akan merindukan rumah itu. Rindukan suasana kampung. Rindukan semuanya!

Setibanya di airport, dia keluar daripada perut kereta. Air matanya jatuh satu persatu, saat Nain berkata mereka akan bertolak.

"Ibu.." Rora dah nangis.

"Yer, sayang. Rora jaga diri yer nak? Ingat semua pesan ibu."

Rora memeluk erat tubuh puan Salmiah, tidak sanggup rasanya berpisah.

"Rora, pegi lah nak. Mel kan ada kat sana jugak." pujuk Mariam pula.

"Betul tu, nanti cuti datang lah sini. Rora jangan risau, kami akan jaga ibu kamu." Kata Siddik berharap dapat memujuk Rora.

Perlahan lahan dia meleraikan pelukannya pada tubuh puan Salmiah.

"Ibu, jaga diri tau? Jaga makan, jaga kesihatan yer." katanya sambil mencium pipi ibunya.

Puan Salmiah hanya angguk, matanya digenangi dengan air mata.

"Ibu tolong jaga kan bunga Rora yer. Rora pe.. Pegi dulu." berat rasa lidahnya saat menuturkan perkataan "pergi"

"Nain jaga adik kamu nak." kata puan Salmiah sebak.

Dia mencium tangan puan Salmiah buat kali terakhir, selepas dia berada di Universiti mungkin dia tidak dapat mencium tangan itu lagi. Dengan langkah berat dia membuntuti langkah Zulkarnain menuju ke kaunter tiket. Dia menoleh ke belakang, sayu hatinya melihat ibunya yang sedang menangis di dalam dakapan makcik Mariam.

Rora tersentak saat Nain menarik tangan, dia berkira² untuk melangkah masuk menuju ke lapangan terbang. Air matanya mencurah curah jatuh pabila puan Salmiah melambaikan tangan padanya. Rora mengetap bibirnya sambil membalas lambaian tangan ibunya. Puan Salmiah terkedu, semakin lama bayangan Rora semakin menghilang di sebalik pintu kaca. Lindungi anak² ku, ya Allah.. Semoga mereka selamat tiba ke KL.. Bisik hatinya sedih, dia risau dengan kes beberapa buah Kapal terbang Malaysia yang hilang, akan terjadi pada anak² nya.

Dia memandang kosong sisi tingkap kapal terbang yang masih mendarat. Rora memeluk beg sandang yang berada di atas ribanya. Air matanya tidak berhenti daripada menitis. Hilang seketika rasa terujanya buat pertama kali menaiki kapal terbang akibat sedih.

"Nah minum ni?" alangkah terkejut Nain melihat adiknya masih menangis.

"Sudah lah perempuan! Malu tahu tak, orang tengok kau tengah sobbing macam ni!" tekan Nain geram.

Rora tersentak, dengan tutur bicara Nain. Rasa gerun menyelubungi dirinya mendengar suara garang Nain. Cepat² dia menyeka air matanya lalu, meneguk jus oren di sisinya yang diberikan oleh Nain. Bimbang jika lelaki itu memarahinnya.

Saat kapal terbang mula bergerak, Rora berdebar dia mengenggam kuat tepi tempat duduknya. Dia berasa gayat pabila kapal sudah berada di udara. Spontan dia memeluk tangan Nain sambil menangis.

"Hish!! Apa ni! Buat malu je, orang tengok tahu tak!" marah Nain bila tidurnya terganggu.

"Rora ta.. Takut bang." kata Rora menahan tangisan.

"Kau duduk diam² je lah. Itu pun nak takut!"

Dia tergamam sudah tiga kali Nain berkata kasar dengannya. Perlahan lahan dia melepaskan pegangan tangannya dari lengan Nain. Rora menundukkan wajah beristighfar untuk menghilangkan rasa gerun di dalam dirinya. Kenapa abang kasar dengan aku? Abang tak macam ni pun kalau di rumah? Air matanya bertakung kembali.

Nain tersenyum senang, dengan sifat lemah Aurora Zalza. Sangat mudah untuknya menjalankan misi. Gadis itu terlalu naif dan mudah diperbodohkan. Dia memejamkan mata untuk menghilangkan rasa kantuk, tanpa memujuk Rora yang masih bersedih. Lantak kau lah, nak nangis darah sekalipun. Aku tak akan pujuk! Aku tak pandai nak pujuk² orang, lebih² lagi perempuan!








♡TYSM 4 VOTE♡

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now