12: Nervous

426 12 0
                                    

Selepas menyiapkan bekal ibunya, Rora mengatur langkah ke bilik mandi. Dari semalaman perasaan gementar sering menghantui dirinya. Dia bertawakal kepada Maha Esa semoga dia tenang dalam menghadapi perang besar peperiksaan Spm. Selepas menyarungkan baju uniform Sekolah ke tubuhnya. Rora menyikat rambut nya kemudian mengambil ikat rambut pemberian Fizul, untuk mengikat kemas rambutnya seperti ekor kuda.

"Ibu, doa kan Rora tau?" Kata Rora sambil menyarungkan stoking ke kakinya.

"Ya, sayang. Ibu sentiasa mendoakan anak² ibu. semoga anak² ibu berjaya di dunia dan akhirat." Tutur Puan Salmiah sambil mengusap lembut kepala Rora.

"Amin bu.. Amin ." Rora memeluk erat tubuh ibunya.

"Ingat pesan ibu sayang, baca doa sebelum masuk kelas, tawakal banyak², lapangkan dada dan minda Rora." Pesan Puan Salmiah.

"Ya, insha Allah bu, Rora jalan dulu eh?" Tangan Puan Salmiah di kucup kudus.

"Ingat pesan ibu tau, jangan banyak sangat berfikir." Pesan puan Salmiah lagi. Sapa yang tak sayangkan anak? semua ibu inginkan terbaik untuk anak² nya. ye dak??

" Ya, ibu ya. Rora ingat semua pesan ibu. Bye bu, Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam, hati² jalan tu Mel ! Rora." Jerit puan Salmiah.

Aurora Zalza menarik nafasnya kemudian menghembus, perbuatannya itu diulang berkali² untuk menghilangkan rasa Nervous yang bersarang dalam dirinya. Tangannya yang sudah dingin seperti ais berg di kutub utara, dia terlalu takut menghadapi peperiksaan Spm. Masa terlalu cepat berputar, dia merasa seperti tidak cukup lagi ilmu di dalam dadanya.

"Aurora Zalza! kau boleh tak, duduk diam² ?" Tegur Mel, rimas dia melihat keadaan Rora macam cacing kepanasan. Kejap duduk , kejap berdiri, kejap baca buku, kejap letak buku, banyak kejap lah Rora pada saat itu.

" Hurm.. Mel aku nervousssss !!" Terang Rora dengan muka pucat monyok (︶︹︺)

"Chill lah. Aku pun nervous jugak. Mengucap banyak²." Kata Mel sambil duduk di pondok bacaan Sekolah, sementara menunggu waktu peperiksaan bermula.

Rora mengikuti apa yang Mel katakan, dia menundukkan wajah ke meja dengan lengan kanan menjadi bantal dahi licinnya. Mulutnya terkumat kamit beristighfar berharap perasaan gementarnya hilang.

"Hai, girl's ." Sapa Fizul mengambil tempat di sisi Rora. Dia menyembunyikan senyuman gembira, bila melihat tie hair yang di beri pada Rora, tersemat kemas di rambut ikal gadis itu.

" Rora kenapa? " Soal Fizul pada Mel.

" Nervous. Rilex lah Rora. Macam kena pinang aje nervous kau tu?" Gurau Mel, berharap dapat mengurangkan rasa gemuruh temannya.

" Merepek aje kau ni !" Rora menjeling Mel, sambil kedua tangannya bersatu lalu di gosok².

" Jangan fikir sangat about Spm, bukan apa? aku risau, nanti kau lupa? apa yang kau dah set kat dalam otak kau. " Nasihat Fizul .

"Hah! thats right! kau jangan lah, gelabah macam ni." Pujuk Mel pula.

" Insha Allah. Aku try ." Rora menghembus nafas berat.

" Wei aku, pegi toilet jap." Pamit Mel.

Rora menongkat muka menggunakan dua buku tebal di bawah dagunya, sambil membaca buku Rumusan Bahasa Malaysia, adalah subjek pertama dalam jadual Spm. Dia terlupa seketika keberadaan Fizul di sampingnya yang sedang memerhati ke semua tindak tanduk nya.

" Kau jangan lah weak sangat. Tak comel tau." Kata Fizul romantik.

Rora dah terkaku, bila mendengar suara romantis Fizul yang menampar halus halwa telinga nya. Baru dia teringat akan ikat rambut yang di pakainya, tiba² dia berasa malu. Perlahan - lahan Rora menyembunyikan wajahnya di dalam muka buku teks.

PENANGAN wanita !! Where stories live. Discover now